omniture

JA Solar Peroleh Pencapaian Hebat dalam Pasaran Pasifik Selatan pada 2014

JA Solar Holdings Co., Ltd.
2015-02-04 23:36 134

SHANGHAI, 4 Februari 2015 /PRNewswire/ -- JA Solar Holdings Co., Ltd. (Nasdaq: JASO) ("JA Solar" atau "JA"), salah satu pengelur terbesar dunia bagi produk kuasa solar berprestasi tinggi, mengumumkan hari ini ia telah memperolehi pencapaian cemerlang dalam pasaran Pasifik Selatan pada 2014. JA Solar merupakan pembekal bagi beberapa projek solar kebangsaan di negara-negara seperti New Zealand, Fiji dan Papua New Guinea, serta menerima maklum balas pelanggan yang kukuh serta pujian untuk prestasi cemerlang modul-modulnya.

Kebanyakan projek solar ini merupakan yang pertama dalam rantau masing-masing, menetapkan tanda aras bagi pembangunan industri solar rantau tersebut. Projek Pusat Beli Belah Auckland 350KW merupakan pemasangan solar tunggal terbesar di New Zealand. Projek ini dinobatkan sebagai langkah penting dalam pembangunan tenaga bersih oleh kerajaan New Zealand. Projek Lapangan Terbang Raratonga Cook Islands 1 MW juga merupakan stesen kuasa solar pertama di Cook Islands, membantu lapangan terbang itu mengurangkan  penggunaan diesel sebanyak 400,000 liter setahun. Projek Kepulauan Tuvalu 1.96MW merupakan sistem luar grid tenaga boleh diperbaharui bersih tempatan pertama ditubuhkan oleh kerajaan New Zealand. Projek Menara Pusat Papua New Guinea 128KW merupakan projek atas bumbung gedung beli belah pertama di rantau tersebut. Projek Hotel Radisson Fiji 550KW merupakan pemasangan pertama oleh rangkaian hotel Radisson. Kerjasama baharu dengan Radisson ini akan menjadi yang pertama daripada banyak pemasangan berpotensi untuk rangkaian hotel itu di seluruh Pasifik.

En. Yong Liu, Ketua Pegawai Teknologi JA Solar, mengulas, "Keadaan iklim tempatan seperti angin dan suhu tinggi memerlukan ketahanan PID tinggi, beban mekanikal tinggi dan prestasi cahaya rendah yang lebih baik untuk modul. Modul kami, terkenal kerana keandalannya, kecekapan penukaran tinggi dan output kuasa tinggi, dapat disesuaikan dengan iklim Pasifik Selatan serta mengurangkan kos penjanaan kuasa setiap watt ke tahap terendah. Ia merupakan satu penghormatan dan jaminan kepada kualiti produk kami apabila dipilih sebagai pembekal kepada projek model di rantau ini."

En. Jian Xie, presiden JA Solar, menambah, "Sebagai projek pertama seumpamanya di rantau ini, projek model ini penting daripada segi membangunkan tenaga bersih dan boleh diperbaharui, melindungi persekitaran ekologi, menaik taraf struktur bekalan kuasa dan mempercepat pembangunan lestari ekonomi di rantau tersebut. Pencapaian cemerlang di rantau Pasifik Selatan ini merupakan tahap baharu dalam usaha kami untuk berkembang di peringkat global ke dalam pasaran baharu dan mencerminkan pengaruh global kami yang semakin bertambah."

Source: JA Solar Holdings Co., Ltd.
Related Stocks:
NASDAQ:JASO
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities