JACKSONVILLE, Florida, 4 Februari 2015 /PRNewswire/ -- APR Energy, pemimpin global bagi penyelesaian kuasa skala besar dan pantas, mengumumkan hari ini ia telah menandatangani pelanjutan sebanyak 115MW bagi dua kontrak penjanaan kuasanya di Indonesia, salah satu pasaran terbesar dunia bagi kuasa teragih dan projek kestablian grid. Tambahan pula, APR Energy telah dianugerahkan pelanjutan kontrak dan peluasan 5MW bagi tapak ketiga, membawakan kapasiti keseluruhannya di negara tersebut kepada 135MW.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20120207/FL48583LOGO
Kontrak Medan 75MW APR Energy telah dilanjutkan sehingga penghujung 2015, sementara kontrak Padang 40MW telah dilanjutkan sehingga suku kedua 2015. Terma pelanjutan dan peluasan kontrak APR Energy di Nias akan berjalan sehingga suku pertama 2016.
Beroperasi sejak 2013, loji-loji APR Energy terletak di lima tapak di pulau Nias dan Sumatra serta menampilkan kemajuan terkini dalam teknologi enjin salingan diesel yang menjimatkan bahan api. Sejak mula beroperasi, loji-loji tersebut telah membantu mengurangkan kekerapan gangguan bekalan elektrik di kawasan masing-masing, meningkatkan produktiviti sekolah, kediaman dan perniagaan dengan menyediakan kuasa andal dan kestabilan grid yang amat diperlukan.
Mengulas tentang pembaharuan tersebut, Pengarah Urusan APR Energy bagi Asia Pasifik, Clive Turton berkata, "Kami amat berbesar hati kerana dapat memperbaharui kontrak kami di Indonesia, antara pasaran paling berpengaruh bagi kami. Ini merupakan kali ketiga kami telah melanjutkan kontrak dan meluaskan kehadiran kami di negara ini, yang mencerminkan keandalan penyelesaian kami, kepuasan pelanggan yang tinggi dan permintaan meningkat bagi tenaga elektrik di rantau ini."
Brian Rich, Ketua Pegawai Operasi APR Energy menambah, "Pembaharuan ini merupakan satu lagi contoh kejayaan berterusan APR Energy dalam melanjutkan dan meluaskan kontrak, seperti yang ditunjukkan oleh kadar pembaharuan kontrak melebihi 85% sepanjang tahun lalu. Pembaharuan terus menjadi bahagian kritikal bagi model perniagaan APR, menambahkan kestabilan hasil dan mendokong aliran tunai operasi yang kukuh. Kejayaan kami merupakan cerminan bagi komitmen berterusan kami terhadap kecemerlangan operasi dan keyakinan berkekalan pelanggan kami dalam perkhidmatan yang kami sediakan."
Latar Belakang APR Energy
APR Energy merupakan pemimpin global bagi penyelesaian kuasa skala besar dan pantas, memberikan pelanggan akses segera kepada tenaga elektrik yang andal di mana-mana dan ketika ia diperlukan. APR menggabungkan teknologi cekap bahan bakar yang canggih dengan kepakaran memimpin industri untuk menyediakan loji kuasa pasang siap yang dapat dipasang dengan cepat, boleh disuaikan dan diskalakan. Memberi khidmat kepada segmen utiliti dan perindustrian, APR Energy memberikan penyelesaian penjanaan kuasa kepada pelanggan dan masyarakat di seluruh dunia, dengan penekanan bagi Afika, benua Amerika, Asia-Pasifik dan Timur Tengah. Untuk maklumat lanjut, lawati laman sesawang Syarikat di www.aprenergy.com.