- Syarikat Baharu Memperkenalkan Sistem Tiga Peringkat Tertumpu Ibu Bapa untuk Perkembangan Otak Bayi Semasa Dua Tahun Pertama yang Kritikal
BERKELEY, California, 5 Februari 2015 /PRNewswire/ -- Seratus tiga puluh juta bayi dilahirkan setiap tahun di seluruh dunia, dan kajian menunjukkan otak mereka berkembang dengan sangat pesat sewaktu dua tahun pertama kehidupan mereka. Oleh itu, dua puluh empat bulan pertama adalah sangat kritikal untuk pembelajaran dan perkembangan otak bayi. Ibu bapa ketiadaan sistem berasaskan sains yang mengukur keadaan bayi mereka saat demi saat, dan menyediakan alat yang betul kepada ibu bapa pada masa yang sesuai agar dapat membantu anak mereka belajar.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150204/173396LOGO
Smilables Inc. (www.smilables.com) adalah syarikat baharu yang ditubuhkan oleh usahawan bersiri Silicon Valley, serta pakar dalam perkembangan otak bayi di Harvard, Stanford, dan UCLA. Syarikat itu akan melancarkan sistem tersepadu sepenuhnya yang pertama seumpamanya yang terdiri daripada gelang tangan pintar bayi dengan modul yang dihantar daripada telefon pintar bagi tujuan interaksi ibu bapa yang berstruktur, dan mekanisme suap balik terubah suai yang memantau perkembangan secara berterusan. Diubah suai daripada makmal perkembangan otak bayi, sistem itu memantau keadaan bayi secara berterusan, dan membolehkan ibu bapa berinteraksi dan "menyuburkan minda yang rakus" bagi bayi mereka dengan bahan pembelajaran tersuai khusus. Tersepadu dalam sistem itu adalah alat inovatif yang membolehkan ibu bapa memantau perkembangan kognitif bayi mereka minggu demi minggu.
"Sistem tiga peringkat Smilables meletakkan ibu bapa dan penjara sebagai keutamaan dalam perkembangan otak bayi mereka," kata Dr. A. K. Pradeep, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Smilables, serta penulis buku laris terjual "The Buying Brain". "Sistem ini memantau bayi dalam masa sebenar bagi mengenal pasti titik optimum untuk kebolehterimaan dan menyediakan interaksi masa sebenar mengikut usia bagi ibu bapa dengan bayi mereka agar dapat memudahkan perkembangan otak bayi mereka."
Sistem Smilables direka agar dapat digunakan oleh ibu bapa dan penjaga dengan bayi mereka beberapa kali sepanjang hari. Sistem itu telah dibina daripada asas bagi memantau dan menentukan tanda aras pada kemajuan bayi itu mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh pakar dalam bidang perkembangan awal kanak-kanak.
Smilables merancang untuk melancarkan sistem itu dalam pelbagai bahasa semasa suku tahun ketiga 2015, pada awalnya dalam pasaran antarabangsa penting termasuk India, China, Jepun, AS, dan negara-negara Amerika Latin serta Eropah terpilih. Harga untuk sistem itu belum dimuktamadkan lagi pada masa ini, tetapi ia dijangkakan akan mampu dimiliki semua demografi dalam pasaran sasaran utama.
"Matlamat kami adalah pendemokrasian pengetahuan dan teknik bertaraf dunia untuk perkembangan otak bayi serta meletakkan alat itu dalam tangan ibu bapa pada setiap peringkat masyarakat," kata Dr. Pradeep. "Dua tahun pertama bersama bayi anda sepatutnya dipenuhi dengan senyuman -- masa yang paling membahagiakan, bebas kerisauan, dan tanpa tekanan. Smilables memberikan keyakinan yang anda sedang melakukan yang terbaik untuk bayi anda."
Smilables adalah syarikat pegangan swasta yang beribu pejabat di Berkeley, CA.