omniture

Impak Sepuluh Tahun: Misi Berpanjangan SANY Foundation dalam Kedermawanan

SANY Group
2024-11-15 10:57 22

SHANGHAI, 15 November 2024 /PRNewswire/ -- Tahun 2024 merupakan tahun kesebelas sejak penubuhan SANY Foundation. Projek sulung yayasan ini, "Pengabulan Impian", memulakan misi SANY untuk mendorong kedermawanan saintifik. Selama bertahun-tahun, skopnya telah diperluas bagi merangkumkan advokasi awam, penyelamatan teknikal dan penggiatan semula luar bandar.

  • Advokasi Awam:  Yayasan ini bermatlamat untuk menghubungkan kakitangan SANY Group dan orang awam bagi tujuan penyertaan yang kolektif dalam aktiviti amal.
  • Penyelamatan Teknikal:  Sebagai peneraju bagi jentera industri berat, SANY memainkan peranan yang amat diperlukan di peringkat global semasa bencana alam yang besar dengan menyediakan operasi menyelamat yang penting.
  • Penggiatan Semula Luar Bandar: Menyahut seruan bagi mencapai kemakmuran bersama dan projek pembasmian kemiskinan negara dalam tempoh jangka panjang.
  • Pendidikan 'Tinkering':  Membangunkan sistem teknikal yang komprehensif dengan berkolaborasi bersama sekolah dan pertubuhan komuniti di seluruh negara. Lebih 40,000 orang kanak-kanak merentas 24 wilayah mengambil bahagian setakat ini.

The SANY Foundation's Enduring Mission in Philanthropy
The SANY Foundation's Enduring Mission in Philanthropy

Sekolah Rendah Pan Shi di Hengyang ialah salah satu tapak projek pendidikan Tinkering. Dalam bulan Oktober, SANY Group, SANY Foundation dan Nippon Paint China menganjurkan secara bersama sebuah acara amal di Sekolah Rendah Pan Shi yang bertujuan untuk menyokong pendidikan luar bandar dan menggalakkan inovasi antara disiplin demi meningkatkan pendidikan literasi kanak-kanak luar bandar secara berterusan.

Projek "Digging Tinkering Education" dilancarkan oleh SANY Foundation pada tahun 2022, yang menyediakan kursus kejuruteraan teknikal yang inklusif dan berkualiti tinggi kepada kawasan yang kurang bernasib baik. Inisiatif ini menggalakkan pelajar untuk melibatkan diri dalam penyelidikan saintifik yang kompleks dan tugas kejuruteraan, memupuk kreativiti, inisiatif serta literasi saintifik dalam kalangan kanak-kanak luar bandar.

Pada musim panas ini, Tinkering Education berkolaborasi dengan projek "Color, Way of Love" Nippon China untuk mentransformasikan persekitaran pembelajaran di Sekolah Rendah Banshi dengan seni mural yang bertemakan "Impian Masa Depan." Perkongsian ini mencetuskan suasana yang meriah dan berimaginasi, yang merangsang daya kreativiti para pelajar.

Hari berkenaan turut membawakan aktiviti-aktiviti menarik seperti kelas melukis penerokaan kerjaya yang membolehkan para pelajar di Sekolah Rendah Banshi memperoleh pengalaman pembelajaran yang imersif sambil memupuk kemahiran berfikir secara kreatif dan menanam benih rasa ingin tahu dalam diri mereka. SANY Team menyumbangkan sebuah mesin pengorek kawalan jauh dan melibatkan kanak-kanak dalam cabaran, menyemarakkan semangat daya saing mereka dan mencetuskan minat yang mendalam terhadap jentera kejuruteraan. Menyokong pendidikan luar bandar dan memupuk generasi akan datang yang cergas dan kreatif untuk negara memerlukan usaha kolektif daripada masyarakat.

"Sepanjang dekad yang lalu, SANY Foundation menyediakan bantuan kewangan kepada banyak pertubuhan amal, dengan pelaburan individu mencecah antara 200,000 hingga 10 juta yuan, meliputi bidang pendidikan, kumpulan rentan, kesihatan mental, tenaga baharu dan inovasi sosial, antara bidang-bidang lain," kata Shen Danxi Setiausaha Agung SANY Foundation. "Kami komited untuk membina sebuah masyarakat yang lebih baik dengan menerapkan semangat kemurahan hati yang memastikan setiap perbuatan baik dapat memaksimumkan impak."

SANY Foundation, dimulakan oleh SANY Group, ialah yayasan pengumpulan dana bukan awam yang dikhususkan untuk mendorong kedermawanan saintifik, menyokong pencapaian nilai dermawan dan mencipta perubahan sebenar di dunia. Bagi mencapai matlamat ini, SANY akan terus meneroka model kolaboratif untuk pendidikan luar bandar dan mencipta peluang untuk kerjasama rentas sektor bagi memberikan idea baharu dan mencipta nilai yang lebih besar demi memajukan pendidikan luar bandar.

Source: SANY Group
Keywords: Education Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery Mining/Metals Children-related news Corporate Social Responsibility Not for profit DEI Page