DUBLIN dan TOKYO, 3 Februari 2015 /PRNewswire/ -- UBIqube, vendor Pengorkestraan rangkaian dan sekuriti generasi akan datang terkemuka, mengumumkan pemilihan Rangka Kerja Pengorkestraan MSActivator™ oleh NTT Communications Corporation, penyelesaian ICT dan perniagaan komunikasi antarabangsa dalam NTT Group (NYSE: NTT).
NTT Communications sedang meluaskan portfolio perkhidmatan sekuriti perusahaannya dengan rangkaian fungsi dan vendor lebih pelbagai serta disokong penggabungan kemampuan dimayakan (Awan dan NFV) dan juga sistem berasaskan peranti.
MSActivator™ membolehkan NTT Communications menyediakan pelanggan mereka dengan perkhidmatan sekuriti yang menjimatkan dengan lebih luas dan antara muka pengurusan-kendiri melalui portal WideAngle terulung industri NTT.
Kolaborasi UBIqube dan NTT merupakan petunjuk awal kerjasama DevOps dalam industri Perangkaian dan Sekuriti ketika jurutera berkebolehan MSActivator™ daripada kedua-dua pihak menyepadukan pelbagai teknologi dan menyuaikan penawaran perkhidmatan NTT.
Akira Arima, Ketua Pegawai Eksekutif NTT Communications, mengulas: Memilih UBIqube sebagai rakan kongsi adalah amat penting bagi kami untuk menggabungkan peranti sekuriti terbaik dalam kelasnya dengan fungsi sekuriti berasaskan awan terbina. MSActivator™ merupakan asas strategi pengeluaran perkhidmatan kami yang dilaksanakan di bawah Visi Awan Global kami bermula dengan Perkhidmatan Sekuriti kepada Awan Perusahaan BizHosting dan kemudian melalui WideAngle untuk Awan Persendirian.
Nabil Souli, Ketua Pegawai Eksekutif, UBIqube Solutions, mengulas: "NTT Communications, dalam fokusnya untuk memberikan perkhidmatan terbaik dan mampu milik kepada komuniti perusahaan, telah memilih untuk memikirkan semula penyampaian sokongan perkhidmatan ruang peralatannya pada masa kini dengan pandangan terhadap perpindahan ke NFV dan perkhidmatan mampu awan.
Oleh itu ia berada di barisan hadapan dalam inovasi industri perkhidmatan ICT. UBIqube berbesar hati untuk menyumbang kepada usaha ini yang menunjukkan bagaimana perkhidmatan perusahaan akan disampaikan melalui rangkaian hibrid dan sistem sekuriti masa hadapan."
Latar Belakang NTT Communications:
NTT Communications menyediakan perundingan, seni bina, sekuriti dan perkhidmatan awan untuk mengoptimumkan persekitaran perusahaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Penawaran ini disokong oleh infrastruktur sedunia syarikat itu, termasuk rangkaian IP tahap 1 global terkemuka, rangkaian VPN Arcstar Universal One™ yang menghubungkan 196 negara/wilayah, dan 130 pusat data selamat seluruh dunia. Penyelesaian NTT Communications memanfaatkan sumber global syarikat NTT Group termasuk Dimension Data, NTT DOCOMO dan NTT DATA.
Latar Belakang UBIqube:
UNIqube merupakan vendor Pengorkestraan Perisian utama.
MSActivator™ merupakan rangka kerja Pengorkestraan perkhidmatan berbilang penyewa agnostik vendor, yang direka untuk penyempurnaan tangkas dan jaminan rangkaian fizikal dan Maya serta perkhidmatan sekuriti (SDN, NFV)
Hubungi kami di sales@ubiqube.com atau +353-1-649-9031.
SUMBER UBIqube