omniture

Persidangan Inside Bitcoins MecklerMedia di Singapura Umumkan Agenda Akhir, Termasuk Sesi tentang Blockchain, Bitcoin 2.0, dan Peluang Pelaburan; 29-30 Januari 2015

MecklerMedia Corporation
2015-01-21 12:19 157

NEW YORK dan SINGAPURA, 21 Januari 2015 /PRNewswire/ -- MecklerMedia Corporation (OTCQX: MECK) mengumumkan agenda akhir bagi Persidangan dan Ekspo Inside Bitcoins , yang bertempat di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec Singapura pada 29-30 Januari, 2015.

Acara tersebut yang merupakan persidangan dan ekspo mata wang kripto utama yang pertama  di Singapura, akan merangkumi pelbagai topik termasuk peluang yang terdapat dalam teknologi blockchain dan ternyahpusat, strategi permulaan serta pelaburan semasa, dan juga masa hadapan bitcoin di Asia.

Tajuk-tajuk sesi termasuklah:

  • Kemas Kini Kawal Seliaan Bitcoin: Isu dan Cabaran Global
  • Derivatif Bitcoin: Apakah Ia? Dan Kenapa Kita Memerlukannya
  • Pandangan terhadap Masa Lalu, Masa Kini dan Masa Hadapan Bitcoin di Asia (dan China)
  • Potensi Teknologi Ternyahpusat: Blockchain 2.0. Ethereum, Factom, Sidechains, dan Banyak Lagi
  • Inside Bitcoins 2029: Sorotan Sejarah 20 Tahun Pembayaran Mata Wang Digital Global
  • Risiko Ketidakpatuhan bagi Institusi Kewangan dan Implikasinya terhadap Bitcoin
  • Ke Arah Penyahpusatan: Bagaimana Bitcoin dan Blockchain Mengubah Perniagaan
  • Permulaan Bitcoin 2.0 dan Blockchain: Apa yang Benar-benar Penting?
  • Bitcoin untuk Pedagang Gedung Nyata

Inside Bitcoin kini mempunyai lapan acara yang dijadualkan untuk 2015, termasuk Singapura pada 29-30 Januari, Berlin pada 5-6 Mac, New York pada 27-29 April, dan Hong Kong pada 14-15 Mei.

Untuk mendaftar bagi Persidangan dan Ekspo Inside Bitcoins di Singapura, sila lawati insidebitcoins.com.

Jika syarikat anda berminat untuk menaja atau mempamer di acara Inside Bitcoins akan datang, sila hubungi eventsales@mecklermedia.com.

Latar Belakang MecklerMedia:

MecklerMedia (OTCQX: MECK) merupakan penerbit utama pameran dagangan, persidangan, dan penerbitan digital global merangkumi pencetakan 3D, robotik, dan bitcoin/blockchain. MecklerMedia menghasilkan lebih 25 persidangan setiap tahun, termasuk Inside 3D Printing, Inside Bitcoins, RoboUniverse, dan 3D Print Design Show. Laman berita MecklerMedia termasuklah Inside Bitcoins News dan 3D Printing Industry, yang memberikan liputan terkini untuk membantu memacu kemajuan perniagaan.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi press@mecklermedia.com.

Christoph
+852 9190 4412

Source: MecklerMedia Corporation
Related Stocks:
OTC:MECK OTC:MECK.QX
Keywords: Banking/Financial Service Trade show news