omniture

Handheld Umumkan Naik Taraf Utama kepada Tablet Lasak Algiz 10X

Handheld Group
2015-02-04 15:00 128

LIDKOPING, Sweden, 4 Februari 2015 /PRNewswire/ --

Handheld Group, pengeluar utama bagi komputer mudah alih lasak, mengumumkan hari ini naik taraf utama kepada komputer lasak Algiz 10X yang popular. Algiz 10X, sebuah tablet 10 inci yang direka untuk para profesional di lapangan, kini menampilkan sistem pengendalian Windows 8 dan pemproses yang jauh lebih berkuasa yang mempercepatkan pemulaan serta pengendalian, meningkatkan kesesuaian perisian dan juga menggandakan prestasi pemproses

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: http://www.multivu.com/players/English/7426351-handheld-announces-major-upgrade/

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150204/726869 )

Algiz 10X diberi kadaran IP65 dan memenuhi piawaian ketenteraan MIL-STD-810G yang ketat, bermakna ia dilindungi daripada debu, air, getaran, hentakan dan suhu-suhu yang melampau. Ia mempunyai skrin sentuh 10.1 inci dengan keterlihatan skrin yang hebat, namun hanya mempunyai berat sebanyak 1.3 kilogram (2.9 paun) dan hanya 32 milimeter (1.2 inci) tebal.

Handheld mengumumkan hari ini naik taraf utama kepada Algiz 10X. Komputer lasak itu kini menampilkan sistem pengendalian Windows 8.1 (yang boleh diturun taraf kepada Windows 7 untuk fleksibiliti maksimum). Windows 8.1 Pro menawarkan ciri-ciri dipertingkat untuk membantu pengguna berhubung dengan mudah kepada rangkaian syarikat, mengakses satu PC daripada PC lain, mengenkripsi data dan banyak lagi.

"Dengan menggunakan sistem pengendalian terkini yang tersedia daripada Microsoft, pelanggan kini dapat menikmati masa permulaan dan pengendalian yang lebih pantas, kesesuaian perisian yang dipertingkat dan sokongan ditambah baik untuk tablet berasaskan skrin sentuh, antara manfaat lain," kata Johan Hed, pengarah pengurusan produk Handheld.

Algiz 10X baharu juga menampilkan pemproses 1.83 GHz N2930 Intel quad-teras yang berkuasa dengan dorongan 2.16 GHz. Pemproses ini membolehkan prestasi lebih tinggi dan suhu operasi lebih rendah dicapai. Berbanding pemproses Algiz 10X terdahulu. N2930 lebih daripada menggandakan tanda aras prestasi, sokongan RAM, bilangan teras dan prestasi bagi setiap watt.

"Kami telah meningkatkan tahap prestasi dengan dramatik tanpa mengorbankan masa pengendalian atau reka bentuk mekanikal," Hed menyimpulkan. "Kami juga telah mempertingkat sokongan komunikasi tanpa wayar kami. Selain 802.11 b/g/n pada 2.4 GHz, kami kini menyokong kedua-dua 802.11ac dan 802.11a pada 5 GHz. Algiz 10X yang dinaik taraf ini turut menyokong LTE, yang memberikan kelajuan data lebih pantas, bagi kedua-dua arus naik dan turun, serta liputan rangkaian keseluruhan yang dipertingkat.

Ciri-ciri utama Algiz 10X:

  • Pemproses Intel quad-teras N2930 1.83 GHz
  • 128 GB SSD, boleh ditambah melalui mikroSD
  • 4 GB DDR3 RAM
  • Windows 8.1 Industry Pro (boleh diturun taraf kepada Windows 7)
  • Skrin sentuh 10.1-inci dengan teknologi skrin MaxView berketerangan tinggi
  • Kadaran IP65 dan kepatuhan kepada piawaian ujian MIL-STD-810G yang ketat
  • Kemampuan LTE dengan modem dan antena yang tersepadu sepenuhnya
  • Penerima GPS u-blox® bersepadu dan kemampuan WAAS/EGNOS/MSAS
  • Penyambung laluan antena bagi GSM dan GPS
  • Beberapa pilihan penyambungan, termasuk WLAN dan BT, USB 2.0 dan USB 3.0, port VGA dan RS232

Seperti semua PDA, telefon pintar dan komputer mudah alih lasak Handheld, Algiz 10X dibangunkan khusus untuk petugas lapangan dalam industri seperti geomatik, logistik, perhutanan, pengangkutan awam, utiliti, pembinaan, penyelenggaraan, perlombongan, ketenteraan dan sekuriti.

Algiz 10X yang dinaik taraf kini tersedia dan pesanan boleh dibuat serta merta.

Pautan berkaitan

Handheld Group

Algiz 10X

Rangkaian Produk Handheld

Apakah erti lasak?

Tweetkan ini: Handheld umumkan naik taraf utama kepada tablet lasak Algiz 10X http://www.multivu.com/players/English/7426351-handheld-announces-major-upgrade/

Latar Belakang Handheld

Handheld Group merupakan pengeluar komputer mudah alih, PDA dan telefon pintar lasak. Handheld dan rakan-rakan kongsinya di seluruh dunia menyediakan penyelesaian mobiliti lengkap bagi perniagaan dalam industri seperti geomatik, logistik, perhutanan, pengangkutan awam, utiliti, pembinaan, penyelenggaraan perlombongan, ketenteraan dan sekuriti. Handheld Group Sweden mempunyai pejabat tempatan di Finland, U.K., Belanda, Itali, Jerman, Switzerland, Australia dan AS. Untuk maklumat lanjut, sila lihat http://www.handheldgroup.com

Video: http://www.multivu.com/players/English/7426351-handheld-announces-major-upgrade/

Sumber: Handheld Group

Source: Handheld Group
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics New products/services