- Dokumen panduan merupakan contoh komitmen FluoroCouncil terhadap mengurangkan kesan alam sekitar dalam rantaian nilai
WASHINGTON, 5 Februari 2015 /PRNewswire/ -- FluoroCouncil telah menerbitkan dokumen panduan untuk industri pakaian global bagi menyediakan gambaran keseluruhan Amalan Persekitaran Terbaik untuk membantu kilang dan pemproses meminimumkan sisa serta keluaran persekitaran, sambil mengekalkan prestasi produk berfluorin yang diingini dalam tekstil. FluoroCouncil merupakan sebuah organisasi global yang mewakili syarikat FluoroTechnology utama dunia.
Dokumen itu, "Panduan bagi Amalan Persekitaran Terbaik (BEP) bagi Industri Pakaian Global: Termasuk Fokus tentang Produk Pencegah Berfluorin," menggariskan langkah-langkah praktikal untuk melaksanakan Amalan Persekitaran Terbaik bagi produk pencegah air tahan lasak (DWR) berfluorin dalam industri pakaian. Ia tersedia dalam bahasa Inggeris, Cina, Jepun dan Jerman.
"Ahli –ahli FluoroCouncil komited terhadap pemeliharaan alam sekitar dan dokumen panduan ini merupakan contoh komitmen tersebut," kata Jessica Bowman, pengarah eksekutif, FluoroCouncil.
Dokumen panduan ini merupakan panduan untuk kilang tekstil proses basah dan pemproses akhir untuk mencapai operasi dengan Amalan Persekitaran Terbaik. Tambahan pula, panduan ini menggariskan senarai soalan bagi pempakej, jenama dan peruncit untuk memastikan barangan yang diterima diproses menggunakan Teknologi Tersedia Terbaik dan Amalan Persekitaran Terbaik. Tujuan dokumen itu adalah untuk menggalakkan pelaksanaan Amalan Persekitaran terbaik, seterusnya meminimumkan sisa dan lepasan persekitaran. Mengikuti amalan demikian merupakan perniagaan yang baik dan pemeliharaan lebih baik.
"Selama lebih sedekad, syarikat ahli FluoroCouncil telah melabur dalam penyelidikan dan pembangunan untuk menggalakkan kebertanggungjawaban persekitaran di kalangan industri yang bergantung kepada produk FluoroTechnology untuk memenuhi keperluan dinamik pelanggan sambil memelihara persekitaran, kesihatan serta keselamatan manusia," kata Bowman."
Produk FluoroTechnology menawarkan ciri prestasi unik bagi industri pakaian luar seperti membran boleh bernafas dan kemasan DWR tahan lasak yang memberikan ketahanan air, ketahanan minyak, ketahanan kotoran dan pelepasan tanah dengan kemasan kalis geseran bagi pakaian serta kelengkapan. Pakaian dan kelengkapan yang dirawat dengan FluoroTechnology mempunyai hayat berguna yang lebih panjang, seterusnya mengurangkan bahan, tenaga dan air yang diperlukan untuk membuat gantian. Ia juga memerlukan cucian yang kurang kerap, suhu cucian lebih rendah dan masa pengeringan lebih pendek, mengurangkan lagi penggunaan air serta tenaga.
FluoroCouncil dan komitmen ahlinya terhadap kelestarian didokong oleh usaha kumpulan itu bersama pihak berkuasa kawalseliaan dan pemegang kepentingan lain di seluruh dunia untuk menginovasikan dan memacu penyelesaian FluoroTechnology yang semakin lestari, termasuk produk rantaian pendek yang baru dibangunkan. Sejumlah data yang signifikan telah dibangunkan dan dinilai secara teliti oleh industri dan pengawal selia, menyokong kesimpulan produk rantaian pendek ini menawarkan prestasi serupa dengan profil alam sekitar dan kesihatan manusia yang lebih baik.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.FluoroCouncil.com atau muat turun "Panduan bagi Amalan Persekitaran Terbaik (BEP) bagi Industri Pakaian Global: Termasuk Fokus tentang Produk Pencegah Berfluorin," yang lengkap.
FluoroCouncil merupakan persatuan dagangan global yang mewakili syarikat FluoroTechnology utama dunia. Diasaskan pada 2011, keahlian kami terdiri daripada syarikat yang mengeluarkan produk FluoroTEchnology: produk fluoropolimer, produk berasaskan fluorotelomer, fluoro-surfaktan, dan agen pengubahan ciri fluoro-permukaan. Ahli FluoroCouncil ialah Archroma Management LLC, Arkema France, Asahi Glass Co., Ltd., Daikin Industries, Ltd., DuPont Company, dan Solvay Specialty Polymers.