-- Imbasan Tomografi Berkomputer Payudara Pancaran Kon Pertama Seumpamanya untuk Pengimejan Diagnostik bagi Payudara
ROCHESTER, New York, 4 Februari 2015 /PRNewswire/ -- Koning Corporation, pembangun terkemuka untuk sistem pengimejan perubatan canggih hari ini mengumumkan FDA telah meluluskan sistem Imbasan Tomografi Berkomputer Payudara Koning (KBCT) dan pendakap biopsi berpandu KBCT. Kelulusan ini menandakan KBCT telah menjalani dan berjaya melengkapkan semua aspek proses Kelulusan Prapasaran (PMA) FDA yang ketat untuk peranti perubatan agar memasukkan sekali kajian klinikal yang menyeluruh. KBCT digunakan untuk menyediakan imej 3D bagi pengimejan diagnostik payudara.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150130/172570LOGO
"Kelulusan FDA ini mewakili langkah ke hadapan yang besar untuk pengimejan payudara dan penjagaan kesihatan wanita," kata Ruola Ning, PhD, Presiden dan Pengasas Koning, perintis serta pakar terkemuka dalam Teknologi Imbasan Tomografi Berkomputer Pancaran Kon dan juga pencipta tunggal teknologi imbasan tomografi berkomputer payudara pancaran kon. "KBCT mewakili kemajuan revolusioner dalam diagnosis kanser payudara. Kanser payudara adalah isu kesihatan wanita yang semakin menular seluruh dunia yang menjejaskan kehidupan ratusan ribu wanita. Kini kami sangat berbangga kerana dapat menawarkan teknologi kami agar dapat dimanfaatkan para wanita di Amerika Syarikat."
KBCT merupakan pengimbas tomografi berkomputer payudara 3D yang pertama boleh didapati secara komersial, direka khas untuk mendapatkan imej keseluruhan payudara tanpa menekan tisu payudara. Sistem ini mendapatkan ratusan imej dalam sepuluh saat lalu menghasilkan imej 3D 'sebenar' lalu membenarkan prosedur pantas dengan tahap keselesaan yang tinggi untuk pesakit. Aksesori tambahan untuk KBCT termasuklah pendakap biopsi yang membolehkan biopsi payudara berpandukan KBCT untuk lesi yang mencurigakan, dan pengkolimat yang digunakan untuk mengehadkan pancaran sinar-X ke kawasan yang ingin dilihat. Pendakap biopsi itu memberikan penyasaran 3D dengan jumlah pendedahan radiasi yang sama atau lebih rendah jika dibandingkan dengan biopsi berpandukan stereotaktik.
Dalam makalah Maklumat Kesihatan Pengguna FDA keluaran September 2014, "Teknologi 3D Bakal Mengubah Cara Doktor Mendiagnosis Kanser" (http://www.fda.gov/forconsumers/consumerupdates/ucm416312.htm), FDA melaporkan, hasil daripada usaha kawal selia yang dilakukan pasukan saintis di FDA, tidak lama lagi, imej tiga dimensi (3D) dalam 3D sebenar mungkin boleh membantu doktor anda mengesan tumor tersembunyi dan mendiagnosis kanser dengan lebih tepat. Artikel itu menyatakan: bagi pesakit, prosedur (imbasan tomografi berkomputer payudara) itu lebih selesa berbanding mamografi biasa kerana payudara tidak perlu ditekan. Juga, terdapat jumlah pendedahan radiasi yang lebih rendah berbanding semasa pemeriksaan imbasan tomografi berkomputer pada seluruh bahagian dada kerana hanya payudara itu yang didedahkan kepada sinar-X. Imej (imbasan tomografi berkomputer payudara) itu mempunyai lebih sedikit herotan berbanding mamografi, dan sistem itu dioptimumkan bagi membezakan antara tisu lembut payudara dan tisu kanser. Imej ini akan menjadi sangat berbeza daripada mamogram 2D. Ia adalah imej yang benar-benar 3D untuk keseluruhan payudara daripada mana-mana orientasi. Anda boleh menatal melalui hirisan (atas dan bawah, kiri dan kanan) serta mendapatkan pandangan tersendiri payudara yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Ia memberi doktor kebebasan sepenuhnya bagi cara mereka melihat bentuk dalaman payudara dan menilai strukturnya. Mereka seolah-olah dapat melihat anatomi itu sendiri.
Lebih 680 imbasan pesakit dengan KBCT telah dilakukan di Elizabeth Wende Breast Care (Rochester, New York) dan Pusat Perubatan Universiti Rochester (URMC-Rochester, New York), dengan kolaborasi tambahan di Pusat Perubatan Universiti Massachusetts (Wooster, Massachusetts) yang menghasilkan satu kajian pengkaji besar yang dijalankan di Kolej Perubatan Carolina Selatan (MUSC) bersama Dr. Etta Pisano, pakar terkemuka dunia dalam Pengimejan Payudara, yang bertindak sebagai Ketua Pengkaji. 'Keputusan yang kami perolehi melalui 3D-KBCT memang sangat mengagumkan berbanding pengimejan 2D dan tidak ada tekanan diberi kepada tisu itu lalu membuatkan Imbasan Tomografi Berkomputer Payudara prosedur yang lebih selesa dan tidak menyakitkan untuk wanita. Saya percaya 3D-KBCT berkemungkinan besar akan memainkan peranan penting bagi aplikasi berbilang dalam pengimejan payudara," kata Dr. Pisano.
Latar Belakang Koning
Koning Corporation merupakan Syarikat Pengimejan Perubatan Antarabangsa dengan cawangan di New York dan Tianjin, China (Koning (Tianjin) Medical Equipment Co. LTD), membangunkan serta memasarkan Pengimbas Tomografi Berkomputer Pancaran Kon yang "canggih". Pembangunan KBCT telah disokong sebahagiannya oleh geran NIH (1R44 CA103236), Geran SBIR Bridge (2R44 CA 103236-05) dan Geran Kerajaan Persekutuan (W81XWH-09-1-0441). KBCT telah diluluskan untuk dijual di Kanada, Australia, dan Kesatuan Eropah ( Tanda CE). Koning menjangkakan kelulusan CFDA untuk China tidak lama lagi.
Maklumat untuk Dihubungi
John Neugebauer
Naib Presiden Jualan dan Pemasaran
john.n@koningcorporation.com
David Conover
Hubungan Awam dan Komunikasi
david.conover@koningcorporation.com
http://www.koningcorporation.com
Telefon: +1-585-214-2459