omniture

Perfect World Hadir Pada ChinaJoy 2012

Beijing Perfect World Co., Ltd.
2012-08-28 04:51 412

BEIJING, 9 Ogos, 2012 /PRNewswire-Asia/ -- Beijing Perfect World Network Technology Co, Ltd, sebuah pemaju dan operator permainan dalam talian yang terkemuka dan  berpangkalan di  China, bersama-sama dengan beberapa syarikat permainan, media dan pakar  industri dari seluruh
dunia, telah  mengambil bahagian dalam Ekspo dan Persidangan  Hiburan Digital
China ke-10 ("ChinaJoy"), satu pertunjukan hiburan interaktif digital yang
besar di Asia yang diadakan di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai pada 26
hingga 29 Julai  yang lalu. Zhu Qi, Presiden Perfect World Interactive
Entertainment Co dan Wang Yuyun, naib presiden Perfect World, turut hadir pada
majlis itu, bagi  meraikan acara itu sendiri selain untuk mengucapkan tahniah
kepada kebanyakan syarikat permainan yang hadir.

(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2009/04/16/200904161852.jpg )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20120808/CN54123-a )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20120808/CN54123-b )

ChinaJoy merupakan antara  perhimpunan terbesar dan paling berpengaruh dalam
industri permainan di negara itu, dan juga satu acara hiburan interaktif yang
mengikuti jejak US E3 dan Pertunjukan Permainan Tokyo. Pada pameran tahunan
yang diterajui oleh permainan dalam talian itu, pelbagai pembekal  permainan
akan mengeluarkan produk baharu mereka dan periferal yang mengiringinya,
menerokai  permainan baharu untuk pendaftaran oleh mereka yang berminat serta
persembahan Cosplay, untuk menarik perhatian khalayak ramai di kalangan peminat
permainan.

Sebagai  sebuah pempamer utama pada ChinaJoy 2012, Perfect World telah menarik
perhatian umum dengan beberapa judul permainan baharu dan kandungan baharu yang
menarik  di bawah tajuk  "Perfect World berusia tujuh tahun dalam dunia yang
penuh berwarna-warni".  Permainan dalam talian oleh  Perfect World  sememangnya
sentiasa popular manakala jenama mereka telah, dari peringkat awal lagi,
mendapat pengiktirafan, dan terus dihormati  di kalangan kelompok itu. Semasa
pameran empat hari itu, Perfect World telah memaparkan enam tajuk permainan
yang bakal dikeluarkan, Legend of the Condor Heroes, Swordsman Online, Return
of the Condor Heroes, Saint Seiya Online, Neverwinter Nights OL dan Torchlight
II, bersama-sama dengan permainan dalam talian  yang sedia ada. Di samping itu,
beberapa program dan aktiviti hiburan serta  hadiah  menarik telah menerima 
sambutan hangat dan perhatian daripada  pengunjung pameran itu.

Dengan strategi mereka untuk menghasilkan produk yang terbaik dalam kelasnya,
Perfect World akan terus memberi  tumpuan kepada  penyelidikan dan operasi
permainan dalam talian, menyediakan lebih banyak keseronokan untuk para pemain
di samping memperkayakan pengalaman hiburan mereka.

SUMBER: Beijing Perfect World Co., Ltd. 

Source: Beijing Perfect World Co., Ltd.
Related Stocks:
NASDAQ:PWRD
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Trade show news