omniture

Air China Akan TAwar Pemeriksaan Masuk Menyeluruh bagi Perkhidmatan Beijing-Sweden

Air China
2012-09-04 06:09 371

BEIJING, 27 Ogos, 2012 /PRNewswire-Asia-AsiaNet/ --

Air China dan pihak berkuasa kastam Sweden, baru-baru ini menandatangani
perjanjian membabitkan permulaan tawaran syarikat penerbangan itu untuk
membuat pemeriksaan masuk bagasi secara menyeluruh bagi penumpang
yang perlu menukar penerbangan ke bandar raya domestik lain di Sweden menerusi
Lapangan Terbang Stockholm mulai 1 September.

(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2008/12/26/200812261146.jpg )

Perkhidmatan itu akan membolehkan penumpang yang terbang menggunakan
Air China dari Beijing ke Stockholm, dan perlu membuat penerbangan
lanjut ke bandar raya lain di Sweden di Lapangan Terbang Stockholm, membuat
pemeriksaan bagasi masing-masing di Beijing bagi keseluruhan perjalanan
mereka ke destinasi terakhir di Sweden. Di Lapangan Terbang Stockholm,
penumpang hanya perlu melakukan formaliti biasa untuk pemeriksaan imigresen,
kastam dan kuarantin, dan selepas pemeriksaan keselamatan, mereka boleh
meneruskan perjalanan ke destinasi selanjutnya. Perkhidmatan itu menyenangkan
penumpang memandangkan mereka tidak lagi perlu menuntut bagasi dan kemudiannya
memeriksa masuk semula di lapangan terbang Stockholm untuk ke destinasi
doemstik selanjutnya.

Perkhidmatan itu menjimatkan masa yang kebiasaannya perlu dilakukan oleh
penumpang semasa membuat pemindahan perjalanan, selain meningkatkan
pengalaman perjalanan. Air China akan terus meningkatkan perkhidmatan
pemindahan ini, tertakluk kepada syarat-syarat pihak berkuasa kastam
Sweden.

Air China merupakan satu-satunya syarikat penerbangan China yang merupakan
anggota Star Alliance. Selain operasi komersil, ia turut menyediakan
perkhidmatan penerbangan khas untuk para pemimpin dan pegawai kerajaan negara
itu yang melakukan lawatan ke luar negara.

Menerusi barisan 432 pesawat Airbus dan Boeing, kami mengurus 282 laluan di 30
buah negara dan wilaah. Hasil daripada kemasukan kami sebagai anggota
Star Alliance, rangkaian laluan kami, dengan Beijing sebagai hab, berupaya
meletakkan 1356 destinasi di 193 buah negara dalam capaian kami.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di http://www.airchina.com/.

SUMBER :  Air China 

Source: Air China
Related Links:
Keywords: Airlines/Aviation Transportation Travel New products/services