omniture

Sitecore dan Microsoft bekerjasama untuk satukan pengalaman pelanggan dalam gedung dan digital

Sitecore
2015-01-19 09:30 110

-- Sitecore Commerce 8 dikuasakan oleh Microsoft Dynamics ® tawarkan penyelesaian dagangan hujung-ke-hujung

SAN FRANCISCO, 19 Januari 2015 /PRNewswire/ -- Sitecore, pemimpin global dalam pengurusan pengalaman pelanggan, telah mengumumkan ketersediaan Sitecore Commerce 8 dikuasakan oleh Microsoft Dynamics. Menyepadukan kemampuan pengurusan pengalaman utama Sitecore Experience Platform dengan kemampuan dagangan berbilang saluran Microsoft Dynamics for Retail, penyelesaian itu membolehkan perusahaan menghubungkan pengalaman digital dan dalam gedung.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140227/SF73524LOGO

Setahun lalu, Sitecore dan Microsoft mengumumkan mereka akan berkolaborasi dalam satu tawaran untuk menyatukan pengalaman terbaik bagi pemasaran dan dagangan. Sepanjang 12 bulan lalu, Sitecore dan Microsoft telah membangunkan produk tersebut bersama-sama dan mereka bentuk secara bersama seni binanya untuk memanfaatkan kekuatan Sitecore dan Microsoft Dynamics. Penyelesaian tergabung itu membolehkan perniagaan menghasilkan pengalaman pelanggan yang terhubung lancar dioptimumkan untuk tingkah laku digital, peranti dan kecenderungan pelawat, lengkap dengan pengurusan pesanan masa nyata pada sebarang saluran.

"Kami gembira dengan kemampuan pengurusan pengalaman Sitecore yang beraneka," kata Robert White, ketua pegawai maklumat, Ashley Furniture. "Kami teruja untuk memanfaatkan ciri dagangan dalam talian dan luar talian bersepadu yang ditawarkan oleh penyelesaian baharu ini untuk menghubungkan e-dagang dan urus niaga dalam gedung."

"Perniagaan, sehingga kini, tidak mempunyai cara tersepadu untuk menghubungkan pengalaman pelanggan antara dunia dalam talian dan dunia nyata," kata Darren Guarnaccia, ketua pegawai strategi, Sitecore. "Kerjasama ini memenuhi keperluan pelanggan sebenar dengan menyatukan kepakaran dan teknologi dua penyelesaian perusahaan global yang dipercayai. Anda boleh menjangkakan untuk mendengar lebih lanjut tentang pelaksanaan signifikan yang berjaya dalam tempoh beberapa bulan akan datang."

Penyelesaian baharu itu terus mempelbagaikan penawaran dagangan Sitecore. Pelancaran tersebut menawarkan peluang-peluang signifikan untuk para pelanggan dengan kehadiran runcit  bagi menyatukan kandungan mereka dalam semua saluran jualan, terutamanya yang telah pun menggunakan atau menilai Microsoft Dynamics for Retail.

"Peruncit mahu mewujudkan pengalaman terhubung ketika mereka bercadang untuk melanjutkan pelibatan melangkaui titik jualan," kata Ashvin Mathew, pengurus besar, penyelesaian dagangan & runcit, Microsoft. "Penyelesaian baharu ini menggabungkan kemampuan dagangan beraneka Dynamics dengan platform pengalaman Sitecore dan memperlihatkan langkah signifikan dalam kerjasama serta komitmen kami untuk menyampaikan penyelesaian terperibadi dan juga inovatif untuk pelanggan bersama kami."

Ciri-ciri utama termasuk:

  • Perkhidmatan Terkongsi antara Dalam Talian dan Gedung Sebenar: Semua aspek rekod pesanan (cth. harga, cukai, diskaun) dikongsi antara saluran digital dan gedung sebenar, menyokong pengalaman konsisten tanpa mengira saluran.
  • Kemampuan Berbilang Saluran Tambahan: Ciri-ciri komprehensif Microsoft Dynamics dalam bidang program kesetiaan, lokasi gedung dengan inventori masa nyata; beli dalam talian, ambil di gedung, pengurusan pesanan, termasuk pemulangan; perkhidmatan pelanggan serta pusat panggilan kesemuanya disediakan dalam pengalaman digital yang dibina menggunakan Sitecore.
  • Penyegerakan dan Penerbitan: Perkhidmatan penyegerakan untuk menyatukan data katalog daripada Katalog Dagangan Dynamics dan Sitecore untuk memudahkan pengalaman digital berlalu lintas amat tinggi.
  • Penyelesaian Muka Gedung: Sokongan bagi berbilang muka gedung mewakili pelbagai negara dan entiti perundangan dalam pelaksanaan yang sama. Rujukan Muka gedung disediakan untuk mempercepat pelaksanaan pelanggan.

Untuk mengetahui lebih lanjut, lawati: www.sitecore.net/commerce

Harga dan Ketersediaan

Sitecore Commerce 8 dikuasakan oleh Microsoft Dynamics boleh didapati secara meluas. Pelanggan Sitecore yang berminat boleh menghubungi pengurus akaun Sitecore mereka sekarang.

Latar Belakang Sitecore

Sitecore merupakan pemimpin global dalam pengurusan pengalaman pelanggan. Syarikat itu menyampaikan kandungan dan pengalaman digital terperibadi relevan yang menggembirakan khalayak, membina kesetiaan dan menjana hasil. Dengan Sitecore® Experience Platform™, pemasar dapat memiliki pengalaman setiap pelanggan yang terlibat dengan jenama mereka, pada setiap saluran. Dengan lebih 4,400 jenama utama dunia – termasuk American Express, easyJet, Heineken dan L'Oréal mempercayai Sitecore untuk membantu mereka menyampaikan interaksi bermakna yang menarik pelanggan sepanjang hayat.

Hubungi:

Lise T. Luckow
Sitecore
lil@sitecore.net
+45-53607253

Source: Sitecore
Related Links:
Keywords: Advertising Computer Software Computer/Electronics Electronic Commerce Internet Technology Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service New products/services