omniture

Tan Sri Dato' Abdul Ghani Othman Dilantik Pemegang Amanah Yayasan WIEF

The World Islamic Economic Forum (WIEF) Foundation
2015-01-28 15:55 660

KUALA LUMPUR, Malaysia, 28 Januari 2015 /PRNewswire/ -- Yayasan WIEF dengan berbesar hatinya mengalu-alukan Tan Sri Abdul Ghani Othman, Pengerusi Sime Darby Berhad, sebagai ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan itu.

Tan Sri Abdul Ghani Othman, Member of the Board of Trustees of the WIEF Foundation
Tan Sri Abdul Ghani Othman, Member of the Board of Trustees of the WIEF Foundation

Abdul Ghani menyertai Pengerusi Yayasan WIEF Tun Musa Hitam, Tan Sri Wan Mohd Zahid Mohd Noordin dan Dato' Dr Norraesah Mohamad dalam Lembaga Pemegang Amanah semasa.

Abdul Ghani menamatkan pelajaran dengan Kepujian dalam Ekonomi daripada La Trobe University dan memegang Ijazah Sarjana dalam Ekonomi Politik daripada University of Queensland, Australia. Beliau memulakan kerjaya cemerlang beliau pada tahun 1974 sebagai pensyarah ekonomi di Universiti Malaya yang mana beliau kemudiannya berkhidmat sebagai Dekan Ekonomi dan Pentadbiran (1980-1984). Apabila beliau melibatkan diri dalam arena politik Malaysia, beliau menjadi Menteri Belia dan Sukan (1993-1995) dan Menteri Besar Johor (1995-2013).

Selepas beliau bersara daripada politik, Abdul Ghani dilantik sebagai Pengerusi Sime Darby Berhad pada 1 Julai 2013.

Yayasan WIEF bertuah kerana mempunyai Abdul Ghani sebagai Pemegang Amanah. Beliau membawa pengalaman yang sangat luas, yang diperkukuhkan dengan pencapaian beliau yang tinggi dan cemerlang dalam bidang akademik serta di mata masyarakat. Yayasan itu turut mengiktiraf peranan penting serta sumbangan beliau kepada WIEF sebelum ini, terutamanya semasa WIEF ke-8 yang diadakan dengan jayanya di Johor Bahru pada tahun 2012.

Abdul Ghani bakal menjadi aset bernilai kepada Yayasan itu dan sudah pasti akan memberi sumbangan yang signifikan bagi mencapai wawasan dan matlamat WIEF.

Yayasan Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF), sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang berpusat di Kuala Lumpur, menganjurkan Forum Ekonomi Islam Dunia setiap tahun, platform perniagaan bertaraf dunia yang memperlihatkan peluang perniagaan dalam dunia Islam. Yayasan itu juga mengendalikan program di bawah Rangkaian Ahli Perniagaan Wanita (WBN) WIEF. Rangkaian Pemimpin Muda (WYN) WIEF, dan Dana Amanah Pendidikan (WET) WIEF serta Siri Meja Bulat WIEF, yang disasarkan untuk mengukuhkan perkongsian orang ramai, dan pertukaran ilmu antara komuniti Islam dan bukan Islam di serata dunia. Beberapa inisiatif Yayasan itu termasuklah perbincangan meja bulat, program kepimpinan, pertukaran ilmu, dan bengkel pembangunan kemahiran, forum perangkaian perniagaan, program latihan amali dan biasiswa, Program Felo Muda dan Pasaran Festival Seni Kreatif (MOCAfest). Untuk maklumat lanjut tentang Yayasan WIEF, sila lawati www.wief.org.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150120/8521500322

Source: The World Islamic Economic Forum (WIEF) Foundation
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Personnel announcements