omniture

XPPen Lancar Siri Artist Pro 24 (Gen 2): Dua Ciptaan Hebat Pertama-Industri Takrifkan Semula Kecemerlangan Warna

XPPen Technology Co., Ltd.
2024-10-22 22:01 11

LOS ANGELES, 22 Oktober 2024 /PRNewswire/ -- XPPen mengadakan majlis pelancaran produk hari ini, bagi memperkenalkan inovasi terkininya, siri Artist Pro 24 (Gen 2), meningkatkan standard untuk paparan lukisan digital berprestasi tinggi. Barisan unggulan ini memperkenalkan dua model rintis: Artist Pro 24 (Gen 2) 4K, paparan lukisan 24-inci Calman Verified 4K yang pertama dalam industri dan Artist Pro 24 (Gen 2) 165Hz, paparan lukisan 24-inci Calman Verified 165Hz yang pertama dalam industri. Siri ini menawarkan pengalaman penciptaan digital yang tiada tandingan, memiliki prestasi warna yang luar biasa, tahap tekanan 16K yang dikuasakan oleh X3 Pro Series Styli dan reka bentuk yang memenangi Red Dot Award 2024.

Siri Artist Pro 24 (Gen 2) merangkumi komitmen XPPen untuk memajukan teknologi seni digital. "Ia direka untuk menawarkan pengalaman lukisan premium untuk artis digital profesional. Sebagai salah satu paparan XPPen yang paling maju, ia benar-benar membawakan teknologi termaju ke barisan hadapan dalam kesenian digital," kata Amy Yuan, Pengarah Pemasaran di XPPen.

Kolaborasi XPPen dengan penyelesaian Calman, daripada pakar industri yang terkemuka Portrait Displays, mempelopori era baharu dalam kesenian digital. Eric Brumm, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Portrait Displays, menjelaskan, "Siri Artist Pro 24 (Gen 2) merupakan paparan lukisan pertama yang memperoleh status Calman Verified, satu pencapaian penting dalam menjadikan penentukuran warna gred profesional boleh diakses oleh artis digital."

Paparan Lukisan 24-inci Calman Verified 4K Pertama-Industri, Terokai Kesenian Warna 

Artist Pro 24 (Gen 2) 4K mentakrifkan semula sempadan fideliti visual dalam penciptaan seni digital dengan paparan 4K Ultra HD 23.8 inci, menawarkan kejelasan luar biasa untuk setiap butiran.

Sebagai paparan lukisan 24-inci Calman Verified 4K yang pertama, ia menetapkan standard industri baharu untuk ketepatan warna. Dengan kejituan warna gred profesional (Delta E<1 dalam sRGB) dan nisbah liputan gamut warna yang meluas (99% sRGB dan Adobe RGB, 98% Display P3), ia dapat memaparkan 1.07 bilion warna untuk imej seperti hidup. Berharga $1,299.99*, Artist Pro 24 (Gen 2) 4K merupakan alat yang amat diperlukan untuk ahli profesional kreatif yang mencari pengalaman penciptaan digital terunggul. 

Paparan Lukisan 24-inci Calman Verified 165Hz Pertama-Industri, Kuasai Aliran Warna

Artist Pro 24 (Gen 2) 165Hz menjadi perintis sebagai paparan lukisan 24-inci Calman Verified 165Hz yang pertama di dunia, mendorong kelancaran dan keresponsifan dalam generasi seterusnya, berharga $1,099.99*. Dengan kelajuan paparan baris lebih pantas sehingga 175% berbanding paparan 60Hz, pengguna mengalami visual yang lebih lancar dan lebih responsif untuk aliran kerja kreatif yang dipertingkat. Paparan Ultraspeed 165Hz mengurangkan kelipan imej dan kekaburan gerakan, membolehkan artis dan juruanimasi mencipta karya seni dinamik yang berkualiti tinggi dengan lebih cekap. Teknologi canggih ini bukan sahaja meningkatkan proses kreatif bahkan turut mengurangkan ketegangan mata, membolehkan sesi kerja yang lebih lama dan lebih selesa.


Prestasi Warna Mengagumkan dengan X-Color Master

Siri Artist Pro 24 (Gen 2) menggabungkan X-Color Master, penyelesaian warna komprehensif yang dibangunkan dengan Calman. Ia menggabungkan ketepatan Calman Verified dengan perisian penentukuran lanjutan untuk prestasi paparan yang luar biasa. Setiap peranti ditentukur dalam ruang 3D LUT dan termasuk laporan Calman Verified. Perisian XPPen ColorMaster yang serasi menawarkan penentukuran warna saintifik. Pengguna menerima perkhidmatan pengurusan warna sepanjang hayat, memastikan kualiti visual yang konsisten.

Pemenang Red Dot Design Award 2024: Pengalaman Kreatif yang Luar Biasa

Siri Artist Pro 24 (Gen 2), pemenang Red Dot Design Award 2024, menampilkan reka bentuk pinggir-ke-pinggir "One Paper" XPPen dengan kaca AG Nano Etched & AF Coating, mengurangkan silau dan cap jari. Paparan berlamina penuhnya meminimumkan jurang pen-ke-kursor, manakala ciri-ciri ergonomik memastikan keselesaan pencipta. Aksesori yang disertakan meningkatkan pengalaman pengguna: dirian boleh laras terbina dalam, klip dwi-stilus, bekas pen dan ACK05 Shortcut Remote boleh atur cara untuk kecekapan aliran kerja yang lebih baik.

Digandingkan dengan kepekaan tekanan yang unggul dan reka bentuk berpusatkan pengguna, siri Artist Pro 24 (Gen 2) menawarkan pengalaman penciptaan digital yang tiada tandingan. Siri ini dilengkapi dengan dua stilus untuk pemilihan yang optimum, kedua-duanya menampilkan tahap tekanan 16K. X3 Pro Slim Stylus menawarkan kejituan dengan reka bentuknya yang ringan, mata yang nipis dan kekunci pintasan boleh disesuaikan berganda. X3 Pro Smart Chip Stylus menyediakan pengalaman lukisan seperti hidup. Mata felt menyerupai perasaan pen-atas-kertas. Selain itu, stilus mempunyai dua kekunci pintasan dan pemadam digital, lalu meningkatkan keberkesanannya untuk melukis sekali gus memastikan keselesaan dengan cengkaman silikonnya.

Paparan lukisan terkini XPPen memperlihatkan komitmen kami untuk menyediakan kepada artis dengan alat lukisan digital yang canggih. Melalui inovasi yang berterusan, kami berusaha untuk menerajui pasaran seni digital dan memperkasakan pencipta untuk mengekspresikan daya kreativiti mereka secara bebas.

Harga dan Ketersediaan

Siri Artist Pro 24 (Gen 2) yang amat dinanti-nantikan ini dijadualkan untuk dilancarkan pada 22 Oktober. Mulai hari ini, nikmati diskaun pelanggan awal khas yang besar dengan potongan lebih 20%, secara eksklusif di kedai dalam talian XPPen. Untuk butiran dan akses tawaran masa terhad ini, kunjungi laman web rasmi kami.

Artist Pro 24 (Gen 2) 4Khttps://www.xp-pen.com/product/artist-pro-24-gen-2-4k.html?utm_source=PR&utm_campaign=4k 

Artist Pro 24 (Gen 2) 165Hz: https://www.xp-pen.com/product/artist-pro-24-gen-2-165hz.html?utm_source=PR&utm_campaign=165Hz 

*Maklumat harga mungkin berbeza-beza bergantung kepada pasaran serantau.

 

 

 

Source: XPPen Technology Co., Ltd.
Keywords: Art Computer/Electronics Consumer Electronics Computer Accessories New products/services