Perkongsian pengedaran baharu dengan studio rekaan dan teknologi London menambah produk kreatif baharu dengan penggunaan profesional berkepelbagaian luas
KUALA LUMPUR, Malaysia, 29 Januari 2015 /PRNewswire/ -- RS Components (RS), jenama dagangan Electrocomponents plc (LSE:ECM), pengedar global untuk jurutera, telah melancarkan perkongsian pengedaran terbaharunya dengan menambah Electric Paint dan Touch Board menggunakan Arduino daripada pencipta teknologi London Bare Conductive. Produk inovatif ini menyediakan pilihan yang menjimatkan kos dan mudah digunakan untuk jurutera profesional dan juga untuk komuniti pembuat.
Electric Paint beraliran elektrik, tidak toksik, bebas pelarut, dan larut dalam air. Ia boleh digunakan sebagai dawai cecair, sebagai medium pateri sejuk, malah sebagai pelekat konduktif. Sesuai digunakan dengan bekalan kuasa arus terus bervoltan rendah, Electric Paint boleh digunakan sebagai potensiometer dan sesuai untuk pemprototaipan, membaiki PCB, dan melukis litar dan sensor atas mana-mana permukaan.
Papan pengawal mikro Touch Board menyepadukan cip sentuh kapasitif, pemain MP3, slot kad SD, pengecas bateri Li-Po, dan 12 elektrod. Elektrod itu boleh dihubungkan terus kepada konduktor, seperti pad Electric Paint, untuk mencetuskan bunyi melalui pemain MP3 atau fungsi lain seperti komunikasi wayarles atau menambah kawalan motor menggunakan perisai perluasan Arduino.
"Bermulanya perkongsian kami dengan RS Components membuka lembaran baharu yang mengujakan dalam kisah Bare Conductive, dan akan membantu kami meluaskan lagi semangat kami untuk mencipta cara yang tidak dijangka bagi berinteraksi dengan alat elektronik untuk pelanggan tetap komersial dan perindustrian sedunia," kata Matt Johnson, Ketua Pegawai Eksekutif Bare Conductive.
"Tenaga kreatif di Bare Conductive adalah ketara, dan memberikan satu keseronokan untuk bekerjasama dengan pasukan ini," ulas Ben Lawton, Ketua Alat & Barangan Guna Habis Global di RS Components. "Tambahan kekuatan perkhidmatan pengedar kami, termasuk beli-belah dalam talian sehenti, logistik berkepantasan tinggi, dan persekitaran interaktif DesignSpark untuk jurutera, mencipta tawaran yang sukar ditolak oleh para pelanggan kami serta satu platform untuk membina perkongsian dan juga untuk mencapai kejayaan yang lebih hebat pada masa hadapan."
Untuk maklumat lanjut dan untuk memesan Electric Paint dan Touch Board lawati laman sesawang di http://my.rs-online.com/web/.
Latar Belakang RS Components
RS Components dan Allied Electronics merupakan jenama dagangan Electrocomponents plc, pengedar global untuk jurutera. Dengan operasi di 32 buah negara, kami menawarkan sekitar 500,000 produk melalui internet, katalog, dan di kaunter dagangan kepada lebih satu juta pelanggan, menghantar lebih 44,000 bungkusan sehari. Produk-produk kami, yang bersumberkan daripada 2,500 pembekal utama, termasuk semikonduktor, antara sambungan, pasif dan elektromekanikal, automasi serta kawalan, elektrikal, ujian dan pengukuran, alatan dan juga barangan guna habis.
Electrocomponents disenaraikan di Bursa Saham London dan beroleh pendapatan sebanyak GBP1.27bilion pada tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac 2014.
Untuk maklumat lanjut sila lawati laman sesawang di www.rs-components.com.
RS Components
Tan Soo Chun
Pengurus Perhubungan Awam - Asia Pasifik
E-mel: soochun.tan@rs-components.com
Telefon: +65-6391-5745
Edelman Public Relations (Singapura)
Yvette Yeo
Pengurus
E-mel: yvette.yeo@edelman.com
Telefon: +65-6347-2355
Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan berikut:
@RSElectronics; @alliedelec; @designsparkRS
RS Components melalui Linkedin
http://www.linkedin.com/company/rs-components
RS Components melalui Weibo
http://e.weibo.com/u/3206377000?type=0
Pautan Berkaitan:
Electrocomponents plc
www.electrocomponents.com
RS Components
www.rs-online.com/
DesignSpark
www.designspark.com
Logo - http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg
SUMBER RS Components Singapore