omniture

Monsters of New York MUNCUL PERTAMA KALI di Beijing-- Beijing Tourism ikuti trend seni global di media sosial

-- Menghargai kreativiti dengan perjalanan percuma ke bandaraya tersebut
Beijing Tourism
2015-01-20 09:18 170

BEIJING, 20 Januari 2015 /PRNewswire/ -- Sebagai ibu negara China dan pusat warisan kebudayaan dan seni, Beijing mengorak langkah ke hadapan dalam pelibatan seni serta pengenalan idea kreatif melalui bantuan artis terkenal global dan pengembara dari seluruh dunia.

Monsters of New York's First Appearance in China at the Forbidden City
Monsters of New York's First Appearance in China at the Forbidden City

Suruhanjaya Perbandaran Beijing bagi Pembangunan Pelancongan, untuk meraikan pelancaran kempen dalam talian mereka – pertandingan foto #WeHeartBeijing, yang mana artis dan pelajar seni dijemput untuk menghasilkan karya seni derivatif berdasarkan foto yang dihantar pengembara global, telah menjemput Monsters of New York untuk memegang peranan utama dalam "membiarkan kreativiti bercambah dan berkembang viral". Raksasa kartun yang ceria dan cerah yang satu ketika dahulu muncul di setiap ceruk Bandaraya New York membuat penampilan sulung mereka di China – Di Kota Larangan di Beijing – melalui ilustrasi foto.

"Walaupun saya belum pernah ke Beijing sebelum ini, saya menjangkakan untuk melihat sebuah bandaraya moden dengan latar belakang warisan yang amat lama," kata Sadi, pencipta Monsters of New York.

Monsters of New York merupakan siri ilustrasi foto yang dicipta oleh Sadi Tekin, seorang ilustrator dan pereka industri berpangkalan di New York, yang telah menghasilkan Monsters of New York sejak 2013.

#WeHeartBeijing – Penghargaan tulus terhadap "mata kamera" dengan peluang untuk memenangi perjalanan percuma ke Beijing!

Dengan pemahaman mendalam terhadap kecenderungan pengembara untuk memuat naik gambar yang mereka ambil di Beijing, Suruhanjaya Perbandaran Beijing bagi Pembangunan Pelancongan melakukan percubaan bercita-cita tinggi untuk melibatkan pengembara global dengan melancarkan pertandingan foto global seluruh dunia - #WeHeartBeijing – pada awal Oktober.

Pertandingan foto itu terdiri daripada 2 fasa: Dalam fasa pertama, menyertai pertandingan itu adalah semudah memuat naik foto yang sebelum itu diambil di Beijing melalui tab Facebook/ Instagram. Sementara dalam fasa kedua, peserta menghantar selfie mereka yang sebelum itu diambil di Tembok Besar bagi mengambil bahagian dalam kolaborasi video Tembok Besar.

Dalam kedua-dua fasa, peserta layak menyertai cabutan bertuah untuk peluang memenangi Hadiah Utama – setiap daripada 5 pemenang tersebut akan mendapat 2 tiket pergi balik untuk melawat Beijing beserta penginapan.

Fasa pertama merupakan satu kejayaan menakjubkan dengan beribu-ribu penyertaan dari lebih 40 buah negara/wilayah, sementara fasa kedua sedang berlangsung sehingga penghujung Januari 2015. Cabutan Bertuah Akhir bagi Hadiah Utama akan dijalankan selepas fasa kedua berakhir.

"Melancong merupakan cara untuk mencari ilham dan proses menjadi kreatif melalui penerokaan seni, fotografi dan sastera. Kami benar-benar berharap pengembara global akan merakamkan perjalanan mereka di Beijing dalam cara yang paling kreatif," kata En. Zhang Jing, Pengarah Jabatan Imej dan Pemasaran Bandaraya, Suruhanjaya Perbandaran Beijing bagi Pembangunan Pelancongan.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, bandar-bandar utama di China telah menyampaikan suara mereka dalam media sosial, menyesuaikan pendekatan global dan terperibadi untuk menggalakkan pelancongan, sambil menyediakan penyampaian terperinci terhadap kebudayaan, warisan dan cerita tempatan unik di bandaraya tersebut.

Bermula dengan laman Facebook Visit Beijing pada 2013 dengan peminat mencapai hampir 100,000 hari ini, Suruhanjaya Perbandaran Beijing bagi Pembangunan Pelancongan memperkenalkan diri di 4 platform media sosial utama lain pada 2014, termasuk Pinterest, Twitter, Instagram & Youtube.

Sertai SEKARANG!

Muat naik ke Facebook melalui http://bit.ly/WeHeartGreatWall, atau muat naik Selfie Tembok Besar anda di Instagram dengan hashtag #WeHeartGreatWall @Visit_Beijing

Suruhanjaya Perbandaran Beijing bagi Pembangunan Pelancongan di media sosial:

Facebook: https://www.facebook.com/BeijingChinaOfficial
Pinterest: http://www.pinterest.com/VisitBeijing
Twitter: https://twitter.com/beijingofficial
Instagram: http://instagram.com/visit_beijing
Youtube: https://www.youtube.com/user/visitbeijingofficial

Monsters of New York:

Facebook: https://www.facebook.com/MonstersOfNewYork
Instagram: instagram.com/monstersofnewyork  
Laman sesawang: http://monstersofnewyork.com/

Untuk pertanyaan media lanjut sila hubungi:

Leo Wang
(852)3952 1266
leowang@guruonline.com.hk

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150119/0861500351

Source: Beijing Tourism
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Travel Licensing/marketing agreements New products/services