omniture

Sim-Industries Kini Dikenali Sebagai Lockheed Martin Commercial Flight Training

Lockheed Martin
2015-01-28 11:09 82

-Sandy Samuel Dilantik sebagai Naib Presiden dan Pengurus Besar

ORLANDO, Florida, 28 Januari, 2015 /PRNewswire/ -- Sim-Industries, penyedia utama penyelesaian latihan penerbangan komersial, telah menukar namanya kepada Lockheed Martin Commercial Flight Training (LMCFT). (NYSE: LMT)

Sandy Samuel telah dilantik untuk memimpin organisasi itu sebagai naib presiden dan pengurus besar. Sebelum ini Samuel berkhidmat sebagai naib presiden Operasi bagi saluran perniagaan Sistem Maklumat & Penyelesaian Global Awam Lockheed Martin. Beliau mengambil tempat Jeffrey Wood, yang akan mengambil peranan kepimpinan eksekutif baharu dalam Lockheed Martin Aeronautics.

"Lockheed Martin Commercial Flight Training memanfaatkan inovasi, kualiti dan komitmen yang sinonim dengan jenama Lockheed Martin," kata Jon Rambeau, naib presiden dan pengurus besar, Lockheed Martin Training and Logistics Solutions. "Meneruskan warisan itu, kepimpinan dan pengalaman Sandy yang terbukti akan memacu perniagaan ini ke hadapan, memberikan kemampuan latihan mampu milik serta andal untuk para pelanggan penerbangan komersial kami di seluruh dunia."

LMCFT menyediakan suit lengkap produk serta perkhidmatan latihan penerbangan komersial termasuk simulator penerbangan penuh bagi Boeing 737, 767, 777, 787 dan juga Airbus A320, A330/340. Perniagaan tersebut juga turut mengendalikan pusat-pusat latihan penerbangan komersial antarabangsa yang berpangkalan di Sao Paulo, Brazil, dan Incheon, Korea.

Beribu pejabat di Bethesda, Maryland, Lockheed Martin merupakan syarikat sekuriti dan aeroangkasa yang menggajikan sekitar 113,300 orang di seluruh dunia serta terlibat dalam penyelidikan, reka bentuk, pembangunan, pengeluaran, penyepaduan dan pemeliharaan kelestarian sistem teknologi, produk dan juga perkhidmatan termaju. Jualan bersih Syarikat tersebut bagi 2013 adalah sebanyak $45.4 bilion.

Untuk maklumat lanjut, lawati laman sesawang kami:

www.lockheedmartin.com/cft

Ikuti kami di Twitter @LockheedMartin

Source: Lockheed Martin
Related Stocks:
NYSE:LMT
Keywords: Aerospace/Defense Personnel announcements