SINGAPURA, 4 Februari 2015 /PRNewswire/ --
Jetstar berbesar hati mengumumkan penajaan rancangan pertandingan mengcungkil bakat musim pertama yang amat popular iaitu Asia's Got Talent.
Format serantau pertama program carian bakat itu akan menyaksikan antara artis paling berbakat di rantau ini berhimpun di Singapura untuk merebut gelaran pemenang yang menjadi idaman ramai.
Rangkaian 22 destinasi Jetstar merentasi 13 buah negara di Asia Pasifik akan membolehkan bakat terbaik rantau ini terbang lebih jauh untuk memenuhi impian dan aspirasi mereka.
"Rancangan pencarian bakat ini terbukti sangat popular di seluruh dunia dan kami berbangga serta teruja menjadi syarikat penerbangan rasmi bagi edisi Asia pertama," kata Barathan Pasupathi, Ketua Pegawai Eksekutif Jetstar Asia.
"Dengan sukacita kami dapat membawa masuk bakat terbaik Asia untuk uji bakat serantau dan persembahan secara langsung di Singapura, berikutan uji bakat dibuka di Taipei, Jakarta dan Manila -- semua bandar utama yang mempunyai penerbangan kami. Harga tambang murah kami akan menjadikan perjalanan keluarga dan rakan-rakan peserta menjadi lebih mudah untuk datang bagi menyokong peserta-peserta," tambah En. Pasupathi.
Bagi menyokong artis-artis ini dalam usaha mereka menjadi bakat terbaik di Asia, Jetstar akan menyediakan pulangan tambang percuma kepada mereka yang disenarai pendek dari seluruh Asia untuk di uji bakat oleh juri sehingga acara kemuncak yang akan diadakan di Singapura.
Setiap peserta juga boleh membawa seorang teman untuk menyokong mereka dalam menggapai bintang.
"Asia's Got Talent merupakan versi paling meluas bagi format Got Talent yang telah pun memecahkan rekod dunia. Kami berbangga dapat bekerjasama dengan Jetstar bagi membawakan persembahan hebat ini ke seluruh Asia, seterusnya membawa lebih banyak negara ke dalam keluarga Got Talent," kata Paul O'Hanlon, pengarah urusan FreemantleMedia Asia.
Bagi meraikan musim pertama Asia's Got Talent, sebuah pesawat Jetstar A320 kini akan menampilkan wajah baharu.
"Rekaan hiasan ini merupakan yang pertama dalam sejarah Got Talent, dan merupakan penjelmaan sempurna sasaran Asia's Got Talent untuk mencari bakat terbaik dari seluruh benua dan menyatukan mereka dalam pertandingan bakat paling meluas serta paling besar di dunia," tambah En. O'Hanlon.
Pesawat tersebut akan ke udara mulai Februari dan akan terbang sekitar rantau ini ke destinasi dalam rangkaian Jetstar bagi tempoh enam bulan akan datang.
Lihat lebih banyak gambar di: http://goo.gl/OmdKwP. Tontoni video sela masa hiasan tersebut dipasangkan pada pesawat Jetstar A320 di saluran Youtube Jetstar Airways.Pertanyaan media:
Tjan Hui Min |
AKA Asia |
T: +65 6222 6136 |
Tyler Thia |
Jetstar Asia |
T: +65 6318 0943 |
LATAR BELAKANG JETSTAR ASIA
Jetstar Asia mula ke udara pada Disember 2004. Pada 2005, syarikat penerbangan Singapura, Valuair menjadi penerbangan saudara kepada Jetstar Asia, menumpukan kepada destinasi di Indonesia. Jetstar Asia dan Valuair kini mengendalikan lebih 600 penerbangan pergi balik seminggu ke 22 destinasi merentasi 13 buah negara dan wilayah di rantau Asia Pasifik.
LATAR BELAKANG FREEMANTLEMEDIA ASIA
Berpejabat di Singapura, Beijing, Bangkok, Jakarta dan Mumbai, serta memberi perkhidmatan di seluruh Asia, FreemantleMedia Asia merupakan salah sebuah syarikat produksi terpenting di rantau ini, menghasilkan kandungan bertaraf dunia daripada pertandingan bakat berskala besar yang menjadikannya terkenal, termasuk Idol, X Factor, dan Got Talent, kepada rancangan permainan yang telah lama disiarkan seperti Family Feud. Selain menghasilkan dan membangunkan kandungan tempatan, FreemantleMedia Asia juga telah sebati dengan lokalisasi dan mempunyai kedudukan unik sebagai salah satu penyesuai paling berjaya dalam setiap wilayah. Selain produksi pasaran tunggal, FreemantleMedia Asia juga telah menunjukkan kekuatan dalam produksi rentas rantau dengan baru-baru ini menerbitkan The Apprentice Asia yang berjaya.
GAMBAR - http://photos.prnasia.com/prnh/20150126/8521500477
SUMBER Jetstar Asia