- Peneraju perjalanan perniagaan yang tiada tandingan mencatatkan dua rekod dunia baharu
BELLEVUE, Washington dan PARIS, 21 Januari 2015 /PRNewswire/ -- Kakitangan di Egencia®, syarikat kembara perniagaan Expedia, Inc. (NASDAQ: EXPE), meraikan rekod 2014 dengan mencatatkan dua gelaran rekod GUINNESS WORLD RECORDS® baharu dalam bulan Januari 2015. Agar dapat menggalakkan budaya syarikat yang padat dengan inovasi dan keseronokan, eksekutif Egencia menggesa kakitangan menetapkan sasaran yang lebih tinggi bagi tahun akan datang sambil turut memuji pencapaian pasukan mereka dalam tahun 2014.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20130916/CG79319LOGO-a
Semasa acara di Eropah dan Amerika Utara, syarikat itu mengetengahkan sorotan kejayaan tahun 2014 termasuklah:
Bagi meneruskan momentum kejayaan ini, kakitangan Egencia berkumpul lalu mencatatkan dua gelaran rekod GUINNESS WORLD RECORDS® baharu pada bulan Januari. Di Eropah, mereka membentuk imej kapal terbang menggunakan 294 orang manusia – yang terbesar pernah direkodkan; sementara pasukan Amerika Utara dan Asia Pasifik pula membina rantaian kapal terbang kertas terpanjang di dunia yang terdiri daripada 1,582 kapal terbang buatan tangan.
Mengulas tentang rekod itu, Presiden Egencia, Rob Greyber berkata, "Kejayaan kami dalam tahun 2014 adalah bukti sebenar pasukan global kami. Sama ada mereka bekerjasama untuk mencatatkan rekod dunia baharu ataupun semasa menyediakan pengalaman unggul kepada para pengembara kami, kejayaan Egencia bermula dengan kakitangan kami. Saya hargai semua usaha mereka pada tahun 2014 dan mencabar mereka untuk membawa kami ke tahap yang lebih tinggi lagi pada tahun akan datang. Dengan rekod baharu ini, kami sudah pun membuat permulaan yang memberangsangkan."
Latar Belakang Egencia
Egencia merupakan sebuah syarikat pengurusan kembara khidmat penuh terkemuka yang menyediakan teknologi kembara perniagaan inovatif dan perkhidmatan pakar tempatan kepada lebih 10,000 pelanggan di 64 buah negara seluruh dunia. Sebagai sebahagian daripada Expedia, Inc. (NASDAQ: EXPE), salah sebuah syarikat kembara terbesar di dunia, Egencia menyediakan syarikat berpandangan jauh dengan kemampuan untuk memacu pematuhan dan penjimatan kos dalam program kembara mereka, sambil turut memenuhi keperluan dan kehendak pengembara perniagaan moden. Untuk maklumat lanjut, sila lawati kami di www.egencia.com atau berhubung dengan kami melalui Twitter @Egencia.
© 2014 Egencia, LLC. Hak cipta terpelihara. Egencia, dan logo Egencia merupakan sama ada tanda dagang berdaftar atau tanda dagang Expedia, Inc. di A.S. dan/atau negara lain. Semua tanda dagang lain adalah hak milik pemilik masing-masing. CST # 2029030-50; CST # 2083922-50.
*Berdasarkan penempahan kasar dua belas bulan berturutan sehingga 30 September 2014.