omniture

Hawksford Group Perluas Kehadiran Korporat Asia Dengan Kemasukan Ke Hong Kong

Hawksford Group
2015-02-04 08:30 103

ST HELIER, Jersey, 4 Februari 2015 /PRNewswire/ --

Hawksford Group sedang meluaskan kehadirannya di Asia, dengan pembukaan pejabat baharu di Hong Kong. Pejabat tersebut, mengkhusus dalam perkhidmatan korporat akan menyediakan perkhidmatan untuk pelanggan dalam talian sebagai Hawksford - http://www.guidemehongkong.com.

Kemasukan tersebut menyusuli pelancaran berjaya ke Singapura tahun lalu, apabila kumpulan tersebut membeli Janus Corporate Solutions, dan merupakan sebahagian strategi lebih besar untuk mengembangkan syarikat tersebut menjadi syarikat pelanggan persendirian, dana dan korporat yang terkenal di peringkat antarabangsa.

"Apabila Hawksford berkembang ke Asia, adalah semula jadi untuk bermula dengan Singapura dan memberi khidmat kepada kepentingan pasaran yang meningkat oleh HNWI di Asia. Tempat seterusnya yang paling jelas untuk berkembang dalam rantau ini ialah Hong Kong," kata Jacqueline Low, Ketua Pegawai Operasi Hawksford di Asia. "Kedua-duanya merupakan wilayah yang mesra perniagaan dan cukai. Tahun pertama kami di Singapura amat berjaya dan kami bercadang menggunakan pendekatan yang sama di Hong Kong yang telah digunakan untuk perkembangan serta kejayaan perniagaan di Singapura."

"Hawksford merupakan perniagaan antarabangsa yang komited untuk menawarkan pelanggan kami perkhidmatan dengan kualiti tertinggi di lokasi yang mereka pilih," ulas Maxine Rawlins, Ketua Pegawai Eksekutif, Hawksford Group. "Hawksford telah membuat pelaburan signifikan dan mengembangkan penawaran perkhidmatan korporatnya dalam tahun-tahun kebelakangan ini, serta ini merupakan asas strategik yang penting bagi syarikat ini. Kami berharap untuk terus membangunkan perkhidmatan korporat dan kehadiran kami di Asia."

Pejabat Hong Kong tersebut, yang sebelumnya merupakan cabang kecil Janus, akan diketuai oleh Julie Chu. Cik Chu mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam peranan kesetiausahaan syarikat dan pentadbiran korporat. Jawatan terkininya adalah sebagai pengarah sebuah firma perkhidmatan kesetiausahaan korporat besar.

"Terdapat peluang hebat di Hong Kong untuk membangunkan perniagaan Hawksford dan saya yakin kami akan melakukannya. Saya teruja menyandang jawatan saya sebagai pengurus besar dan menyediakan perkhidmatan tahap tertinggi kepada pelanggan yang menjadi identiti Hawksford," kata beliau.

Cik Chu merupakan ahli sekutu Hong Kong Institute of Chartered Secretaries (HKICS) dan Institute of Chartered Secretaries and Administrators (ICSA). Beliau mempunyai diploma profesional dalam Bahasa Inggeris untuk Komunikasi Perniagaan, diploma tinggi kebangsaan dalam Perniagaan dan Kewangan serta diploma dalam Kemahiran Kesetiausahaan Peribadi.

Dalam tempoh empat tahun lalu Hawksford telah menyempurnakan pengambilalihan Key Trust dan Trustcorp Jersey Limited di Jersey serta telah mengukuhkan kehadiran di Switzerland dan juga Timur Tengah.

Maklumat hubungan: http://www.guidemehongkong.com

Nota kepada penyunting

Latar Belakang Hawksford Group: http://www.hawksford.com 

Latar Belakang Hawksford - GuideMeHongKong.com: http://www.guidemehongkong.com 

Twitter: @HawksfordGroup

Hawksford merupakan perniagaan dana, pelanggan persendirian dan korporat yang memenangi anugerah dan bebas. Hawksford menawarkan penyelesaian tabung amanah, syarikat, yayasan, perkongsian, pejabat keluarga, pentadbiran dana pelaburan, perancangan pewarisan dan pekerja.

Hawksford mempunyai kemampuan operasi di Jersey, Kepulauan Virgin British, Hong Kong, New Zealand, Singapura, Switzerland serta Emiriah Arab Bersatu dan dengan aktif mencari peluasan ke negara-negara yang akan menambah nilai untuk pelanggan.

Sumber: Hawksford Group

Source: Hawksford Group
Keywords: Banking/Financial Service Corporate Expansion