omniture

UL Memperkenalkan Perkhidmatan Kepatuhan Komprehensif bagi Industri Teknologi Serba Boleh Pakai

UL
2015-01-29 09:00 157

FREMONT, California, 28 Januari 2015 /PRNewswire/ -- UL Consumer Technology, pemimpin global dalam ujian keselamatan produk dan persijilan selama lebih 100 tahun, mengumumkan hari ini pelancaran perkhidmatan komprehensif yang menawarkan perkhidmatan pengesahan produk tersuai, khidmat nasihat, ujian, mitigasi risiko,  kebolehan saling operasi dan Akses Pasaran Global untuk membantu pelanggan pengeluar, pembekal dan pengilang product dengan produk teknologi Serba boleh pakai yang lebih selamat serta andal di samping mengurangkan masa untuk pasaran.

Seperti diumun di konvansion CES minggu lalu, tumpuan difokuskan kepada banyak pengilang and pembekal product peranti boleh pakai daripada syarikat baharu yang besar dan kecil, Bahawa, memandangkan Teknologi Boleh Pakai yang kian meningkat, pasaran potensi dijangka mencapai $100 Bilion (USD) menjelang 2018*, adalah amat penting bagi pihak pengeluar untuk memahami regulasi, penilaian mandatori dan pertimbangan ujian yang melibatkan komponen dan bahan yang digunakan dalam produk teknologi serba boleh pakai. Sebagai tambahan kepada isu kepatuhan regulasi dan kawal seliaan, memenuhi jangkaan prestasi dan keandalan produk adalah amat penting bagi penggunna awam meluas dalam pasaran. Selain privasi dan keselamatan data, keselamatan pengguna adalah amat penting bagi produk teknologi boleh pakai memandangkan ia digunakan bagi jangka masa lama dalam hubungan terus dengan kulit manusia dan bergantung kepada teknologi tanpa wayar untuk memancarkan serta menerima maklumat peribadi. Yang paling kritikal, ujian-ujian tersebut melindungi daripada kemudaratan tubuh badan seperti lecuran kulit dan pendedahan kepada isyarat atau radiasi tanpa wayar yang kemungkinan berbahaya. Tampa ujian yang bersesuaian mungkin menyebabkan penarikan balik atau, pemulangan produk di pasaran, dan menjejaskan reputasi pengeluar. Untuk maklumat selanjutnya, sila lawati www.ul.com/wearables

"UL mengambil peranan dalam menyediakan program Teknologi Boleh Pakai yang cukup luas untuk merangkumi keseluruhan industri namun cukup jelas dan kukuh untuk memberikan nilai tinggi kepada pembangun serta pengeluar teknologi serba boleh pakai untuk membantu sambil membawa produk mereka ke pasaran dengan cekap," kata Stephen Kirk, Naib Presiden dan Pengurus Besar untuk Divisyen Teknologi Pengguna UL.

Kirk turut menyatakan bahawa portfolio unik dan luas perkhidmatan UL akan membantu memandu Industri Teknologi Serba Boleh Pakai dalam pembangunan piawaian dan ujian saling kendalian yang akan memenuhi tuntutan kawal seliaan disamping memuaskan keinginan pengguna dengan produk berkualiti tinggi yang berfungsi bersama dengan lancar.

* "Wearable Technology: 2014," Generator Research Limited, 29 Januari 2014. Laman Sesawang. 15 November 2014.http://www.generatorresearch.com/report/wearable-technology-2014/.

Latar Belakang UL

UL merupakan syarikat sains keselamatan bebas global premier yang telah menjuarai kemajuan selama 120 tahun. Lebih daripada 10,000 ahli profesionalnya dipandu oleh misi UL untuk menggalakkan persekitaran bekerja dan hidup yang selamat untuk semua orang. UL menggunakan penyelidikan dan piawaian untuk terus memajukan serta memenuhi keperluan keselamatan yang sentiasa berubah. Kami bekerjasama dengan perniagaan, pengeluar, kesatuan dagangan dan pihak regulasi dan berkuasa kawal seliaan antarabangsa untuk membawa penyelesaian kepada rantaian bekalan global yang lebih kompleks. Untuk maklumat lanjut tentang perkhidmatan pensijilan, ujian, pemeriksaan, khidmat nasihat dan pendidikan kami, lawati http://www.UL.com.

Source: UL
Keywords: Computer Hardware Electronic Components Internet Technology New products/services Trade show news