omniture

Henkel Halakan Tumpuan "Big Game" Liga Bola Sepak Kebangsaan atas Jenama Pelekat, Pertama Kali dalam Industri

Henkel
2015-01-29 12:28 114

 

 

KUALA LUMPUR, 29 Januari 2015 /PRNewswire/ -- Henkel, pembekal utama dunia bagi pelekat, bahan kedap dan salutan berfungsi menanda pencapaian baru dengan menjadikan salah satu jenama terkemukanya, LOCTITE sebagai jenama pelekat pertama dalam siaran iklan semasa perlawanan kejuaraan tahunan Liga Bola Sepak Kebangsaan (NFL). Perlawanan tersebut dikenali sebagai acara sukan serta pengiklanan terbesar di Amerika Utara, dan turut dikenali sebagai komersial dan hiburan global yang berskala besar, dengan jumlah penonton tahun 2013 mencapai 110 juta serta menarik minat melebihi 25 juta tweet di seluruh dunia, termasuk rantau Asia Pasifik.

Sebagai jenama utama dunia dalam industri pelekat, LOCTITE menawarkan pilihan produk yang paling maju dan pelbagai bagi penyelesaian pelekat serta bahan kedap berkualiti premium untuk keperluan gam di rumah. Melebihi 5,000 paten, LOCTITE merupakan jenama yang dipercayai atas prestasinya yang tinggi dan inovasi baru yang berterusan. Dalam bidang perindustrian, pelekat merupakan "wira halimunan" di sebalik hampir setiap produk industri moden, dari kenderaan jimat bahan bakar hingga peranti mudah alih ringan. Acara dunia ini memberi kesempatan kepada Henkel untuk memperkenalkan juara tersembunyi ini. Iklan TV LOCTITE selama 30 saat akan disiarkan semasa waktu rehat pada suku keempat, diakhiri dengan Tarian Loctite yang terkenal, sebuah video yang telah menarik perhatian melebihi 1.3 juta tontonan.

"Ini merupakan langkah berani LOCTITE, bagi Teknologi Pelekat, dan juga untuk Henkel," jelas Susanne Cornelius, Naib Presiden Korporat bagi perniagaan Pengguna & Tukang di Henkel Adhesive Technologies. "Kami telah memperolehi banyak pencapaian melalui usaha pengedaran LOCTITE kami. Kini adalah masanya untuk memberi pengguna dan pelanggan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan menjadikan jenama kami pilihan pertama,  mendahului para pesaing."

Sebagai pemimpin pasaran yang memiliki 8 daripada 60 bilion euro nilai pasaran pelekat global, Henkel Adhesive Technologies akan memainkan peranan penting dalam mencapai sasaran bercita-cita tinggi syarikat iaitu 20 bilion dalam jualan global menjelang 2016, dengan 10 bilion sumbangan daripada pasaran baru muncul. Pemunculan jenama pelekat LOCTITE milik Henkel di pentas utama merupakan langkah besar untuk terus mengukuhkan kepimpinan industri dan membolehkan penerokaan peluang pasaran tambahan.

Pada Januari tahun ini, Henkel melancarkan Pusat Perkhidmatan Impregnasi LOCTITE Asia-Pasifik pertamanya di Suzhou, China. Dengan pusat perkhidmatan baru ini, Henkel membawakan teknologi impregnasinya yang maju dan inovatif ke Asia serta pasaran membangun lain. Penyelesaian Impregnasi LOCTITE menutup segala keliangan dengan andal dalam banyak bahagian automotif, termasuk kepala silinder, pam air, dan pemampat. Henkel merancang untuk terus mengembangkan Pusat Perkhidmatan Impregnasi Loctite dalam tahun akan datang untuk menampung keperluan meningkat bagi teknologi inovatif dan berkualiti daripada pasaran automotif Asia.

Hubungi:

Estelle Hsu
Ketchum Shanghai
Tel: +86­-21-­6353 2288-­116
Faks: +86­-21-­6353 2276
Telefon: +86-­152-­01910007
E­-mel: estelle.hsu@ketchum.com

Antje Chu
Ibu Pejabat Henkel Asia­-Pasifik 
Tel: +86­-21-­2891 8000
Faks: +86­-21­-2891 8975

Source: Henkel
Keywords: Advertising Chemical Home Improvement Household Products Household/Consumer/Cosmetics Publishing/Information Service Sporting Events Sports Licensing/marketing agreements