AMSTERDAM, 4 Februari 2015 /PRNewswire/ --
'Kehidupan Super' dan peluasan rumah pintar
'Rumah masa hadapan', sebelum ini hanya perkara khayalan yang hanya dipamerkan di World's Fair dan fiksyen sains, kini semakin menjadi relaiti. Automasi dan keterhubungan menjadikannya mungkin untuk rumah pintar hari ini menyepadukan teknologi maklumat, membawa kepada kemudahan, kecekapan tenaga, keselamatan dan sekuriti yang dipertingkat.
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150203/727962-a )
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150203/727962-b )
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150203/727962-c )
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150203/727962-d )
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150203/727962-e )
Ben van Berkel: "Satu cabaran dalam rekaan rumah keluarga tunggal masa kini ialah tindak balas yang mencerminkan dengan tepat darjah fleksibiliti, kelestarian dan automasi yang diperlukan oleh penghuni serta penyepaduan perkara-perkara ini ke dalam konsep keseluruhan rekaan."
The W.I.N.D. House di utara Belanda menyepadukan kedua-dua penyelesaian lestari dan automasi kediaman, sambil membolehkan penggunaan ruang yang fleksibel. Bertempat di pinggir sebuah perkampungan Belanda dan berhampiran laut, rumah tersebut dibelakangi kawasan berhutan dan didepani landskap polder yang terbuka luas. Rekaan rumah tersebut memberi tindak balas kepada persekitarannya dan juga musim. Kawasan tidur dan bekerja yang lebih intim terletak ke belakang, sementara litupan hutan memberikan persekitaran lebih intim, manakala ruang kediaman menikmati pandangan berpanorama lanskap polder berada di hadapan.
Peredaran Emparan
Kedudukan lebih tinggi bagi ruang kediaman berplan terbuka menambahkan pemandangan luaran. Setiap daripada empat muka bangunan, melengkung ke dalam untuk membentuk empat sayap berbentuk kelopak. Ruang melengkung ini dihubungkan secara visual antara satu sama lain melalui garis pandangannya, yang bersilang di tengah bangunan. Susunan menegak bangunan tersebut mengikut prinsip tingkat terpisah sentrifugal. Sebuah tangga terbuka di tengah rumah menghubungkan sayap depan dan belakang.
Automasi dan pengurusan tenaga
Sebuah sistem automasi rumah yang lengkap membolehkan kawalan bersepadu bagi sistem elektrikal termasuk panel solar dan pemasangan mekanikal. Kawalan penuh bagi 'rumah pintar' ini dapat dicapai dengan skrin sentuh berpusat di kawasan kediaman. Tambahan pula kawalan dapat dilakukan secara jarak jauh oleh peranti bebas melalui sambungan LAN. Konsep kelestarian bersepadu rumah ini termasuk pam haba air/udara pusat, ventilasi mekanikal dengan pemulihan haba sisa dan panel solar.
__________________________________________________
Gambar: Dalaman: ©Inga Powilleit. Luaran: ©Fedde de Weert
Perabot & aksesori: dibekalkan oleh Co van der Horst, Amstelveen
Sumber: Ben van Berkel / UNStudio