BEIJING, 30 Ogos, 2012 /PRNewswire-AsiaNet/ --
Beijing Perfect World Network Technology Co., Ltd. ("Perfect World"), pemaju dan pengurus permainan dalam talian utama yang berpangkalan di China, bersama beberapa pemain permainan, media dan pemain, dari seluruh dunia, berhimpun di Dewan B2B Gamescom dari 15 hingga 19 Ogos. Presiden Perfect World Interactive Entertainment Zhu Qi turut hadir pada acara itu.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20090416/CNTH023LOGO)
Gamescom, pameran perisian permainan, perisian maklumat dan perkakasan yang paling berwibawa dan besar secara menyeluruh di Eropah, menarik pelbagai pemain dan pemaju permainan dari seluruh dunia setiap tahun. Pameran itu memberi pemain peluang untuk mencuba permain baharu, menonton pertunjukan Cosplay dan menerima hadiah. Sebagai peserta pameran di Gamescom 2012, Perfect World mengetengahkan empat tajuk dan peralatan luar biasa yang lain,memperoleh sambutan hebat daripada pemain.
Sebagai pemaju dan operator permainan utama dalam talian yang berpangkalan di China, permainan dalam talian Perfect World sentiasa popular manakala jenamanya sejak awal lagi, menguasai dan terus dipandang tinggi dalam kalanan pemain. Sepanjang pameran empat hari itu, Perfect World mempamerkan empat tajuk baharu, Swordsman Online, Return of the Condor Heroes, Saint Seiya Online dan Neverwinter dan mendapat sambutan hangat daripada pengunjung pameran.
Menerusi strategi penawaran projek berkelas terbaik dan tersedia, Perfect World akan terus memberi tumpuan terhadap pembangunan dan jualan pemainan dalam talian, menawarkan lebih banyak kegembiraan untuk para pemain di seluruh dunia.
SUMBER : Perfect World Co., Ltd.