PORT VILA, Vanuatu, 13 November 2024 /PRNewswire/ -- Vantage Markets (atau "Vantage") dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran Vantage First Class Promo, sebuah acara eksklusif yang meraikan 15 tahun kejayaan perdagangan bersama pedagang di wilayah terpilih. Promosi ini berfungsi sebagai tanda penghargaan kepada pedagang Vantage, menawarkan hadiah premium dan menonjolkan komitmen berterusan syarikat untuk memupuk pertumbuhan dalam pasaran yang berkembang pesat ini. Dengan hadiah bernilai sehingga USD 111,000, inisiatif ini menekankan dedikasi Vantage kepada komuniti dagangan globalnya.
Vantage First Class Promo merangkumi pelbagai ganjaran bernilai tinggi. Hadiah paling menarik termasuk Mercedes Benz C220, percutian mewah ke Jepun untuk dua orang, jam tangan Cartier Tank Must dan kamera Leica M11 Monochrom. Tawaran berprestij ini mencerminkan usaha berterusan Vantage untuk meningkatkan pengalaman perdagangan sambil mengiktiraf kesetiaan dan sokongan daripada pedagangnya selama ini.
Untuk mengambil bahagian, pedagang yang layak dikehendaki mendepositkan jumlah yang layak dalam tempoh promosi dan terlibat dalam memperdagangkan aset utama seperti Forex, Emas, Perak atau Minyak Mentah. Sepanjang 15 tahun yang lalu, Vantage tetap komited untuk menyampaikan kecemerlangan dagangan dan promosi ini merupakan kesinambungan daripada legasi berkenaan.
"Vantage First Class Promo merupakan cara kami mengiktiraf 15 tahun sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada pedagang kami. Kami berasa teruja untuk menawarkan ganjaran yang luar biasa ini tatkala kami mengukuhkan kedudukan kami di wilayah yang dinamik dari segi ekonomi," kata Lian J, Pengarah Pertumbuhan Pengguna di Vantage Markets.
Promosi ini memberi peluang kepada pedagang untuk menikmati faedah daripada platform Vantage sekaligus diberi ganjaran atas sokongan mereka. Untuk butiran lanjut mengenai cara untuk mengambil bahagian, sila lawat Aplikasi Vantage. Tertakluk kepada Terma dan Syarat.
Latar Belakang Vantage
Vantage Markets (atau Vantage) ialah broker CFD berbilang aset yang menawarkan pelanggan akses perkhidmatan yang tangkas dan berkuasa bagi memperdagangkan produk Kontrak untuk Perbezaan (CFD), termasuk tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.
Dengan pengalaman pasaran selama lebih 15 tahun, Vantage melangkaui peranan sebagai broker, menyediakan ekosistem dagangan yang dipercayai, aplikasi dagangan mudah alih yang memenangi anugerah dan platform dagangan mesra pengguna yang memperkasakan pelanggan untuk merebut peluang perdagangan. Muat turun Aplikasi Vantage pada App Store atau Google Play.
berdagang lebih bijak @vantage
AMARAN RISIKO: Perdagangan CFD membawa risiko yang besar. Anda boleh mengalami kerugian lebih banyak daripada pelaburan awal anda. VFSC 700271.