omniture

Persatuan Meteorologi Diraja mengumumkan Pemenang Anugerah Jurugambar Cuaca Terbaik Standard Chartered bagi Tahun 2024

Royal Meteorological Society
2024-10-30 19:06 27

LONDON, 30 Oktober 2024 /PRNewswire/ -- Persatuan Meteorologi Diraja telah mengumumkan pemenang bagi Pertandingan Jurugambar Cuaca Terbaik Standard Chartered tahun ini, yang dipilih oleh panel hakim yang berpengalaman dalam meteorologi, fotografi, dan kewartawanan.

Di samping itu, orang ramai juga telah mengundi dalam talian untuk 'Kegemaran Awam'.

©Wang Xin, ‘Sprites Dancing in the Dark Night’, Winner, Standard Chartered Weather Photographer of the Year 2024
©Wang Xin, ‘Sprites Dancing in the Dark Night’, Winner, Standard Chartered Weather Photographer of the Year 2024

 

Pemenang Anugerah Jurugambar Cuaca Terbaik Standard Chartered bagi Tahun 2024 ialah Wang Xin dari China, dengan karya 'Sprite Dancing in the Dark Night', satu contoh yang menakjubkan tentang kilat sprite merah, yang hanya berlangsung beberapa milisaat dan memerlukan kesabaran serta kemahiran untuk merakamnya.   Xin memenangi hadiah berjumlah £5000.

Naib Juara dimenangi oleh Andy Gray dari UK, dengan imejnya, 'Hoarfrost Heaven', yang menggambarkan keindahan hoarfrost di Peak District. Andy memenangi hadiah berjumlah £2500. Tempat ketiga dimenangi oleh Jamie Russell untuk karya 'Evening Shower over the Needles', yang menunjukkan hujan lebat dan pelangi di atas Isle of Wight.

Pemenang Anugerah Jurugambar Cuaca Terbaik Menggunakan Telefon Pintar bagi Tahun 2024 ialah Nur Syaireen Natasya Binti Azaharin dari Malaysia, dengan karya 'Volcanoes', yang menggambarkan ciri cuaca halus di antara gunung berapi yang mengeluarkan asap di Jawa Timur, Indonesia.

Naib Juara untuk kategori ini telah dimenangi oleh Lesley Hellgeth dari AS, dengan karya 'African Dust over Athens', yang merakam gambar debu Sahara yang mengelilingi Parthenon di Athens.  Tempat ketiga kategori telefon pintar ini pula telah diberikan kepada Peter Reinold dari AS, yang merakam 'Circular Rainbow' dari tempat duduk pesawat beliau.

Pemenang Anugerah Jurugambar Muda Cuaca Terbaik Standard Chartered bagi Tahun 2024 bagi kategori bawah 18 tahun telah dimenangi oleh Angelina Widmann dari Austria. Karya 'Rain Aria' beliau menunjukkan seorang penyanyi opera yang menyanyi di tengah hujan lebat semasa persembahan opera terbuka. Tempat Kedua untuk kategori ini telah diberikan kepada Ellis Skelton untuk karya 'Saturated Earth and Sky's Promise'. Tempat Ketiga pula telah dimenangi oleh Lincoln Wheelwright dari AS untuk karya 'Fire and Ice' beliau, sebuah gambar dramatik ribut petir yang sedang melanda.

Anugerah Iklim Standard Chartered

Anugerah Iklim Standard Chartered ialah anugerah yang baru diperkenalkan dalam pertandingan tahun ini. Gerson Turelly dari Brazil telah dianugerahkan sebagai pemenang untuk anugerah ini. Gerson memenangi hadiah berjumlah £1000 untuk karya imej beliau yang bertajuk, 'Rowing', yang menunjukkan seorang pengkayak yang berusaha menyelamatkan orang yang terperangkap di Porto Alegre, Brazil, semasa banjir yang dahsyat pada musim bunga 2024. 'Rowing' juga memenangi gelaran Kegemaran Awam, selepas undian awam di laman web Persatuan Meteorologi Diraja.

Pertandingan bagi tahun 2024 menyaksikan peningkatan penyertaan yang meningkatkan kesedaran tentang kesan perubahan iklim terhadap corak cuaca di seluruh dunia.

Lihat Galeri Pemenang.

Baca Catatan kepada Editor. 

Muat turun imej beresolusi tinggi atau rendah, kapsyen dan pembahagian hak cipta imej di sini.  

Gambar - https://mma.prnasia.com/media2/2541928/Royal_Meteorological_Society.jpg?p=medium600

Source: Royal Meteorological Society
Keywords: Art Entertainment Awards STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)