omniture

Pembikin Filem Kemboja Polen Ly Merangkul Hadiah Utama Semasa Tropfest SEA 2015

Tropfest SEA
2015-02-03 22:43 381

PULAU PINANG, Malaysia, 3 Februari 2015 /PRNewswire/ -- Pembikin filem Polen Ly menjadi warga Kemboja kedua menjulang pingat juara Tropfest Asia Tenggara dengan filemnya, "Colourful Knots," semasa memenangi anugerah utama di Tropfest SEA 2015 pada 1 Februari.

Polen Ly menerima hadiah beliau daripada Mike Ellis, Presiden Motion Picture Association, Asia Pasifik (Gambar ihsan: Jaky Lim)
Polen Ly menerima hadiah beliau daripada Mike Ellis, Presiden Motion Picture Association, Asia Pasifik (Gambar ihsan: Jaky Lim)

Polen Ly, yang meraih hadiah kedua semasa Tropfest SEA 2014, merupakan warga Kemboja kedua menjuarai Tropfest SEA. Filem itu berkisarkan perjalanan hidup harian seorang gadis yang didiagnosis dengan barah, dan bagaimana beliau mengubah kehidupan orang di sekelilingnya.

Pembikin filem itu memenangi hati para hakim dan menggondol hadiah wang tunai berjumlah AS$12,000 sumbangan Yayasan Sime Darby, serta perjalanan menghayati industri yang tidak ternilai harganya ke Los Angeles, tajaan Motion Picture Association (MPA).

Tempat kedua menjadi milik pengarah warga Filipina, Jake Soriano, untuk filem beliau "The Steel Child," dan warga Kemboja Somchanrith Chap menduduki tempat ketiga untuk filem pendek berilhamkan koboi beliau, "A Fistful of Pebbles."

Para pemenang dipilih berdasarkan senarai 16 filem oleh panel lima orang juri pakar – Pelakon Australia Sullivan Stapleton (Animal Kingdom, 300: Rise of an Empire, Strike Back); sinematografer terkenal Christopher Doyle (In the Mood for Love, 2046); Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Dato' Kamil Othman; Ketua Pegawai Eksekutif Infinite Studios, Mike Wiluan; dan Naib Presiden Astro, Pemerolehan & Pengedaran Rantau, Cik Teng Lee Yein.

Pengarah Urusan Tropfest SEA, Joe Sidek, berkata, "Tropfest adalah untuk meraikan daya kreativiti dalam kalangan pembikin filem berbakat, dan saya sentiasa teruja dengan semua filem hebat yang kami terima. Semangat penyampaian kisah kekal marak dalam jiwa Asia Tenggara, dan kami akan sentiasa memastikan Tropfest SEA menjadi platform bagi kisah yang tertinggal untuk diceritakan."

Sidek juga berterima kasih kepada para penaja dan rakan kongsi festival itu terhadap komitmen mereka terhadap seni ini. "Wawasan kami adalah untuk memberi pembikin filem Asia Tenggara tempat bertapak yang kukuh dalam industri perfileman global, impian yang hanya boleh dicapai dengan bantuan penyokong seni yang kuat."

Beliau terutamanya mengucapkan terima kasih kepada penaja utama Yayasan Sime Darby, Malaysia Major Events, Motion Picture Association serta Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

"Bersama Kementerian Pelancongan dan Budaya Malaysia, termasuklah kami ke dalam Kalendar Acara MYFEST 2015, saya dapat lihat masa hadapan yang cerah untuk Tropfest SEA dalam masa akan datang," kata Sidek.

Mike Ellis, Presiden Motion Picture Association, Asia Pasifik berkata, "Para pembikin filem ini menawarkan suara baharu yang segar bagi mencerminkan betapa luasnya tebaran budaya dalam rantau ini, dan Tropfest akan menyediakan batu loncatan yang akan menghubungkan kisah mereka kepada golongan penonton yang semakin bertambah. Kami sangat menghargai hubungan rapat kami dengan Tropfest di seluruh dunia, dan kami sangat gembira dapat membantu menyokong para pembikin filem dengan kerjaya mereka yang baru berputik. Tahniah diucapkan kepada Polen dan semua peserta peringkat akhir atas kebolehan mereka dalam mempesonakan para penonton dengan karya mereka."

Tropfest SEA 2015 turut menyaksikan persembahan muzik penuh meriah daripada Platform 11, Jamie Wilson Trio, dan Dasha Logan, selain persembahan komedi daripada pelawak pentas spontan terkenal dari Singapura, Kumar.

John Polson, pengasas Tropfest, mengucapkan tahniah kepada para peserta peringkat akhir melalui sebuah mesej video, dan mengumumkan item khusus untuk Tropfest SEA 2016 sebagai "SWITCH". Semua penyertaan untuk Tropfest SEA 2016 mesti memasukkan item ini, walaupun ia boleh ditafsirkan dalam sebarang cara yang diingini oleh pembikin filem itu.

Anugerah Pilihan Penonton

Viddsee, rakan kongsi tayangan dalam talian Tropfest SEA, akan menganjurkan Anugerah Pilihan Penonton melalui saluran Tropfest SEA khusus mereka pada 2-16 Februari. Orang awam boleh menonton dan mengundi filem kegemaran mereka di www.viddsee.com/tropfestsea2015 selama dua minggu akan datang. Pemenang akan menerima AS$500 daripada Yayasan Sime Darby dan kamera Canon EOS 70D DSLR, tajaan Canon Marketing Malaysia.

Pertanyaan Media: Isabel Asquith | isabelasquith@tropfestsea.com | +604-261-3061

Pertanyaan Festival: Lisa Case | lisacase@tropfestsea.com | +604-261-3061

Latar Belakang Yayasan Sime Darby

Yayasan Sime Darby, atau Sime Darby Foundation, telah ditubuhkan pada tahun 1982 dan merupakan pemacu utama bagi inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat Sime Darby Berhad.

Matlamat Yayasan Sime Darby disokong oleh lima asas pentingnya, iaitu: pendidikan; alam sekitar; masyarakat & kesihatan; belia & sukan serta seni & budaya. Walaupun dipimpin ahli bebas Majlis Pentadbir dan diuruskan pasukan yang berdedikasi, Yayasan Sime Darby bekerjasama rapat dengan Sime Darby Group, dalam bidang berkepentingan sama.

Sejak penubuhannya, Yayasan Sime Darby telah menganugerahkan biasiswa bernilai RM217 juta kepada 2,519 pelajar di dalam dan luar negara Malaysia. Ia menyokong projek penyelidikan jangka masa panjang yang mempunyai nilai saintifik signifikan seperti projek Kestabilan Ekosistem Hutan Berubah (SAFE) yang merupakan projek ekologi terbesar dunia, satu usaha sama dengan Persatuan Diraja (Akademi Sains UK dan Negara Komanwel). Yayasan Sime Darby turut terlibat dengan aktif dalam kemajuan dan peningkatan sukan di Malaysia khususnya untuk sukan lumba basikal, boling laman, kriket, tenis, dan golf. Di bawah tiang masyarakat & kesihatannya, Yayasan Sime Darby menyokong inisiatif untuk menggalakkan kesejahteraan warga kurang bernasib baik, tidak mengira bangsa, budaya, agama, fahaman atau jantina dan bekerjasama dengan organisasi yang ditubuhkan bagi menggalakkan pembangunan seni dan budaya.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.yayasansimedarby.com

Latar Belakang Motion Picture Association

Motion Picture Association (MPA) dan Motion Picture Association International (MPA-I) mewakili kepentingan enam penerbit dan pengedar antarabangsa untuk rakaman hiburan. Untuk itu, mereka mempromosikan dan melindungi hak harta intelek semua syarikat ini dan mengendalikan program kesedaran awam bagi menekankan kepentingan perlindungan bahan kepada peminat filem seluruh dunia. Semua aktiviti ini membantu mengubah keseluruhan pasaran lalu memanfaatkan industri filem dan televisyen di setiap negara, termasuk para pembikin filem tempatan serta asing.

Organisasi itu bertindak mewakili pihak ahli Motion Picture Association of America, Inc (MPAA) termasuklah; Paramount Pictures Corporation; Sony Pictures Entertainment Inc.; Twentieth Century Fox Film Corporation; Universal City Studios LLC; Walt Disney Studios Motion Pictures; dan Warner Bros. Entertainment Inc. MPA dan MPA-I beroperasi di seluruh dunia yang dikendalikan daripada pejabat cawangan utama mereka di Los Angeles dan Washington, D.C. serta diselia di Asia Pasifik oleh satu pasukan yang bekerja di Singapura. Untuk maklumat lanjut tentang MPA dan MPA-I, sila lawati www.mpa-i.org.

Latar Belakang Malaysia Major Events

Malaysia Major Events (MME) merupakan divisyen Biro Konvensyen & Pameran Malaysia (MyCEB), sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Budaya Malaysia (MoTAC). MME ditubuhkan di bawah Program Transformasi Ekonomi Kerajaan (ETP) bagi mengenal pasti, mempromosikan, memudahkan, serta menyokong acara antarabangsa berdaya maju untuk diadakan di Malaysia. Dengan objektif utamanya untuk mempertingkat pertumbuhan dan profil ekonomi Malaysia, MME juga ditugaskan untuk mengenal pasti dan menyokong bidaan acara utama untuk acara sukan, kesenian, gaya hidup, dan hiburan dan menyediakan bantuan kepada acara kelolaan dan anjuran tempatan agar dapat menguatkan lagi tarikan sedunia Malaysia sebagai tapak acara pilihan untuk acara utama dalam rantau ini. MME turut bertindak sebagai saluran antara sektor awam dan swasta dalam memastikan proses yang lancar dicapai melalui hubungan bersinergi dengan pihak berkepentingan acara yang pelbagai dalam usaha mengadakan acara gemilang di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://www.mymajorevents.com.my.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150202/8521500651

Source: Tropfest SEA
Related Links:
Keywords: Art Entertainment Film & Motion Picture Awards