omniture

WhatSim telah Tiba! Sim Whatsapp Pertama yang Membolehkan anda Berbual dengan WhatsApp Tanpa Bayaran dan Tanpa Had. Walaupun Tanpa Sambungan Wi-Fi

Zeromobile
2015-01-21 18:00 116

MILAN dan LOS ANGELES, 21 Januari 2015 /PRNewswire/ --

WhatSim menghubungkan WhatsApp di kira-kira 150 negara dengan lebih 400 pengendali.

Pencipta kad Sim itu ialah Manuel Zanella, yang juga merupakan pengasas Zeromobile dan penggerak pertama teknologi boleh pakai dengan i'm Watchnya, jam pintar pertama dunia.

WhatSim telah tiba! Ia merupakan Sim WhatsApp pertama yang membolehkan anda berbual secara percuma tanpa had menggunakan WhatsApp, sistem mesej paling popular di dunia. Di mana-mana jua di dunia.

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150121/726623-a )
     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150121/726623-b )
     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150121/726623-c )

WhatSim menghubungkan kepada lebih 400 pengendali di kira-kira 150 buah negara. Di mana-mana jua di dunia ia menyambung kepada penyedia liputan dan isyarat terbaik di mana anda berada. Jika anda mengubah kedudukan, ia secara automatik mencari pengendali baharu. Sekiranya pengendali lebih baik didapati, ia menyambung sendiri tanpa anda menyedarinya.

Terima kasih kepada WhatSim dan sambungan data seluruh dunianya, anda kini dapat berbual dengan WhatsApp bila-bila masa dan di mana-mana jua anda ingin tanpa sebarang had.

Idea tersebut muncul daripada usahawan Itali, Manuel Zanella (38 tahun), jurutera, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Zeromobile, Pengendali Mudah Alih Global pertama Itali bagi perayauan kos rendah.

Zanella juga terkenal kerana menjadi "penggerak pertama " pada 2011 dalam industri teknologi boleh pakai melalui I'm Watch, jam pintar pertama di dunia.

WhatSim merupakan cetusan genius. Kini semua orang menggunakan WhatsApp, walaupun semasa merantau. Tetapi anda memerlukan sambungan data atau Wi-Fi untuk berbual secara percuma. Masalah utama ialah sambungan data perayauan biasanya mahal serta Wi-Fi tidak tersedia di semua tempat dan kebiasaannya ia tidak percuma.

WhatSim membolehkan anda berbual dengan WhatsApp pada bila-bila masa yang anda ingini.

WhatSim hanya berharga €10 dan anda dapat berbual secara percuma di seluruh dunia selama setahun. WhatSim tidak mempunyai kos tetap atau bayaran bulanan dan ia tidak pernah luput.

Zanella turut memiliki idea untuk merealisasikan versi istimewa WhatSim yang diilhamkan oleh Pope Francis dan direka untuk negara-negara dunia yang digelar PBB sebagai Selatan Global.

Di sesetengah negara ini, membeli WhatSim akan berharga €5 dan bukan €10.

Untuk Maklumat Lanjut:
http://www.whatsim.com
http://www.zeromobile.it
press@whatsim.com

Silvia Bullo
+39-347-2780951
communication@silviabullo.com 
marketing@silviabullo.com 

Source: Zeromobile
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Mobile Entertainment New products/services