omniture

Pesta Perabot Antarabangsa China 2015 (Guangzhou) Akan Diadakan pada Mac

China International Furniture Fair
2015-02-03 23:18 331

Suatu dorongan bagi industri perabot rumah China

GUANGZHOU, China, 3 Februari 2015 /PRNewswire/ -- Pesta Perabot Antarabangsa China, siri acara penyumberan perabot utama Asia, telah mengeluarkan kalendar pamerannya untuk 2015 dengan dua acara (secara kolektifnya "CIFF") dijadualkan: Pesta Perabot Antarabangsa China (Guangzhou) yang akan berlangsung pada bulan Mac dan Pesta Perabot Antarabangsa China (Shanghai) pada bulan September.

Pesta Perabot Antarabangsa China 2015
Pesta Perabot Antarabangsa China 2015

Pesta Perabot Antarabangsa China ke-35 (Guangzhou) akan diadakan sebagai sebahagian daripada Pesta Import & Export China di Pazhou, Guangzhou antara 28 Mac dan 1 April, menandakan permulaan siri acara CIFF 2015. Pempamer dan pengunjung boleh melawat laman sesawang rasmi CIFF (http://www.ciff-gz.com/en/ciffgz/index.html) untuk maklumat lanjut.

Pesta tersebut akan mempunyai dua bahagian acara, bahagian pertama didedikasikan kepada perabot rumah dan bahagian kedua memberi fokus utama terhadap perabot pejabat, peralatan pengilangan perabot dan bahan mentah. Kepelbagaian dalam pameran dan rekaan merangkumi semua jenis perabot dan hiasan rumah serta pejabat pasti menjadikan Pesta Perabot Antarabangsa China ke-35 (Guangzhou) acara penting dengan temanya "Perabot untuk Semua."

Dengan ruang pameran seluas 340,000 meter persegi, bahagian pertama akan diadakan antara 18 dan 22 Mac. Pameran termasuk perabot rumah, hiasan dalaman, perkakas rumah, tekstil rumah selain perabot luar dan santai, mencerminkan pelanjutan daripada perabot dalam rumah kepada kehidupan santai di luar selain evolusi daripada pameran perabot tunggal kepada paparan bersepadu perabot, hiasan rumah serta penggunaan tekstil untuk menambah baik pandangan dan juga rasa sesebuah kediaman.

Dengan ruang pameran meliputi 340,000 meter persegi, bahagian kedua akan berlangsung antara 28 Mac dan 1 April. Pameran akan termasuk perabot pejabat dan hotel, perabot untuk kegunaan di ruang awam, aksesori pejabat, perabot keluli, tempat duduk pejabat, peralatan pengilangan perabot dan bahan mentah, merangkumi elemen huluan serta hiliran sektor tersebut.

Pesta Perabot Antarabangsa China (Shanghai) berkeluasan 400,000 meter persegi akan berlangsung di Pusat Konvensyen & Pameran Kebangsaan (Shanghai) pada bulan September. Pembekal tersohor perabot, hiasan rumah, peralatan pengilangan dan bahan mentah dari China serta luar negara akan mengambil bahagian dalam acara tersebut.

Dengan ruang pameran keseluruhan seluas 1.10 juta meter persegi, CIFF 2015 berada di landasan yang tepat untuk menempah lebih 4,500 pempamer dari 32 buah negara dan wilayah seluruh dunia. Sebilangan pembuat dan pereka perabot domestik serta luar negara akan berada di setiap acara untuk mempamerkan produk inovatif mereka yang mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

Panduan kemasukan pelawat:

Pelawat boleh masuk secara percuma:

  1. Permohonan kemasukan di tapak pameran dengan menunjukkan pengenalan diri yang sah (kad ID China atau pasport) serta kad perniagaan
  2. Lawati http://www.ciff-gz.com/en/ciffgz/index.html untuk pra-pendaftaran

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150130/0861500686-e

Source: China International Furniture Fair
Keywords: Construction/Building Home Improvement Household/Consumer/Cosmetics Real Estate Retail Trade show news