-- Pelanggan baharu Kellogg dan HBO, peningkatan hasil 250 peratus, perluasan global dan momentum pencapaian pembiayaan $35 juta untuk platform pengurusan data Krux
SAN FRANCISCO dan NEW YORK, 28 Januari 2015 /PRNewswire/ -- Krux (www.krux.com) terus mengukuhkan lagi kedudukan kepimpinannya dalam pasaran pengurusan data pada tahun 2014 dengan momentum jualan yang kukuh, perluasan antarabangsa, penggunaan oleh pemasar utama, dan pemuktamadan pusingan pembiayaan bernilai $35 juta.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140205/NY59467LOGO
Dalam masa persaingan yang tidak disangka-sangka serta kerumitan pasaran, Krux semakin memberikan pulangan pelaburan dengan purata 10:1 kepada pemasar global terkemuka, penerbit, dan agensi. Platform pengurusan data (DMP) generasi seterusnya Krux membantu meningkatkan hasil dengan menyatukan, menganalisis, dan mengaktifkan data orang ramai dalam masa sebenar untuk kandungan diperibadikan, perdagangan, dan pengalaman pengiklanan merentasi semua peranti, pelayar, dan sistem pengendalian.
Pencapaian penting Krux dalam tahun 2014 termasuklah:
"Pasaran DMP sesak dengan penyedia bebas dan syarikat perisian "pukul rata" yang lebih besar yang menjanjikan apa yang dicari pemasar dan penerbit tetapi tidak mempunyai tindanan teknologi untuk mengotakan janji itu," kata Tom Chavez, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama Krux. "Krux memberi tumpuan untuk membina dan menyediakan penyelesaian sebenar dan kami yakin, walau pun dengan pasaran yang bersaing sengit, platform berasaskan awan kami semakin pantas menjadi standard global untuk penggunaan data orang ramai yang pintar, cekap, dan selamat."
Latar Belakang Krux
Krux (www.krux.com) adalah syarikat pengurusan data berasaskan awan yang membantu perniagaan dan orang ramai berinteraksi dengan lebih produktif melalui aliran data orang ramai yang lebih pintar, pantas, dan selamat. Dengan Krux, pemasar dan penerbit dapat meningkatkan hasil dan pelibatan melalui penyediaan pengalaman jenama tersuai khusus. Krux membantu syarikat menyatukan data daripada pelbagai sumber (web, mudah alih, CRM, pendaftaran, langganan) dan mengaktifkannya merentasi sebarang saluran dalam masa sebenar. Hari ini, Krux mencapai dua bilion pelayar dan peranti seluruh dunia, memberi perkhidmatan kepada lebih 20 bilion paparan halaman, dan memproses lebih 1.5 bilion rekod CRM setiap bulan. Krux merupakan syarikat disokong usaha niaga yang beribu pejabat di San Francisco dengan cawangan di empat benua. Para pelanggannya termasuklah Kellogg, Warner Brothers, Ticketmaster/Live Nation, Turner, Meredith, Axel Springer, News Corp, CCI/Dentsu, Washington Post dan NBC. Ikuti Krux di Facebook, Twitter, LinkedIn dan Google+.