omniture

Procurri Lancarkan Jenama Global, Perkenal Logo Jenama Baharu

Procurri Corporation
2015-01-21 16:08 180

SINGAPURA, 21 Januari 2015 /PRNewswire/ -- Procurri, penyedia pemulihan aset IT dan penyelenggaraan bebas terkemuka dunia, hari ini melancarkan jenama globalnya dan memperkenalkan identiti jenama baharu termasuk logo korporat baharu dan laman sesawang seluruh dunia.

Nama jenama Procurri yang bermaksud "menerajui senarai" dalam bahasa Latin adalah sejajar dengan cita-citanya untuk menjadi peneraju pasaran global dalam tawaran pusat data.

Identiti jenama baharu itu memperlihatkan peralihan signifikan dalam wawasan, rupa, dan mesej keseluruhan Procurri. Ia berhasrat untuk mengukuhkan lagi peralihan itu dan menyatukan organisasi global itu sejak penyepaduan anak syarikat Procurri LLC, Tinglobal Holdings Ltd, ASVIDA® Asia Pte Ltd dan Verity Solutions Sdn Bhd enam bulan lalu.

"Sejak penyepaduan itu, kami memerlukan identiti jenama yang lebih kuat dan padu bagi menyampaikan fokus tersepadu serta wawasan tunggal Procuri dengan jelas sebagai pemimpin pasaran global dalam pemulihan aset IT dan penyelenggaraan bebas," kata Sean Murphy, Ketua Pegawai Eksekutif Global untuk Procurri. "Kami percaya identiti jenama dan logo baharu itu dapat mengadun dengan sempurna jangkauan global, prasarana, dan sumber Procurri, serta mengukuhkan lagi syarikat itu dalam misinya untuk mengubah cara dunia membeli teknologi."

Di bawah identiti jenama baharu itu, logo korporat baharu itu disimbolkan dengan dua anak panah  -- satu anak panah ke hadapan yang mewakili pendekatan syarikat itu yang memandang ke hadapan manakala anak panah ke belakang yang mewakili strategi logistik berbaliknya yang terbukti. Kedua-dua anak panah yang berpanca itu juga menandakan sinergi dan hubungan rapat yang wujud bersama rakan kongsi dan pelanggan kami. Warna jenama hijau kebiruan gelap dan kelabu itu mencerminkan lagi kualiti serta semangat jenama itu – kecekapan, keandalan, dan juga profesionalisme – semuanya menegaskan lagi komitmen Procurri terhadap kecemerlangan perniagaan.

Dengan pejabat-pejabat di Singapura, Malaysia, China, AS, dan UK, Procurri merancang untuk terus mengantarabangsakan jejaknya dengan melihat kepada pengambilalihan strategik dan usaha sama di Amerika Latin serta India pada tahun 2015. Syarikat itu juga sebelum ini telah mengumumkan hasratnya untuk menghasilkan keluaran sampingan menjelang tahun 2016 bagi menambah nilai lebih hebat kepada para pemegang sahamnya.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Procurri, lawati laman sesawang kami di www.procurri.com. Untuk menonton video tentang identiti jenama baharu Procurri, klik di sini.

Sebarang pertanyaan media, sila hubungi:
Selina Lim / Fiona Wong
DeClout Limited
T: +65-6818-1807
selina.lim@declout.com / fiona.wong@declout.com

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20150115/8521500267LOGO 

Source: Procurri Corporation
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology New products/services