LAUSANNE, Switzerland, 20 Januari 2015 /PRNewswire/ -- IMD, sebuah sekolah perniagaan berkedudukan tinggi dan pakar dalam pendidikan eksekutif, melancarkan Indeks Pemimpin Global IMD, satu platform dalam talian baharu yang membolehkan pengguna menanda aras kemampuan kepimpinan mereka berbanding eksekutif lain dan mengenalpasti bidang bagi pembangunan kepimpinan masa hadapan.
Perniagaan-perniagaan kini membelanjakan wang yang jauh lebih banyak bagi tujuan penilaian kepimpinan berbanding pembangunan kepimpinan. Dengan menyediakan eksekutif dengan titik permulaan yang bebas dan diiktiraf untuk memikirkan tentang pembangunan kepimpinan, IMD menyasarkan untuk memudahkan dan menjadikannya lebih berkesan untuk perniagaan melabur dalam kemampuan para pemimpin mereka.
Indeks Pemimpin Global IMD menunjukkan pengguna di mana kedudukan mereka sebagai pemimpin global, bagaimana mereka berbanding dengan rakan sejawat, dan kemampuan kepimpinan yang dapat mereka perbaiki. Ia turut mencadangkan program pendidikan eksekutif yang relevan dan juga majalah percuma.
Metodologi di sebalik Indeks Pemimpin Global IMD adalah berdasarkan 20 tahun penyelidikan akademik tentang kepimpinan dalam organisasi global oleh Dan Denison sera Robert Hooijberg, Profesor Tingkah laku dan Kepimpinan Organisasi di IMD.
Para pengguna menakrifkan profil profesional mereka dan memberi maklum balas kepada kajian pendek. Keputusan kajian mengenal pasti bagaimana kemampuan kepimpinan mereka berbanding dengan pemimpin global lain pada tahap tanggungjawab yang sama, mengikut empat kemampuan kepimpinan global utama: Kepimpinan strategik, kepimpinan pelaksanaan, kepimpinan pemegang kepentingan, dan kepimpinan peribadi. Pengguna juga melihat kecekapan utama mereka, serta kecekapan mereka yang paling lemah.
Pengguna dapat berkongsi keputusan mereka dengan rakan dan rangkaian mereka, termasuk melalui LinkedIn.
Untuk maklumat lanjut: http://www.imd.org/gli
LATAR BELAKANG IMD
IMD merupakan sekolah perniagaan yang berkedudukan tinggi. Kami merupakan pakar dalam membangunkan pemimpin global melalui pendidikan eksekutif berimpak tinggi. Kami 100% berfokus ke arah pembangunan eksekutif dunia nyata; kami menawrakan kecemerlangan Swiss dengan perspektif global; dan kami mempunyai pendekatan yang fleksibel, tersuai dan berkesan. (http://www.imd.org)
Hubungi:
Michael Savage
+41-21-618-04-53
Michael.Savage@imd.org