omniture

Great Wall Global Perkenal Penyelesaian ODM Termaju di Sidang Kemuncak LOEM Intel 2024

Great Wall Global
2024-11-11 23:51 31

BANGKOK, 11 November 2024 /PRNewswire/ -- Great Wall Global, pengeluar reka bentuk asli (ODM) yang terkemuka bagi barangan elektronik, mencetuskan impak yang kukuh di Sidang Kemuncak LOEM Intel pada 5-7 November 2024, di Bangkok, Thailand. Acara yang berprestij ini, menghimpunkan peneraju teknologi yang utama, membolehkan Great Wall Global mempersembahkan inovasi terbarunya dalam komputer riba, PC mini, komputer semua-dalam-satu dan stesen kerja.


Dengan kepakaran industri selama lebih 30 tahun, Great Wall Global membina reputasi untuk kualiti dan inovasi. Produk unggulannya, dikuasakan oleh teknologi terkini daripada Intel, menggamit perhatian global dan memperkukuh komitmennya untuk membentuk masa depan sektor ODM. Antara sorotannya ialah Gbook Air 14, komputer riba ultra-ringan dengan berat hanya 960 gram dan tebal 14.9mm. Membawakan pemproses terkini Intel, ia menyokong pemprosesan AI luar talian yang kompleks, lalu mengukuhkan kedudukannya sebagai penyelesaian yang ideal untuk golongan profesional yang memerlukan kuasa dan juga kemudahalihan.

"Sidang kemuncak ini menawarkan peluang unik buat kami untuk berhubung dengan peneraju industri, memperoleh pandangan dan membentuk perkongsian yang memacu inovasi. Penyertaan kami menunjukkan komitmen kami untuk membangunkan penyelesaian teknologi yang memenuhi permintaan pasaran yang semakin berkembang." Livia Lee, Timbalan Pengurus Besar Great Wall Global, memuji pengaruh sidang kemuncak ini ke atas pertumbuhan perniagaan. Beliau menekankan dedikasi berterusan syarikat terhadap kualiti serta penyelidikan dan pembangunan (R&D), seterusnya memantapkan reputasi Great Wall Global sebagai rakan kongsi yang andal untuk jenama-jenama terkemuka.

Larry Ma, Naib Pengurus Besar yang menyelia pembangunan produk, menghuraikan tentang strategi R&D syarikat, menonjolkan inovasi sebagai aspek penting untuk mengekalkan kelebihan daya saing. "Pasukan R&D kami menerobos sempadan apa yang mungkin, bermula dengan mengintegrasikan teknologi terkini Intel hingga mempelopori fungsi dalam komputer riba, komputer meja dan sebagainya," jelas Ma. Ulasan beliau menekankan fokus syarikat untuk memajukan barisan produknya bagi melangkaui jangkaan pengguna moden.

Sidang kemuncak ini memudahkan rangkaian yang produktif, membolehkan Great Wall Global menjalankan banyak mesyuarat bersama pelanggan dan rakan kongsi dari seluruh dunia. Perbincangan ini memaparkan pelan hala tuju produk terkini syarikat ini, teknologi termaju dan penyelesaian tersuai yang disesuaikan dengan keperluan pasaran tertentu. Ia turut menekankan kolaborasi berterusan syarikat ini dengan Intel, yang memainkan peranan penting dalam pengembangan syarikat dalam pasaran baru muncul serta penambahbaikan fungsian produk.

Latar Belakang Great Wall Global 

Great Wall Global ialah pengeluar reka bentuk asli (ODM) ulung yang mengkhusus dalam barangan elektronik, termasuk komputer riba, tablet, komputer meja, PC mini, stesen kerja, pencetak, monitor, pelayan dan sebagainya. Dengan komitmen yang teguh terhadap kualiti, teknologi dan perkhidmatan, syarikat berkolaborasi dengan jenama-jenama global yang terkemuka untuk menyampaikan penyelesaian teknologi termaju.

 

Source: Great Wall Global
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications Trade show news Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things