omniture

The Oberoi, Mumbai Diperingkatkan Sebagai Hotel Terbaik Dunia oleh Institutional Investor, USA

The Oberoi, Mumbai
2015-01-16 21:36 84

NEW DELHI, India, 16 Januari 2015 /PRNewswire/ -- The Oberoi, Mumbai telah diundi sebagai Hotel Terbaik di Dunia oleh Institutional Investor, Amerika Syarikat, Hotel terbaik Dunia Tahun 2014. Pemeringkatan ini adalah hasil satu kaji selidik yang dijalankan oleh majalah itu. Ini merupakan kali pertama hotel India telah diperingkatkan sebagai Hotel Terbaik Dunia dalam kaji selidik global yang sangat diidamkan ini. Tambahan lagi, The Oberoi, Mumbai adalah satu-satunya hotel dari India yang termasuk dalam senarai ini.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150115/724656-a )

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150115/724656-b )

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150115/724656-c )

Institutional Investor menjalankan kaji selidik ke atas eksekutif kanan dari 42 buah negara, yang menginap selama 50 malam atau lebih dalam setahun di hotel-hotel pada tahun lepas. Diiktiraf sebagai kaji selidik paling berwibawa seumpamanya, 'Hotel Terbaik Dunia' merupakan kaji selidik tahunan yang menyenaraikan hotel terbaik yang terletak di pusat kewangan dan perniagaan paling penting di seluruh dunia. Kaji selidik itu diiktiraf sebagai antara laporan yang paling dipercayai dalam pasaran kewangan dan pelaburan termasuk oleh pengeluar modal, pengurus dana, pelabur berinstitusi, dan pembuat keputusan korporat kanan dan kerajaan.

Encik P.R.S. Oberoi, Pengerusi Eksekutif The Oberoi Group, berkata, "Saya sangat berbangga The Oberoi, Mumbai telah diundi sebagai Hotel Terbaik di Dunia oleh Institutional Investor, Amerika Syarikat. Anugerah itu menguatkan lagi komitmen hotel ini yang tidak berbelah bahagi bagi menawarkan tetamu dengan kemudahan bertaraf dunia dan perkhidmatan yang tiada tolok bandingnya. Saya dedikasikan anugerah ini kepada kakitangan kami yang merupakan aset terpenting kami dan yang telah bekerja bersungguh-sungguh bagi memastikan tetamu kami menerima perkhidmatan yang mesra serta tersuai khusus."

Diminta bercakap tentang kepujian itu, Encik Devendra Bharma, Naib Presiden Eksekutif The Oberoi Group, Mumbai Hotels, berkata. "Penerimaan anugerah berprestij ini merupakan satu penghormatan besar dan ia mencerminkan komitmen hotel ini terhadap kualiti dan dedikasi kami untuk perkhidmatan yang teguh, yang merupakan standard yang tertinggi."

Pautan untuk melihat 100 hotel terbaik:
http://www.institutionalinvestor.com/Research/5400/Top-100-Hotels.html

Latar Belakang Oberoi Hotels & Resorts

Nama Oberoi Hotels & Resorts sudah terkenal di seluruh dunia kerana menyediakan adunan sempurna perkhidmatan, kemewahan, dan kecekapan yang damai. Mendapat sanjungan seluruh dunia untuk kecemerlangan menyeluruh dan tahap perkhidmatan yang tiada bandingan, Oberoi Hotels & Resorts telah meraih banyak anugerah dan kepujian.

Satu ciri yang menyerlah dalam hotel Kumpulan itu adalah kakitangan mereka yang bersemangat tinggi dan sangat terlatih yang menyediakan perkhidmatan yang sangat tersuai khusus, mesra dan sentiasa dengan layanan penuh. Hotel mewah Kumpulan itu telah meraih reputasi kerana mentakrifkan semula paradigma kemewahan dan kecemerlangan dalam perkhidmatan antara hotel-hotel di seluruh dunia.

Hubungi:
Silki Sehgal
Pengarah - Komunikasi Korporat
The Oberoi Group
Telefon: +91-11-2389-0505
E-mel: silki.sehgal@oberoigroup.com

Source: The Oberoi, Mumbai
Keywords: