omniture

Saluran Berita Alarab Dilancarkan

Alarab News Channel
2015-02-03 04:14 91

MANAMA, Bahrain, 3 Februari 2015 /PRNewswire/ -- Saluran Berita Alarab, saluran berita 24-jam terkini rantau Timur Tengah dan Afrika Utara, memulakan siaran pada jam 13.00 GMT pada 1 Februari dari ibu pejabatnya di Bahrain kepada para penonton seluruh dunia. Pelancaran tersebut mengalu-alukan gaya pemprograman berita yang baharu sepenuhnya bagi Timur Tengah dan rantau lain serta mengisi kekosongan kritikal dalam pemprograman berita bahasa Arab dengan menyampaikan kepada berjuta-juta penonton dengan pandangan objektif, segar dan tidak bias terhadap peristiwa-peristiwa dunia.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150201/727846-a)
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150201/727846-b)

Mengulas pelancaran tersebut, En. Fahad Sukait, Pengerusi Lembaga dan Ketua Pegawai Eksekutif saluran tersebut berkata: "Kami berbangga dengan permulaan kukuh yang telah kami capai dan berterima kasih kepada  Duli Yang Maha Mulia Putera Alwaleed Bin Talal Bin Abdulaziz Al Saud atas sokongan baginda yang tidak berbelah bahagi. Tujuan kami adalah untuk menyediakan untuk penonton gaya baharu dan berbeza, menyampaikan berita yang saksama dan tepat berdasarkan analisis mendalam." Beliau menambah: "Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan kami atas kerja keras mereka yang telah menyumbang kepada kejayaan pelancaran hari ini."

En. Jamal Khashoggi, Pengurus Besar, mengulas: "Kami merasakan terdapat keperluan sebenar bagi saluran yang bebas dan tidak berat sebelah. Kami berbangga kerana program kami akan melangkaui 'normal' untuk memberikan penonton kisah yang penting bagi mereka."

Alarab akan menyampaikan berita tersebut dengan objektif dan tepat, menyediakan buletin berita pada permulaan setiap jam melalui rangkaian luas koresponden dan bironya di seluruh dunia, selain kumpulan penganalisis dan pakar bidang. Berita perniagaan utama rantau itu akan disampaikan melalui perjanjian kerjasama dengan Bloomberg yang akan menyediakan maklumat bertaraf dunia untuk komuniti perniagaan rantau tersebut.

Selain berita, Alarab akan menyiarkan rangkaian program termasuk fokus kepada hal ehwal Arab Saudi. Setiap hari minggu bermula pada Ahad hingga Khamis, buletin KSA – yang disampaikan oleh Nour AlShaikh dan Mefreh Al Shaqiqi – akan menampilkan berita dari Negara itu. Ghanem Al Mareekhi akan mengacarakan "Min Al Riyadh", rancangan perbualan merangkumi pelbagai topik yang penting bagi warga Saudi, daripada hal ehwal politik hingga sosial, yang akan membuka dialog antara rakyat Saudi serta pihak berkuasa.

"AlMashdad Al layla" bersama Laila Al Skaikly akan ke udara setiap Khamis dan mendalami lebih daripada kisah, memberikan jawapan serta sudut baharu terhadap peristiwa harian. Taria Alaas akan mengacarakan program  mingguan selama satu jam bertajuk "Majalis Al Arab" yang melihat proses membuat keputusan dalam parlimen Arab dan peranan yang dimainkan oleh mereka dalam kehidupan politik Arab moden.

SUMBER  Alarab News Channel

Source: Alarab News Channel
Keywords: Entertainment Publishing/Information Service Television New products/services