omniture

Iochpe Maxion umumkan kenaikan pangkat Pieter Klinkers sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Maxion Wheels

Iochpe Maxion
2015-01-21 23:47 116

SAO PAULO, 21 Januari 2015 /PRNewswire/ -- Marcos Oliveira, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Iochpe Maxion, mengumumkan hari ini Pieter Klinkers akan dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Maxion Wheels, berkuat kuasa 1 Mac, 2015.

Pieter mempunyai sejarah kejayaan selama dua puluh tahun dalam bidang roda dan tayar, bertugas untuk Michelin Group sebelum menyertai Maxion Wheels pada 2005 sebagai Naib Presiden Jualan untuk Eropah, Afrika & Asia Pasifik (EAAP). Pieter telah dinaikkan pangkat menjadi Presiden – EAAP pada 2009, yang mana beliau telah berjaya meningkatkan Jualan dan Keuntungan bagi rantau tersebut.

Pieter telah menyandang lebih banyak tanggungjawab pada 2013, mengetuai usaha Inovasi pesat yang dilancarkan oleh Maxion Wheels setelah mengambil alih Hayes Lemmerz pada awal 2012.

Pieter akan mengetuai pasukan Maxion Wheels daripada syarikat pemegang Syarikat di Konigswinter (Bonn), Jerman.

Maxion Wheels menghasilkan roda untuk kereta penumpang, trak ringan serta trak dan treler komersial. Syarikat itu juga menghasilkan roda keluli untuk kegunaan tentera, pertanian dan lain-lain aplikasi luar lebuh raya. Dengan lebih 100 tahun pengalaman dalam pembuatan roda dan lebih 10,000 pekerja di seluruh dunia, Maxion merupakan pengeluar roda terbesar dunia, kini menghasilkan 65 juta roda setahun dan menjana Jualan melebihi 2 bilion USD. Syarikat tersebut memberi perkhidmatan kepada pengguna OEM global daripada 21 operasi di 12 buah negara di 5 benua, dan mempunyai pusat teknikal tercanggih di Amerika, Eropah serta Asia.

Lawati laman sesawang kami di www.maxionwheels.com.

Source: Iochpe Maxion
Keywords: Auto Machinery Transportation Personnel announcements