omniture

Dengan Tumpuan terhadap Pengguna Asia Tenggara, Penginovasi Pemasaran Layar-Silang Appier Terbitkan Dapatan Tingkah Laku Pengguna Layar-Silang pada Separuh Kedua 2014

Appier Inc.
2015-01-29 10:15 121

SINGAPURA, 29 Januari 2015 /PRNewswire/ -- Appier, syarikat teknologi pemasaran layar-silang, hari ini menerbitkan Laporan Penyelidikan Tingkah Laku Pengguna Layar-Silang yang terkini, memberikan pandangan tentang bagaimana pengguna berinteraksi dengan komputer peribadi, telefon pintar dan tablet, serta pelibatan mereka merentasi pelbagai peranti. Laporan ini adalah berdasarkan data daripada kempen-kempen Appier yang berlangsung dalam 8 pasaran[1] pada separuh kedua 2014.

Berikut merupakan dapatan utama bagi pasaran Asia Tenggara, termasuk Indonesia, Malaysia, Singapura, dan Vietnam:

  • Pandangan tentang tingkah laku pengguna layar-silang kini semakin penting.
    • Di Singapura, 46% pengguna berbilang peranti (individu yang memiliki lebih daripada dua peranti) memiliki tiga atau lebih peranti, lebih tinggi daripada Vietnam (40%), Indonesia (37%), dan Malaysia (36%).
    • Para pengguna di Vietnam mempunyai kesamaan tingkah laku yang tinggi (74%) merentasi peranti, sebaliknya hanya 25% pengguna berbilang peranti di Singapura mempunyai kecenderungan ini.  
  • Penggunaan berbilang peranti amat bergantung kepada waktu dalam sehari & hari dalam seminggu.
    • Penggunaan komputer peribadi lebih tinggi pada hari-hari bekerja, sementara peranti mudah alih lebih kerap digunakan pada hujung minggu.
    • Penggunaan komputer peribadi lebih tinggi di tempat kerja sementara penggunaan peranti mudah alih lebih tinggi sebelum dan selepas kerja.
  • Kecenderungan pengguna bagi saiz skrin sedang beralih kepada saiz pertengahan.
    • Telefon pintar lebih besar (>5 inci) dan tablet kecil (7-8.9 inci) telah meningkat dalam suku keempat.
    • Peranti saiz pertengahan (telefon 4-4.8 inci & tablet 9.7 inci) masih membentuk majoriti.
  • Kesan Iklan berbeza mengikut jenis peranti dan saiz skrin bagi industri permainan, runcit, dan pelancongan.
    • Iklan permainan mempunyai CTR (kadar klik terus) lebih tinggi pada telefon kecil (<4.8 inci) dan tablet besar (>9.7 inci).
    • Pengguna lebih banyak mengklik iklan runcit dan pelancongan pada peranti mudah alih mereka.

"Laporan ini menunjukkan kerumitan tingkah laku pengguna merentasi berbilang peranti. Tanpa analisis data pintar, sukar bagi pemasar untuk meramal tingkah laku kumpulan pengguna sasaran mereka dalam era berbilang skrin ini. Di Appier, kami memanfaatkan kuasa Kecerdasan Buatan dan data besar bagi menyediakan pandangan pengguna untuk pemasar membangunkan kempen pemasaran tersuai mereka," kata Chih-Han Yu, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Appier.

Latar Belakang Appier

Diasaskan pada 2012, Appier merupakan syarikat teknologi yang menawarkan penyelesaian pemasaran layar-silang generasi seterusnya kepada para pengiklan di seluruh dunia. Beribu pejabat di Taipei, dengan pejabat di San Francisco, Singapura, Tokyo dan Sydney, Appier bersungguh-sungguh dalam menjadikan pengiklanan sebagai kandungan pilihan yang menghubungkan perniagaan dan pengguna. Untuk memuat turun laporan penyelidikan Appier yang lengkap, sila lawati blog.appier.com/category/report/. Sebarang maklumat lanjut tentang Appier sila lawati http://www.appier.com.

Maklumat Perhubungan Media:
Stephanie Yang
stephanieyang@appier.com 

Nota:

1. Pasaran termasuk Australia, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Malaysia, Singapura, Taiwan, dan Vietnam.

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20140903/8521404985Logo

 

 

 

Source: Appier Inc.
Keywords: Advertising Computer/Electronics Internet Technology Publishing/Information Service Survey, Polls & Research