omniture

Peningkatan Pembiayaan Berpatutan Mampu Menyelamatkan Tiga Juta Nyawa Setiap Tahun Akibat Kanser dalam Negara Berpendapatan Rendah dan Sederhana (LMIC) menjelang 2030

Union for International Cancer Control
2015-02-04 08:18 242

GENEVA, 4 Februari 2015 /PRNewswire/ --

Data baharu mengunjurkan peningkatan sebanyak AS$18 bilion dalam pembiayaan setiap tahun oleh masyarakat antarabangsa boleh menghasilkan pengurangan 30% dalam kematian akibat kanser di LMIC menjelang 2030 

Pada Hari Kanser Sedunia 2015, pakar kesihatan awam global terkemuka daripada Persatuan Antarabangsa Kawalan Kanser (UICC) mengumumkan yang jutaan nyawa boleh diselamatkan melalui peningkatan berpatutan dalam pelaburan ke dalam perkhidmatan kanser di seluruh dunia. Antara isi penting:

  • Pembiayaan tahunan masyarakat antarabangsa yang meningkat sebanyak AS$18 bilion seluruh dunia boleh menyelamatkan tiga juta nyawa setiap tahun menjelang 2030 dan banyak lagi dalam puluhan tahun akan datang, melalui pencegahan, pengesanan awal, dan penjagaan lebih baik untuk pesakit kanser.
  • Peningkatan pembiayaan juga dapat memberikan kelegaan daripada sakit bagi memudahkan kematian jutaan orang yang akan mati akibat kanser semasa tempoh waktu ini.
  • Peningkatan tiga kali ganda daripada tembakau sahaja boleh menaikkan hasil cukai yang tersedia untuk kerajaan sehingga AS$400 bilion setiap tahun dan akan menggalakkan satu pertiga perokok untuk berhenti merokok, menurut angka baharu masa kini.

"Lebih lapan juta orang mati akibat kanser setiap tahun, yang mana lebih 60% daripada kematian itu berlaku dalam negara berpendapatan rendah ke sederhana, kebanyakannya dalam segmen berpendapatan sederhana," kata Profesor Tezer Kutluk, Presiden Persatuan Antarabangsa Kawalan Kanser (UICC). "Bilangan mutlak kes kanser dalam negara membangun dijangka akan meningkat secara dramatik kerana pertumbuhan populasi dan penuaan, jadi tindakan mesti diambil sekarang juga. Walaupun pakej AS$18 bilion adalah berpatutan bagi kebanyakan negara, tidak realistik jika kita menjangkakan negara termiskin dunia dapat menyumbang kepada pelaburan ini tanpa sokongan antarabangsa," tekan Prof. Kutluk.

Data utama yang dibentangkan semasa Kongres Kanser Dunia[1] dalam bulan Disember daripada DCP3, Cancer (Jilid 3 daripada edisi ketiga DCP[2]) menyeru negara berpendapatan sederhana yang berkemampuan untuk meningkatkan perbelanjaan terhadap kanser sebanyak 2-5% daripada belanjawan kesihatan mereka. Negara-negara berpendapatan rendah – yang mana perkhidmatan adalah yang paling kurang maju, kemudahan hampir tidak wujud, dan hanya sedikit pakar kanser terlatih – akan memerlukan sokongan daripada masyarakat antarabangsa bagi membina kapasiti, proses yang mungkin akan mengambil masa sedekad atau lebih lagi.

Pertubuhan Kesihatan Seunia menyarankan "belian terbaik" untuk penyakit tidak berjangkit (NCD) pada tahun 2011, termasuk intervensi pencegahan kanser berikut:

  • Pencukaian, kawal selia, dan kawalan tembakau bagi mengurangkan kanser berkaitan tembakau
  • Pemvaksinan Hepatitis B (HBV) bagi mencegah kanser hati
  • Pemeriksaan dan rawatan untuk luka-luka serviks prakanser.

DCP3 Cancer menambah rawatan asas dan intervensi kawalan kesakitan kepada senarai ini yang menghasilkan satu "pakej asas penting":

  • Pemvaksinan HPV untuk gadis awal remaja bagi mencegah kanser serviks
  • Kawalan kesakitan untuk kanser lanjutan
  • Rawatan untuk kanser kanak-kanak terpilih
  • Mendiagnosis dan merawat kanser payudara dan kanser kolon peringkat awal

Langkah ini dikenakan terhadap kanser beban tinggi (kanser serviks, kanser payudara, dan kanser kolon), kanser yang mudah sembuh, kanser kanak-kanak (terpilih). Semua intervensi adalah menjimatkan kos, berpatutan dalam kebanyakan negara berpendapatan sederhana (dan boleh dicapai dalam negara berpendapatan rendah, dengan bantuan antarabangsa) serta boleh dilaksanakan dalam kerangka masa sehingga 2030.

"Bukannya mustahil untuk kita mencegah kematian sebelum masanya akibat kanser, jadi kita tidak boleh berpeluk tubuh dan terus membiarkan beban dunia bertambah. Pada Hari Kanser Sedunia 2015, kami menggesa agar masyarakat antarabangsa bersatu bagi melabur dalam langkah intervensi kawalan kanser yang lebih baik, terutamanya dalam negara berpendapatan rendah hingga sederhana," gesa Cary Adams, Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Antarabangsa Kawalan Kanser (UICC). "Penyelesaian yang boleh dilaksanakan dan berpatutan wujud di sepanjang spektrum kanser, seperti kawalan tembakau dipertingkat, pengesanan dan rawatan lebih awal, serta akses kepada program pemvaksinan yang menyelamatkan nyawa, yang mana jika dilaksanakan, ia akan membantu merendahkan kadar kemiskinan disebabkan penyakit dengan ketara dan mencegah jutaan kematian yang boleh dielakkan."

Latar Belakang Hari Kanser Sedunia dan tema untuk 2015 

Hari Kanser Sedunia berlangsung pada 4 Februari setiap tahun dan ia merupakan inisiatif tunggal yang mana Persatuan Antarabangsa Kawalan Kanser (UICC), anggota, rakan kongsi, dan seluruh dunia bersatu dalam memerangi epidemik kanser global. Dengan slogan 'Not beyond us", Hari Kanser Sedunia 2015 akan mengambil pendekatan yang positif dan proaktif dalam perjuangan memerangi kanser, menekankan yang penyelesaian memang wujud sepanjang lanjuran kanser, dan ia mampu dilakukan oleh kita.

Untuk maklumat lanjut tentang bagaimana mahu melibatkan diri, sila lawati: http://www.worldcancerday.org.

Latar Belakang Persatuan Antarabangsa Kawalan Kanser (UICC)

UICC menyatukan masyarakat kanser bagi mengurangkan beban kanser sedunia, bagi menggalakkan ekuiti lebih besar, dan untuk menyepadukan kawalan kanser ke dalam agenda kesihatan serta pembangunan dunia. UICC merupakan pertubuhan memerangi kanser yang terbesar seumpamanya, dengan lebih 800 ahli pertubuhan merentasi 155 buah negara yang mewakili persatuan kanser utama, kementerian kesihatan, institut penyelidikan, pusat rawatan, dan kumpulan pesakit seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati: http://www.uicc.org

1. Kongres Kanser Dunia, 3-6 Disember 2014: http://www.worldcancercongress.org/sessions/DCP-reducing-premature-deaths-cancer

2. DCP3: Keutamaan Kawalan Penyakit, Edisi Ketiga, Jilid 6 Cancer. Bab 1: Ringkasan dan Saranan
http://www.dcp-3.org/volume/cancer/chapter/1/overview-and-burden

Maklumat Perhubungan Media:

Leah Peyton
E-mel: lpeyton@reddoorunlimited.com
Tel: +44-208-392-8041 / +44-778-819-1434

Peter Donelan
E-mel: pdonelan@reddoorunlimited.com
Tel: +44-208-392-8057

Sumber: Union for International Cancer Control

Source: Union for International Cancer Control
Keywords: Health Care/Hospital Survey, Polls & Research