omniture

KINTEX Lancarkan "K-BEAUTY EXPO 2015" - Pameran Dagangan Kecantikan yang mesti Dilawati mulai 17-20 September, 2015

KINTEX
2015-01-29 10:00 167

SEOUL, Korea Selatan, 29 Januari 2015 /PRNewswire/ -- KINTEX (Pusat Pameran Antarabangsa Korea) mengumumkan K-BEAUTY Expo akan mencapai pembukaan besar-besaran kali ke-7 pada 17 September 2015. Pameran Dagangan yang Mesti Dilawati ini akan berlangsung selama 4 hari dan melabuhkan tirai pada 20 September.

K-Beauty Expo ke-7, sememangnya yang terbesar di Korea dan salah satu pesta yang paling menarik perhatian, berpotensi dan canggih di rantau Asia, akan menjadi lebih mengujakan serta meriah daripada sebelumnya dengan populariti memuncak produk kecantikan Korea di seluruh dunia, terutamanya di seluruh rantau Asia. Satu fenomena budaya yang dipanggil K-Wave, yang merangkumi muzik pop, penghibur dan program TV Korea, kini memukau masyarakat di seluruh dunia. Bersama kemunculan K-Wave yang mengagumkan, produk kecantikan Korea telah menjadi barangan "Mesti-Milik" dan "Mesti-Guna" terutamanya bagi mereka yang mendengar muzik K-Pop, menonton K-drama dan mengikuti gaya selebriti Korea.

Melihat ke dalam K-BEAUTY EXPO akan memberikan anda keseronokan terbaik menerokai semua rahsia kecantikan perkampungan global. Lebih 500 buah syarikat tempatan/luar negara dengan kira-kira 600 gerai pameran bersedia menyambut serta mengujakan para pembeli dan juga pelawat antarabangsa.

Dalam usaha untuk memberikan pengunjung peluang untuk melihat "Segalanya tentang Kecantikan" di satu tempat, barisan produk tahun ini akan dipelbagaikan. Pameran ini merangkumi rangkaian luas produk termasuk produk Kosmetik, Rambut, Kuku, Estetika, Penjagaan Badan, Perubatan (cth. Kulit), Bahan Mentah, Pembungkusan, makanan kecantikan dalaman, Wangian, Barangan Fesyen, Kelengkapan Dandanan Diri dan Spa.

Jika anda antara yang berminat untuk mengambil bahagian dalam pameran dagangan yang menakjubkan dan penuh kecantikan ini, sila lawati www.k-beautyexpo.co.kr atau hubungi Sekretariat K-BEAUTY EXPO 2015 (KINTEX) di kbeautyexpo@kintex.com, +82-31-995-8044

Source: KINTEX
Keywords: Cosmetics & Personal Care Entertainment Fashion Household/Consumer/Cosmetics Music Retail Trade show news