omniture

Perfect World Hadiri Pocket Gamer Connects

Beijing Perfect World Network Technology Co., Ltd.
2015-01-20 11:44 71

BEIJING, 20 Januari 2015 /PRNewswire – Pocket Gamer Connects (PG Connects) telah diadakan pada 13 dan 14 Januari (masa tempatan) di London England, dengan lebih 600 pemimpin industri dari seluruh dunia berhimpun untuk berkongsi pembangunan dan trend permainan mudah alih pada masa hadapan. Ketua Pegawai Eksekutif Perfect World Robert Xiao menghadiri persidangan itu dan menyampaikan ucapan utama.

Persidangan PG Connects merupakan salah satu acara paling berpengaruh dalam industri permainan mudah alih global. Sehingga 2014, ia telah diadakan bagi kira-kira sepuluh tahun. Tahap profesionalisme yang tinggi serta suasana progresif PG Connects mencerminkan pengaruh yang dimiliki acara tersebut terhadap keseluruhan industri permainan dan perhatian yang diperolehinya daripada ahli-ahli industri.

Pada persidangan itu, En.Xiao menyampaikan ucapan bertajuk "From East to West: Perfect World's Dawn -- to Win in China's Mobile Gaming Market", yang mana beliau menerangkan konsep penyatuan budaya timur dan barat dalam permainan mudah alih. Beliau berkata, "Pasaran permainan mudah alih China memerlukan produk berkualiti tinggi untuk mengekalkan tarikannya kepada pengguna, dan kerjasama menang-menang merupakan topik baharu sekitar penyatuan timur-barat."

En. Xiao bercakap tentang falsafah pembangunan yang telah diikuti oleh pembangun permainan itu sejak memasuki pasaran permainan mudah alih. Sejak penubuhannya pada 2004, misi syarikat itu adalah untuk membangunkan permainan berkualiti tinggi secara dalaman dan mempromosikan budaya China. Perfect World telah membina kehadiran yang kukuh dalam pasaran permainan mudah alih sejak 2013. "Return of the Condor Heroes," "Dawn of the Immortals," "CrossGate Mobile" dan "Touch" merupakan antara permainan yang dibangunkan dan dipromosikan oleh pembangun permainan itu. Seleksi kecil permainan itu sudah mencukupi untuk menunjukkan kepelbagaian gaya dan tema yang mencerminkan kreativiti pembangunnya, yang juga cekap menyesuaikan penawarannya kepada sifat dan minat pemain-pemain di ranta-rantau di mana ia merancang untuk melakukan peluasan. Selain lokalisasi, pembangun permainan itu meletakkan fokus penting terhadap penyatuan budaya timur dan barat dalam usaha untuk membina serta menyampaikan imej budaya Timur yang dialu-alukan oleh para pemain di seluruh dunia sambil menyerap tradisi dan idea inovatif dari Barat. Pemikiran ke hadapan ini membolehkan permainan berfungsi sebagai penghubung, menyumbang kepada apa yang diharapkan menjadi penyatuan dan pembangunan umum budaya timur serta barat.

Source: Beijing Perfect World Network Technology Co., Ltd.
Keywords: Electronics Gaming Entertainment Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Trade show news