BRISBANE, Australia, 4 Februari 2015 /PRNewswire/ -- Megaport, sebuah penyedia komunikasi berasaskan perisian terkemuka, mengumumkan hari ini ia telah melancarkan perkhidmatan di Hong Kong sebagai sebahagian peluasan Asia Pasifiknya. Fasa satu pelaksanaan ini termasuk Equinix HK1 dan Mega-iAdvantage.
Pengguna di Hong Kong kini dapat memesan perkhidmatan kepada sebarang pengguna Megaport di banyak lokasi menggunakan Sambungan Silang Maya yang inovatif daripada Megaport. Pengguna juga akan dapat mencapai awan mereka dan aset dihos, seperti Amazon Web Services atau Google Cloud Platform, daripada kedua-dua lokasi.
Dengan port kepada fabrik Megaport di pusat data utama seluruh dunia, pengguna dapat menyambung ke pelbagai sumber, termasuk menyambung secara setara dengan banyak penyedia kandungan utama, sambungan peribadi kepada perkhidmatan dihos dan awan mereka, serta hab utama bagi saling sambungan kepada pengangkut yang dapat membawa data mereka kepada jutaan alamat di seluruh dunia.
Pengguna Megaport dapat melakukan semua ini dalam masa nyata daripada Megaportal atau aplikasi mudah alih percuma; atau pembangun dapat menggunakan set API canggih untuk menulis aplikasi yang mengatur antara perkhidmatan mereka, infrastruktur IT dan Platform Megaport. Sebagai tambahan, pengguna Megaport dapat memanfaatkan perkhidmatan pembilan, penggunaan, penskalaan dan pengaktifan dalam cara yang sama mereka menggunakan aset IT maya mereka: bayar untuk apa yang mereka gunakan sahaja dengan kekerapan yang mereka pilih.
"Hong Kong merupakan pasaran penting bagi kami, dan pintu masuk ke sebahagian besar Asia yang lain," kata Denver Maddux, Ketua Pegawai Eksekutif Megaport. "Kami teruja kerana kami telah pun mempunyai kumpulan pengguna yang sedia untuk bermula di tapak-tapak ini dengan rakan kongsi awan pada fabrik kami, dan kami akan menarik penyedia perkhidmatan baharu ke rantau ini."
Latar Belakang Megaport
Megaport mula menawarkan perkhidmatan pada 2014 untuk membentuk paradigma baharu bagi rangkaian dan perkhidmatan awan untuk saling berhubung – Platform Megaport. Megaport kini menyediakan sambungan elastik, mengikut permintaan kepada lebih 100 rangkaian dan penyedia perkhidmatan awan merentasi pelbagai negara dan benua. Dengan perancangan untuk terus berkembang di Asia, Eropah, dan Amerika Syarikat pada 2015, Platform Megaport akan memberi khidmat kepada berdozen-dozen pasaran utama di seluruh dunia.
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20150203/8521500675LOGO
SUMBER Megaport