omniture

Strontium dan Kaira Tandatangan Perjanjian Edaran bagi Afrika Selatan dan Malaysia

Strontium Technology Pte Ltd
2012-08-27 21:48 473

 

SINGAPURA, 27 OGOS, 2012 /PRNewswire-Asia/ -- Strontium Technology hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperluaskan hubungannya bersama dengan Kaira Technology dan telah melantik syarikat itu sebagai pengedar sah bagi Malaysia dan Afrika Selatan. Langkah ini akan membantu memperluaskan saluran-saluran jualan Strontium di kedua-dua negara ini dan menawarkan capaian terus kepada penjual semula, peruncit dan kedai-kedai mudahalih.

"Kami telah berusaha bersama-sama dengan Kaira sejak tiga tahun yang lepas dan menempuh kejayaan yang besar. Ia merupakan langkah lanjutan logik bagi kami untuk mengembangkan kehadiran di Malaysia dan Afrika Selatan bersama dengan Kaira," kata Anshuman Gupta, CEO bagi Strontium Technology.

Pasaran di Afrika Selatan dan Malaysia sedang berkembang pesat. Kaira memiliki rangkaian jualan yang hebat, pengetahuan akan pasaran-pasaran tempatan dan kehadiran utuh di pasaran Malaysia dan Afrika Selatan. Kaira akan mengedarkan barisan lengkap produk-produk ingatan Strontium di kedua-dua pasaran ini.

En. Rajesh Attal, CEO, Kaira Technology, berkata, "Kami berasa gembira untuk memperluaskan lagi pembabitan kami bersama-sama dengan Strontium di Afrika Selatan dan Malaysia. Kami sekarang ini dapat menawarkan julat lengkap produk-produk ingatan berkualiti tinggi pada harga kompetitif kepada para pelanggan kami di situ."

Kaira akan muncul sebagai yang pertama untuk melancarkan  pemacu kilat USB 'Auto'  ( http://www.strontium.biz/products/usb-drives/auto-usb-drives ) milik Strontium, yang direkabentuk khusus bagi sistem-sistem audio kenderaan, di Malaysia dan Afrika Selatan. Kaira juga akan muncul sebagai yang pertama untuk melancarkan modul ingatan MacBook Pro 8Gb ( http://www.strontium.biz/products/memory-modules/mac-memory ) Strontium di situ.

"Kami komited sepenuhnya untuk mengembangkan perniagaan kami bersama dengan  Kaira di wilayah-wilayah baru dan segala usaha akan diambil untuk membangunkan pasaran secara bersama-sama," tambah Gupta.

Mengenai Strontium

Strontium Technology Pte Ltd merupakan sebuah syarikat pengeluar PC dan ingatan kilat   dengan ibu pejabatnya di Singapura. Hari ini, operasinya menjangkau wilayah-wilayah merentasi Australia, New Zealand, Asia Tenggara, India, Amerika Syarikat, Kanada dan Amerika Latin. Dalam gambaran keseluruhan, syarikat mengekalkan kehadiran pasaran yang utuh di lebih 30 buah negara.

Mengenai Kaira

Kaira memasar dan mengedar komponen-komponen komputer, persisian, aksesori dan produk perangkaian merentasi lebih 16 jenama global. Ia mempunyai pejabat-pejabat edaran di Singapura, Malaysia, Afrika Selatan, Mauritius, Sri Lanka dan Reunion Islands, dan mempunyai perikatan bersama dengan rakan-rakan rangkaian di India, Pakistan, Bangladesh dan Nepal.

Pemacu USB AUTO Strontium: http://www.strontium.biz/auto-usb-pic

Ingatan Mac Strontium: http://www.strontium.biz/mac-memory-pic

SUMBER:  Strontium Technology Pte Ltd

Source: Strontium Technology Pte Ltd
Keywords: Banking/Financial Service Chemical Computer Hardware Computer Networks Computer/Electronics Semiconductors