omniture

Eurail Tawar Hari Perjalanan Percuma Semasa Promosi "Pelanggan Awal"

Eurail Group G.I.E.
2015-02-02 23:00 95

UTRECHT, Belanda, 2 Februari 2015 /PRNewswire/ --

Beli sekarang, melancong kemudian dengan dua hingga lima hari tambahan ditambah kepada Pas Global 

Eurail membantu memulakan perancangan percutian untuk pelanggan awal dengan hari-hari perjalanan percuma. Pas Global Eurail yang dibeli mulai 1 Februari hingga 31 Mac akan disertakan masa perjalanan tambahan untuk menjelajah ke Eropah.

Tawaran ini adalah sah untuk pas-pas Dewasa, Kanak-kanak dan Belia bagi kelas pertama dan kedua, termasuk Pas Penjimatan. Kempen ini menawarkan dua hari tambahan untuk pas 15-hari, tiga hari tambahan untuk pas 21-hari dan lima hari tambahan untuk Pas Global berterusan sebulan. Pelanggan dapat memanfaatkan peluang ini sekarang, dengan fleksibiliti untuk memulakan perjalanan dalam tempoh enam bulan daripada tarikh pembelian.

"Tujuan Eurail adalah untuk memaksimumkan pilihan penumpang bagi menerokai Eropah sambil meminimumkan kos," kata  Silvia Görlach, Pengurus Jualan dan Pemasaran Eurail Group. "Untuk mencapai tujuan ini, Eurail juga telah melaksanakan Pas Belia kelas pertama bagi penumpang berusia 12 hingga 25 tahun dan inisiatif perjalanan percuma untuk kanak-kanak." Kini sehingga dua kanak-kanak berusia 11 tahun ke bawah boleh melancong tanpa bayaran bersama seorang Pemegang Pas Dewasa.

Pas Global Eurail merupakan produk paling popular daripada Eurail, menawarkan pengembara akses kepada 28 buah negara dan termasuk perjalanan percuma atau berdiskaun dalam laluan perkapalan utama. Eurail membawakan kekayaan kebudayaan, geografi dan sejarah Eropah ke dalam capaian, membantu pelancong berhubung dengan tempat serta masyarakat untuk merasai pengalaman yang benar-benar mengubah kehidupan.

Pas Eurail boleh didapati daripada rangkaian sedunia Ejen Jualan Am Berdaftar. Untuk maklumat lanjut sila lawati: http://www.eurailgroup.org/eurail-vendors.

Eurail Group G.I.E., organisasi yang berdedikasi terhadap pemasaran dan pengurusan pas Eurail dan Interrail, dimiliki sepenuhnya oleh 30 syarikat keretapi dan perkapalan yang mengambil bahagian. Selain itu, kumpulan tersebut mempunyai banyak rakan kongsi manfaat, termasuk hotel, syarikat pengangkutan dan muzium, yang menawarkan perkhidmatan mereka sama ada pada kadar dikurangkan atau secara percuma kepada pemegang pas keretapi.

http://www.eurailgroup.org  

Pustaka gambar Eurail: http://eurail.informationstore.net

Sumber: Eurail Group G.I.E.

Source: Eurail Group G.I.E.
Keywords: Leisure/Travel/Hotels Railroads and Intermodal Transportation Transportation Travel Trucking and Road Transportation New products/services