omniture

MasChain Memperluas Ekosistem dengan Penerima Geran Baharu, Frac

Masverse
2024-11-08 10:48 6

KUALA LUMPUR, Malaysia, 7 November 2024 /PRNewswire/ -- Masverse dengan sukacitanya mengumumkan Frac sebagai penerima geran terkini dan rakan kongsi baharu dalam ekosistem MasChain. Frac telah menerima geran sebanyak RM200,000 daripada inisiatif ini. Dengan menyertai MasChain, Frac membawa kepakaran luas dalam tokenisasi pecahan (fractional tokenisation), menambah nilai unik kepada infrastruktur lapisan satu kami dan memperkukuhkan komitmen kami dalam memajukan inovasi dan penerimaan teknologi blockchain.

Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) antara FRAC Sdn Bhd dan Masverse Sdn Bhd: (Dari kiri) Encik Melvin Tan (Ketua Pegawai Pelaburan FRAC), Encik Japhet Lim (Ketua Pegawai Eksekutif FRAC), Encik Richard Koay (Ketua Pegawai Pemasaran Masverse) dan Encik Seong Jiann Koay (Ketua Pegawai Kewangan Masverse).
Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) antara FRAC Sdn Bhd dan Masverse Sdn Bhd: (Dari kiri) Encik Melvin Tan (Ketua Pegawai Pelaburan FRAC), Encik Japhet Lim (Ketua Pegawai Eksekutif FRAC), Encik Richard Koay (Ketua Pegawai Pemasaran Masverse) dan Encik Seong Jiann Koay (Ketua Pegawai Kewangan Masverse).

Komitmen terhadap Inovasi

MasChain kekal komited untuk menyokong projek yang mendorong evolusi teknologi dan inovasi. Sebagai blockchain lapisan satu berasaskan kebenaran awam (Layer One Public Permissioned Blockchain), MasChain terus menyokong usaha seperti Frac yang meneroka batasan aplikasi blockchain. Kerjasama ini mengukuhkan dedikasi kami untuk menjadikan Malaysia sebagai peneraju era blockchain Web 3.0 dan Aset Dunia Nyata (RWA – Real World Asset).

Peranan Frac

Pendekatan perintis Frac dalam tokenisasi aset pecahan selaras sepenuhnya dengan visi MasChain, menawarkan penyelesaian baharu untuk pengurusan aset digital di atas platform blockchain berasaskan kebenaran awam yang selamat dan boleh diskala. Kepakaran mereka dalam mempertingkatkan perdagangan aset pecahan menyumbang kepada matlamat MasChain untuk menyediakan infrastruktur blockchain yang mudah diakses, boleh dipercayai, dan cekap di Malaysia dan seterusnya.

Masa Depan

Dengan Frac kini sebahagian daripada ekosistem MasChain, kedua-dua organisasi menjangkakan sinergi masa depan yang akan membuka peluang inovatif untuk tokenisasi aset dunia nyata dan aplikasi blockchain lain. Perkongsian ini akan memberi kemajuan yang besar kepada landskap blockchain Malaysia, sekaligus mengukuhkan peranan MasChain sebagai lapisan asas dalam ekonomi digital rantau ini.

Tentang Masverse

Masverse adalah peneraju dalam penyelesaian blockchain, bekerjasama rapat dengan agensi kerajaan dan pemimpin industri untuk mencipta platform inovatif yang memudahkan penerimaan teknologi blockchain dengan lancar. MasChain, sebagai sebahagian daripada portfolio Masverse, kekal berdedikasi untuk menyokong usaha yang mempercepat transformasi digital dan pembangunan ekonomi di Malaysia.

Source: Masverse
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Corporate Expansion Licensing/marketing agreements Blockchain