omniture

BMR Energy, Syarikat Platform American Capital Energy & Infrastructure Memuktamadkan Pembiayaan $62.7 Juta untuk Projek Tenaga Angin Jamaica, Terus Mengembangkan Pasukan Pelaburan

American Capital Energy & Infrastructure
2015-01-28 02:17 178

ANNAPOLIS, Maryland, 28 Januari 2015 /PRNewswire/ -- American Capital Energy & Infrastructure ("ACEI") hari ini mengumumkan syarikat platform pertumbuhannya di Amerika Tengah dan Kepulauan Caribbean, BMR Energy, LLC ("BMR Energy"), telah memuktamadkan pembiayaan untuk projek penjanaan tenaga berkuasa angin 36 MW di Jamaica.

Pakej pembiayaan $62.7 juta itu terdiri daripada pinjaman kanan sebanyak $42.7 juta daripada Overseas Private Investment Corporation ("OPIC"), pinjaman kanan sebanyak $10 juta daripada International Finance Corporation ("IFC") dan pinjaman sebanyak $10 juta daripada Program Perubahan Iklim IFC-Kanada.

BMR Energy akan menggunakan hasil pembiayaan ini bersama pelaburan ekuitinya sebanyak $26.9 juta, dibiayai American Capital, Ltd. (NASDAQ: ACAS), untuk membina ladang angin baharu dengan kapasiti penjanaan tenaga sebanyak 36.3 MW. Turbin angin akan dibekalkan oleh Vestas Wind Systems A/S ("Vestas"), salah sebuah syarikat pemerolehan dan pembinaan ("EPC") turbin angin dan kejuruteraan terbesar di dunia. Vestas juga akan turut merancang pembinaan ladang angin itu di bawah kontrak siap guna EPC. Pembinaan akan bermula pada suku tahun pertama 2015 dan akan tamat pada awal tahun 2016.

En. Paul Hanrahan, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama ACEI, berkata: "Kami sangat gembira dengan kejayaan pasukan BMR memuktamadkan urus niaga ini, yang akan menyediakan kuasa boleh dibaharui yang berkos rendah bagi mengurangkan lagi keperluan Jamaica untuk penjanaan dikuasakan minyak yang berkos tinggi. Tambahan lagi, kami tidak sabar-sabar untuk membuat pelaburan lanjut dalam rantau ini."

Kuasa daripada projek itu akan dijual kepada Jamaica Public Service Company ("JPS") di bawah persetujuan pembelian kuasa selama 20 tahun. Tenaga elektrik daripada projek ini bakal menjadi antara sumber kuasa paling berkos rendah yang tersedia dalam sistem JPS, yang sebelum ini dibekalkan kebanyakannya oleh loji kuasa dikuasakan minyak.

ACEI juga terus mengembangkan pasukan pelaburan Kuasa Antarabangsanya. Patty Rollin berkhidmat sebagai Naib Presiden, bertanggungjawab untuk penyumberan, penajaan jamin, dan mengurus pelaburan. Sebelum menyertai ACEI, Cik Rollin berkhidmat sebagai Naib Presiden, Pembangunan Projek Global, di Silver Ridge Power (sebelum ini dikenali sebagai AES Solar), sebuah syarikat yang membangunkan, memiliki, dan mengendalikan projek fotovoltan suria skala grid. Sebelum menyertai Silver Ridge Power, Cik Rollin menubuhkan sebuah syarikat khidmat runding pembangunan tenaga, Sage Energy Group. Dari 1984 hingga 2004, Cik Rollin bekerja di The AES Corporation yang mana beliau membantu mengurus penggabungan & pemerolehan, hubungan pelabur, dan pembangunan projek global.

Erica Chang berkhidmat sebagai Pengarah, Asia Investments. Sebelum menyertai ACEI, Cik Chang merupakan Naib Presiden Marubeni Asian Power Singapore, unit kuasa Marubeni Corporation yang mengurus pembangunan dan peluang penggabungan & pemerolehan di Asia. Marubeni merupakan IPP terkemuka dengan kapasiti penjanaan melebih 30,000 MW seluruh dunia. Sebelum Marubeni, Cik Chang bekerja di AES China Corporation, yang mana beliau mengurus peluang penggabungan & pemerolehan di Asia, dan di Fortman Cline Capital Markets, bank pelaburan butik yang merangkumi Asia Tenggara.

"Kami gembira kerana bekas rakan sekerja kami Patty dan Erica telah menyertai pasukan pelaburan kami," kata Richard Santoroski, Pengarah Urusan dan pengasas bersama ACEI. "Pengalaman mereka dalam sektor tenaga dan prasarana, selain hubungan mereka yang sudah kukuh di seluruh dunia, bakal menjadi aset kepada pasukan ini ketika kami menerokai pasaran tenaga dan juga prasarana global serta mencari peluang pelaburan sebaik mungkin."

LATAR BELAKANG AMERICAN CAPITAL ENERGY & INFRASTRUCTURE
American Capital Energy & Infrastructure mengurus pelaburan dalam aset prasarana tenaga global, termasuk kemudahan penjanaan kuasa, pengagihan kuasa, dan rangkaian penghantaran, aset pengangkutan tenaga, peluang penghasilan bahan api serta syarikat produk dan juga perkhidmatan yang memberi tumpuan kepada sektor kuasa dan tenaga. ACEI merupakan sebahagian daripada syarikat gabungan pengurusan aset American Capital, Ltd.'s (Nasdaq: ACAS) ("American Capital"), American Capital Asset Management, LLC. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk www.ACEI.com.

LATAR BELAKANG AMERICAN CAPITAL
American Capital, Ltd. (Nasdaq: ACAS) merupakan firma ekuiti swasta dan pengurus aset global dagangan awam. American Capital, secara langsung dan juga melalui perniagaan pengurusan asetnya, memulakan, menaja jamin, dan mengurus pelaburan dalam ekuiti swasta pasaran tengah, kewangan berkeumpilan, harta tanah, tenaga dan prasaran, serta produk berstruktur. American Capital mengurus aset bernilai $21 bilion, termasuk aset dalam kunci kira-kira dan aset berpendapatan di bawah pengurusan pengurus gabungan, dengan jumlah aset bernilai $80 bilion di bawah pengurusan (termasuk aset berkeumpilan). Melalui syarikat gabungan, American Capital mengurus syarikat dagangan awam American Capital Agency Corp. (Nasdaq: AGNC), American Capital Mortgage Investment Corp. (Nasdaq: MTGE) dan American Capital Senior Floating, Ltd. (Nasdaq: ACSF) dengan jumlah nilai buku bersih sebanyak kira-kira $11 bilion. Daripada lapan pejabatnya di A.S. dan Eropah, American Capital serta rakan gabungannya, European Capital, akan mempertimbangkan peluang pelaburan daripada $10 juta ke $750 juta. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk www.AmericanCapital.com.

LATAR BELAKANG BMR ENERGY
Beribu pejabat di Kotaraya New York, BMR Energy, LLC telah ditubuhkan pada 2013 untuk memberi tumpuan kepada mengambil alih, membangunkan, memiliki, dan mengendalikan aset berkaitan kuasa dan tenaga di Kepulauan Caribbean dan Amerika Tengah. Pasukan BMR membawa gabungan pengalaman selama lebih 60 tahun dalam pembangunan serta pengendalian prasarana tenaga antarabangsa.

Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan pandang ke hadapan. Kenyataan yang berkaitan hasil jangkaan American Capital Energy & Infrastructure dan ahli gabungannya tertakluk kepada pelbagai faktor dan ketidakpastian, termasuk ketidakpastian yang berkaitan dengan masa penutupan urus niaga, perubahan dalam kadar faedah, ketersediaan urus niaga, perubahan dalam keadaan ekonomi rantau, kebangsaan, atau antarabangsa, mahupun perubahan dalam keadaan industri yang menerima pelaburan daripada American Capital Energy & Infrastructure.

Hubungi: +1 (443) 214-7070
Paul Hanrahan, Ketua Pegawai Eksekutif
Richard Santoroski, Pengarah Urusan

Source: American Capital Energy & Infrastructure
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Environmental Issues Financing agreements Personnel announcements