omniture

SpaceBillboard, Papan Iklan Pertama di Angkasa Sedia Dilancarkan

SpaceBillboard
2015-01-22 11:00 103

LEUVEN, Belgium, 22 Januari 2015 /PRNewswire/ --SpaceBillboard, penyokong penyelidikan angkasa inovatif, akan melancarkan papan iklan angkasa pertama dunia dalam pencapaian baharu yang menandakan kepentingan CubeSats yang semakin meningkat dalam Penerokaan Angkasa Lepas.

Para penyelidik di KU Leuven University di Belgium mendapat idea baharu untuk melancarkan papan iklan sebenar ke angkasa bagi membantu membiayai penyelidikan mereka tentang satelit NexGen yang dikenali sebagai CubeSats.

CubeSat bersaiz kecil – kira-kira sebesar kotak susu – dan ringan, yang menjadikannya lebih murah untuk dibina dan dilancarkan. Ia merupakan jawapan tepat bagi universiti dan syarikat baharu untuk terlibat dalam penyelidikan angkasa.

Tjorven Delabie, pengasas bersama SpaceBillboard berkata: "Ini merupakan projek luar biasa, yang membolehkan syarikat-syarikat membawa jenama mereka ke angkasa lepas. Idea ini semakin mendapat sambutan, dan beberapa syarikat telah pun memastikan tempat mereka.

Pelancaran papan iklan itu dijadualkan untuk Januari 2016, dan akan dilancarkan dari Alcântara, Brazil.

Tertinggi dan terpantas

Mesej yang terpapar pada SpaceBillboard akan menjadi yang tertinggi dan terpantas pernah disaksikan dalam industri, terbang pada kelajuan 27,400 ksj pada altitud 500 km. Papan iklan tersebut akan mengorbit Bumi sebanyak 15 kali sehari, menjadi iklan pertama yang benar-benar membawakan mesej mereka mengelilingi dunia.

Walaupun papan iklan itu tidak akan dapat dilihat dari Bumi, semua mesej akan dapat dilihat secara berterusan di laman sesawang SpaceBillboard (http://spacebillboard.com) selain digunakan dalam kempen penjenamaan pelanggan.

Pemasaran & Sains

SpaceBillboard merupakan jenis baharu projek pembiayaan ramai bagi penyumbang persendirian dan korporat. Bagi syarikat-syarikat, membeli satu atau lebih daripada 400 petak yang tersedia pada harga €2500 merupakan peluang sempurna untuk menunjukkan semangat inovatif mereka.

Mesej Peribadi

Memberi ilham kepada orang ramai tentang penyelidikan angkasa merupakan bahagian penting misi SpaceBillBoard. Oleh itu, anda boleh menghantar mesej peribadi ke angkasa pada €1/aksara. Setakat ini, ramai yang telah mendaftar untuk berkongsi mesej mereka.

Ke Angkasa

Sebaik sahaja SpaceBillboard terjual sepenuhnya, ia akan diletakkan pada CubeSat. CubeSat dijangka beroperasi dalam orbit sehingga sepuluh tahun lamanya. Selepas itu, ia akan terbakar di dalam atmosfera, memastikan tiada sisa angkasa ditinggalkan.

Latar Belakang SpaceBillboard

SpaceBillboard telah diasaskan pada 2014 oleh tiga penyelidik PhD daripada KU Leuven University, Belgium untuk menyokong penyelidikan angkasa yang inovatif pada kos yang berpatutan.

Lawati laman sesawang kami di:  http://www.spacebillboard.com  atau http://spacebillboard.com/press

Sumber: SpaceBillboard

Source: SpaceBillboard
Keywords: Aerospace/Defense Survey, Polls & Research