omniture

SP Group ketuai kumpulan tenaga antarabangsa dan hoskan Ketua Pegawai Eksekutif di Singapura di persidangan dwitahunan

SP Group
2024-10-25 09:18 15

SINGAPURA, 24 Oktober 2024 /PRNewswire/ -- SP Group (SP) mengalu-alukan ketua-ketua daripada organisasi-organisasi tenaga antarabangsa menerusi peranannya sebagai ketua dan hos bagi Persatuan Industri Bekalan Elektrik Asia Timur dan Pasifik Barat (AESIEAP). Pada penggal pertama dua tahunnya, SP menjadi tuan rumah kepada Persidangan Ketua Pegawai Eksekutif AESIEAP pada minggu ini, yang dihadiri oleh lebih 200 pemimpin tenaga global. Acara ini diadakan bersempena dengan Minggu Tenaga Antarabangsa Singapura.

AESIEAP President and Group CEO of SP Group, Mr Stanley Huang, welcomed delegates to the 25th AESIEAP CEO Conference in Singapore.
AESIEAP President and Group CEO of SP Group, Mr Stanley Huang, welcomed delegates to the 25th AESIEAP CEO Conference in Singapore.

Dr Tan See Leng, Menteri Tenaga Manusia dan Menteri Kedua Perdagangan dan Industri, merasmikan sesi pembukaan persidangan ini. Bertemakan Empowering the Energy Transition (Memperkasakan Peralihan Tenaga), persidangan ini meliputi perbincangan mengenai kepentingan kolaborasi serantau, peralihan tenaga, meningkatkan kesalinghubungan grid, memudahkan dan membiayai import tenaga berskala besar dan mengurangkan cabaran dalam ekosistem tenaga yang sedang berkembang. Ini berlaku amat tepat pada masanya dengan fokus kolektif untuk membentuk masa depan tenaga yang lestari dan terjamin.

Ketua Pegawai Eksekutif SP Group dan Presiden AESIEAP En. Stanley Huang, berkata, "SP Group dan rakan-rakan ahli AESIEAP berkongsi matlamat bersama untuk membentuk masa depan tenaga yang andal, lestari dan terjamin. Persidangan Ketua Pegawai Eksekutif AESIEAP membolehkan dialog bernas dan memberikan peluang untuk memudahkan kerjasama dalam peralihan tenaga rantau ini. SP komited untuk memupuk inisiatif seperti kesalinghubungan grid rentas sempadan dan import tenaga. Kami mengharapkan interaksi yang membuahkan hasil antara organisasi ahli, pakar dan agensi bagi menerajui tindakan serta mencipta impak yang mampan."

Peserta persidangan turut melawat rangkaian penyejukan daerah bawah tanah terbesar di dunia yang dikendalikan oleh SP di Marina Bay.

Memacu Peralihan dan Kolaborasi Tenaga Serantau

Melalui satu langkah penting ke arah penyahkarbonan sektor tenaga, SP PowerInterconnect (SPPI), subsidiari SP Group, telahpun ditubuhkan bagi menyokong inisiatif import tenaga Singapura dan merupakan rakan kongsi teknikal dan pembangunan Energy Market Authority. Hal ini sejajar dengan sasaran negara untuk mengimport 6 GW elektrik rendah karbon menjelang tahun 2035 dan menyumbang kepada penyahkarbonan sektor ini, yang ketika ini menyumbang sebanyak 40 peratus daripada emisi karbon negara.

Membuka Jalan untuk CEPSI 2025

Dalam tempoh kepimpinan AESIEAP selama dua tahun, SP juga akan menjadi tuan rumah kepada Persidangan Industri Bekalan Kuasa Elektrik (CEPSI) ke-25 di Singapura pada tahun hadapan. Sebagai sebuah acara dwitahunan utama AESIEAP, CEPSI dijangka menarik lebih daripada 1,000 delegasi, memantapkan lagi peranan Singapura sebagai hab untuk kepimpinan pemikiran dalam inovasi tenaga dan kemampanan serta memperkukuh komitmen SP untuk memacu perubahan transformatif dalam seluruh landskap tenaga.

AESIEAP Executive Committee members with Ms Leong Wai Leng, Chairman of SP Group (fifth from left) and Dr Tan See Leng, Singapore’s Minister for Manpower and Second Minister for Trade & Industry (sixth from left)
AESIEAP Executive Committee members with Ms Leong Wai Leng, Chairman of SP Group (fifth from left) and Dr Tan See Leng, Singapore’s Minister for Manpower and Second Minister for Trade & Industry (sixth from left)

 

Source: SP Group
Keywords: Oil/Energy Utilities