omniture

Vienna 2014: Laporan Pelancongan Dedahkan Rekod Baharu Penginapan

Vienna Tourist Board
2015-01-22 00:03 108

VIENNA, 22 Januari 2015 /PRNewswire/ --

Industri pelancongan Vienna telah mengalami tahun terbaiknya: 13.5 juta pelawat yang tinggal semalaman, 6.3% lebih tinggi berbanding 2013, mencerminkan rekod tertinggi baharu setakat ini.

Pada 2014 Vienna sekali lagi mencatatkan rekod dengan 13,524,000 yang menginap semalaman – hasil bagi tahun yang mengatasi rekod sebelumnya bagi 2013 sebanyak 6.3%. Jumlah keseluruhan ketibaan sebanyak 6,211,000 direkodkan, peningkatan sebanyak 6.4%. "Penginapan semalaman antarabangsa mencatatkan sekitar 82% daripada jumlah penginapan semalaman di Vienna. Ini bukan sahaja mencerminkan tarikan Vienna yang berterusan, tetapi juga menunjukkan strategi pengantarabangsaan sistematik jangka panjang kami dengan mempelbagaikan ke dalam banyak pasaran berbeza telah membuahkan hasil," terang Norbert Kettner, Pengarah Urusan Lembaga Pelancongan Vienna. Objektif beliau kini adalah untuk menambahkan jumlah penginapan semalaman Vienna sehingga 18 juta menjelang tahun 2020.

Pada 2014 sepuluh pasaran teratas Vienna sekali diterajui oleh Jerman dengan 2,650,000 malam penginapan (+5%) diikuti Austria (2,481,000 malam penginapan, +7%), AS (748,000, +14%), Itali (696,000, +14%) dan Rusia (603,000, -15%). Tempat ke-6 hingga 10 diambil oleh United Kingdom (500,000, +11%), Switzerland (399,000, +4%), Sepanyol (388,000, +8%), Perancis (365,000, +4%) dan Jepun (300,000, -2%). Pertumbuhan kukuh juga dilaporkan daripada China (237,000, +13%), Korea Selatan (156,000, +26%), Brazil (128,000, +11%) dan India (65,000, +18%). Sepanjang tempoh Disember 2013 hingga Disember 2014, kapasiti penginapan Vienna meningkat sebanyak 2,900 katil (+4.9%) kepada sekitar 61,400 katil, sementara kadar pengisian bilik adalah sekitar 71% (2013: 69%). Pada 2015 Vienna meraikan ulang tahun ke-150 boulevard Ringstrasse dengan program penuh warna-warni. Pertandingan Nyanyian Eurovision dari 19 hingga 23 Mei juga akan menempatkan Vienna dalam perhatian antarabangsa. Ringkasan kesemua sorotan ini boleh didapati di http://www.vienna.info .

Maklumat lanjut:
Lembaga Pelancongan Vienna
Isabella Rauter
Tel.: +43/1/211-14-301
Emel: media.rel@vienna.info
http://www.vienna.info
http://b2b.vienna.info

SUMBER  Vienna Tourist Board

Source: Vienna Tourist Board
Related Links:
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Leisure/Travel/Hotels Publishing/Information Service Travel Survey, Polls & Research