omniture

KMS lighthouse Diiktiraf Sebagai Salah Satu daripada '100 Syarikat Terpenting dalam KM' KMWorld 2015

KMS lighthouse
2015-01-22 14:24 157

CAMDEN, Maine, 22 Januari 2015 /PRNewswire/ --

Satu lagi pengiktirafan antarabangsa untuk KMS lighthouse: KMS lighthouse telah dinamakan dalam senarai berprestij "100 Syarikat Terpenting KM" bagi tahun 2015, oleh KMWorld, penyedia maklumat terkemuka yang berkhidmat dalam pasaran sistem pengurusan pengetahuan, dokumen, dan bahan. Kumpulan rakan sekerja, juruanalisis, dan penyepadu sistem KMWorld mengenal pasti KMS lighthouse, daripada ratusan peserta, sebagai syarikat yang berdedikasi terhadap matlamat untuk mengubah pengalaman pelanggan dengan menggunakan pengetahuan.

Pengumuman itu dijangka akan dibuat dalam isu bulan Mac untuk 100 Syarikat Tahunan KMWorld. KMS lighthouse menerima anugerah itu bagi mengiktiraf produk-produk Lighthouse, yang melaksanakan konsep KDE (Pengalaman Berpacu Pengetahuan). Dengan menukarkan Data Besar menjadi pengetahuan boleh tindak, KDE memperkasa penyedia perkhidmatan agar dapat menyediakan pengalaman pelanggan "pakar" dengan pantas dan cekap. Hasilnya, pelanggan meyakini mereka mendapat jawapan pakar melalui semua saluran perkhidmatan: dalam kedai, menerusi telefon, atau melalui titik hujung layan diri.

Shahar Ben-Ami, Ketua Pegawai Eksekutif KMS lighthouse berkata: "Ini adalah satu lagi pengiktirafan daripada pakar industri yang menunjukkan konsep KDE kami benar-benar penting! Kami berusaha bersungguh-sungguh agar pengguna dapat mengalami perkhidmatan yang paling berilmu dalam mana-mana interaksi, dengan penyedia perkhidmatan telekomunikasi, bank, atau pun kedai."

Dalam tahun-tahun lepas, KMWorld berbangga dengan syarikat dalam senarai mereka sebagai syarikat yang telah membantu mewujudkan, mentakrif semula, atau mempertingkat sesebuah pasaran. Dengan wawasan KDEnya, KMS lighthouse telah mengubah cara pengetahuan diterima, serta peranannya dalam penjagaan pelanggan.

Produk-produk KMS lighthouse boleh dilihat di http://www.kmslh.com. Untuk maklumat lanjut dan untuk melihat demonstrasi secara langsung, pelanggan boleh menghubungi sales@kmslh.com.

Latar Belakang KMS lighthouse

KMS lighthouse adalah penyedia perisian milikan swasta yang global dan berkembang pesat. Penyelesaian Pengalaman Pelanggan KMS lighthouse, yang digunakan oleh pemain sedunia dengan jutaan pelanggan, menyediakan jawapan tepat kepada soalan pelanggan dalam masa yang sangat singkat. Sebelum ini ia memberi tumpuan untuk membantu Pusat Hubungan Tahap Satu, tetapi semenjak 2013, misi syarikat itu adalah untuk menukarkan pengalaman pelanggan dengan menggunakan pengetahuan, memimpin Pengalaman Terpacu Pengetahuan seluruh dunia. Produk-produk KMS lighthouse memanfaatkan Data Besar dan menukarkannya menjadi pengetahuan boleh tindak, yang digunakan dalam masa 5 saat. Selain daripada senarai "100 Syarikat Terpenting KM" 2015, KMWorld memilih KMS lighthouse untuk Anugerah Harapan KMWorld 2014 dan Gartner telah memilih KMS lighthouse sebagai salah satu daripada Vendor Hebat 2014 bagi Khidmat Pelanggan CRM.

Untuk maklumat lanjut: http://www.kmslh.comsales@kmslh.com, +1-347-434-5596

Sumber: KMS lighthouse

Source: KMS lighthouse
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Publishing/Information Service Awards