omniture

adidas Lancarkan Ultra BOOST, Kasut Larian Terhebat

adidas
2015-01-23 09:15 377

HERZOGENAURACH, Jerman, 23 Januari, 2015 /PRNewswire/ -- Revolusi Energy Running telah mengambil langkah baharu yang berani apabila adidas melancarkan kasut larian terhebat, Ultra BOOST. Di lokasi pelancaran yang dikawal di Kotaraya New York, Yohan Blake, David Villa, Sammy Watkins dan sepasukan atlit elit memberikan kesetiaan mereka kepada revolusi tersebut sementara ratusan saksi dari seluruh dunia hadir untuk pengenalan Ultra BOOST.

Para atlit dan tetamu yang hadir mengalami kehebatan Ultra BOOST melalui demonstrasi ujian langsung yang canggih menggunakan sistem ARAMIS yang turut digunakan oleh institusi kejuruteraan terkemuka seperti NASA, Boeing dan Audi untuk mengukur ujian pelanggaran, analisis getaran dan kajian ketahanan. adidas membangunkan Ultra BOOST menggunakan pengukuran permukaan dan bentuk 3D ARAMIS untuk memberikan pengalaman larian boleh suai sepenuhnya. Ultra BOOST secara intuitif menyesuaikan langkah pelari dengan memberikan Pulangan Tenaga BOOST™ yang tiada tandingan, sokongan kukuh dan keselesaan boleh suai bagi beratus-ratus kilometer, dalam sebarang persekitaran.

"Untuk menyahut seruan atlit-atlit dunia bagi lebih Tenaga kami menyasarkan untuk menghasilkan kasut larian terhebat dan kami telah berjaya melakukannya dengan Ultra BOOST," kata Eric Liedtke, Ahli Lembaga Eksekutif adidas. "adidas telah menaikkan standard industri dengan BOOST dan akan terus membuka laluan dalam Energy Running untuk mereka yang berani mengikutinya."

Pulangan Tenaga Tanpa Bandingan

Ultra BOOST menampilkan lebih 20 peratus* bahan kusyen BOOST, iaitu kusyen dengan Pulangan Tenaga tertinggi dalam industri larian, dan telah menghapuskan tapak tengah EVA tradisional untuk hubungan lebih terus bagi memberikan ekspresi mutlak BOOST. Dibina daripada beribu-ribu kapsul tenaga unik, BOOST memberikan prestasi yang tekal bagi beratus-ratus kilometer dalam sebarang keadaan.

Keselesaan Boleh Suai

Bagi melengkapi Pulangan Tenaga tanpa bandingan BOOST, Ultra BOOST menampilkan pengemaskinian inovatif kepada teknologi PRIMEKNIT adidas yang dibina untuk mencapai tahap baharu dalam keselesaan, sokongan dan gaya.

Kaki seorang pelari dapat mengembang sehingga 10mm atau lebih semasa berlari. Apabila disekat, pengembangan ini boleh menyebabkan ketidakselesaan dan geseran teruk serta kecederaan utama dalam larian, lepuhan. Tidak seperti teknologi kaitan utama lain, corak PRIMEKNIT adidas inovatif Ultra BOOST memberikan sokongan yang selesa pada kawasan kaki yang kurang mengembang dan regangan adaptif yang mana ia diperlukan untuk memberikan keselesaan maksimum.

"Setiap teknologi yang ditampilkan dalam Ultra BOOST dibina untuk melengkapi antara satu sama lain bagi memberikan kebolehsuaian bertenaga melalui padanan, rupa dan rasa yang tersuai," kata Ben Herath, Naib Presiden Reka Bentuk bagi adidas Running. "Sementara kami telah membawa inovasi ke tahap seterusnya, bentuk Ultra BOOST yang bergaya dibina untuk kelihatan sehebat prestasinya."

Tenaga Digembleng

Salah satu ciri termaju Ultra BOOST ialah tapak luar Stretch Web yang menyesuai dan meregang mengikut pijakan dan pergerakan anda. Rekaan elastik berperforasi menggembleng dan memaksimumkan Energy BOOST tanpa menyekat sebarang kualitinya. Penampilan unik tapak luar Stretch Web merupakan rupa yang sempurna untuk melengkapi kapsul Energy BOOST yang menarik pandangan.

Sokongan Kukuh

Ultra BOOST turut menampilkan binaan tumit yang baharu sepenuhnya yang membebaskan pergerakan semula jadi tendon Achilles. Sarung tumit luaran yang ditala cermat mendakap kaki dengan selesa dan menyesuaikan kepada regangan tinggi tendon Achilles. Alas stokin ringan baharu menyesuaikan kepada bentuk kaki semula jadi pelari, untuk padanan dan rasa yang tersuai.

Ultra BOOST turut menampilkan SISTEM TORSION® dwi-ketumpatan baharu, dibina ke dalam tapak kasut ini. Ini membolehkan pergerakan yang lebih bebas antara tumit dan hadapan kaki untuk kestabilan hebat serta larian yang lebih lancar dan juga terkawal.

Larian terhebat anda menanti dengan Ultra BOOST di http://www.adidas.com/ultraboost. adidas Ultra BOOST akan boleh didapati di adidas.com mulai 11 Februari 2015, harga runcit disyorkan, MSRP ialah $180/€180 dan gedung Sport Performance adidas serta peruncit terpilih mulai 25 Februari. Sertai pergerakan larian adidas Energy dengan mengikuti @adidasrunning di Twitter atau Instagram.

Latar Belakang adidas Running

Untuk maklumat lanjut tentang adidas Running, sila lawati http://www.adidas.com/running. Untuk mendapatkan imej tambahan sila lawati ruang berita media kami news.adidas.com dan ikuti kami di http://www.facebook.com/adidasrunning. adidas merupakan pereka, pembangun dan pemasar global bagi kasut, pakaian dan aksesori olahraga dengan misi untuk menjadi jenama sukan utama di dunia.

*

Berbanding adidas Energy BOOST

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150121/726598-a
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150121/726598-b
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150121/726598-c
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150121/726598-d
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150121/726598-e

Source: adidas
Related Links:
Keywords: Fashion Sports Sports Equipment & Accessories New products/services